OOO

Memaparkan catatan dengan label kes pembunuhan datuk sosilawati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes pembunuhan datuk sosilawati. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 05, 2010

Suara Misteri di Ladang Gadong (Tempat Pembunuhan)

Baru ajer tenguk berita di TV9....pasal  kecoh sebab ada suara misteri di Ladang Gadong.

Siap  pemberita Nurhidayah Abdullah  berkampung di situ dari pukul 12.00 tengahmalam hingga 4 pagi tapi tak jumpa benda pelik dan suara misteri itu terutama di sungai tempat abu arwah di alirkan.

Menurut Nurul ..seorang peniaga di situ mengatakan memang ada suara misteri yang berbunyi..
macam orang merintih..

Seorang lagi peniaga kedai makan, Azman Jaafar beritahu yang  perniagaan  beliau terjejas di sebabkan adanya suara misteri tersebut.

Tapi Ketua Polis Selangor menafikan khabar angin tersebut.

 Ni semua di sebabkan dari lapuran  dari SINI
 
Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Entahlah..tak tau nak kata apa..entah betul ..entah idak..tak tahulah..

Al fatihah buat semua arwah.

Rabu, September 15, 2010

Maafkan Akak Yer

Dek sebab nak guna SEO sangat...ingatkan naklah tarik trafik tinggi sebab ada 3 BE ...akak pun gunalah perkataan peguam India..rupernya ramai yang tak tak setuju.  Ada pulak kata akak macam-macam.  Terasa jugaklah hati bila membaca komen yang  agak pedas camtu.  Rupernya jika tersilap bermain dengan SEO pun boleh memakan diri sendiri.

Sebenarnya akak masa akak taip tu akak tak pun bermaksud nak pekenakan sesiapa pun. Tulah mungkin niat di hati kita lain tapi pandangan orang lain pulak lain.  Al maklumlah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. 

Nilah asam garam seorang blogger.  Ada masa orang tak suka dengan penulisan kita dan ada masa orang tak suka terutama bila kena isu hangat macam ni.  Sampai anak akak nasihatkan akak supaya berhati-hati bila mengulas isu hangat macam ni.  Tapi bangga gak sebab ada juga pembaca dari kaum lain sudi nak jenguk blog akak ni.

Akak berblogging ikut hati.  Tak best pulak bila kena hentam terutama dari Nina tu.  Tak perlah ..akak ni manusia biasa, mungkin tanpa sedar akak melakukan kesilapan.  Akak mohon maaf pada sape yang terasa.

Nasib baik N3 tu ada jugak orang nang..selama ni kat innit tak pernah nak merasa orang undi sebanyak ni.  Terima kasih buat yang sudi nang yer. 

Pembaca kaum lain memang suka menolong kaum mereka sendiri sampai kaum mereka ajer yang mendapat nang yang tertinggi.  Tapi tak kanlah kita nak paksa orang nang kalau kita tak rajin nang orang. Betul tak?

Selasa, September 14, 2010

Jangan jadikan Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Menjadi Isu Perkauman

 Terima kasih  kepada Tanpa Nama sebab bagi komen kat N3


Tanpa Nama berkata... Kita harus bertanya:
1.Adakah jenayah berdasarkan kaum????
2. Mengapa wujud perkataan orang kita??Bukankah yang mati itu seorang manusia?
3.Merujuk kepada kenyataan MP Pokok Sena...Mengapa PDRM tidak ambil tindakan terhadap laporan2 awal????
4.Mengapa Pakatan dipersalahkan?Cuba kita fikirkan siapa yang selalu mendapat gelaran DATO..orang BN dan dalam kes ini MIC.Jadi mengapa ada pihak yang melibatkan Hindraf??Setahu saya tiada pemimpin Hindaraf yang ada gelaran Dato.
5.Cubalah kita berfikir sebagai rakyat Malaysia..Bukan orang kita atau puak ini dan puak itu...Dan saya seorang berketurunan India dan saya amat berharap penjenayah2 mendapat hukuman yang sewajarnya..sama spt saya masih berharap kes Nurin akan mendapat kedilan.Om. 


Akak sebagai rakyat Malaysia memang tak mau menuding jari kepada satu-satu kaum..akak bukannya suka dengan pertikaian  kaum.  Tak mau salahkan kaum ini dan kaum itu.  Kita kan rakyat Malaysia dan bersemangat 1 Malaysia.

Cuma kebetulan pelaku pembunuhan berbangsa India dan beliau telah membunuh sampai 4 orang Melayu/Islam..tu sebabnya orang islam/melayu  rasa geram dan sakit hati di atas perlakuan peguam dan orang-orang dia ni.  Tapi takkanlah kita nak berdendam pulak kan.  Sampai nak bergaduh.

Biarlah pihak  polis  ajer menyelesaikan perkara ni .  Janganlah disebabkan kes ini kita bermusuhan di antara satu kaum dan satu kaum yang lain.  Kita kan satu Malaysia.  Janganlah hendaknya terjadi pertumpahan darah pulak di antara kita pula yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...