OOO

Khamis, September 09, 2010

Resepi Biskut Putri Salju

Ada yang panggil biskut putri salju dan ada pulak panggil snow almond.  Lantaklah labu..janji biskut ni sodap..Akak ambil dari blog Mak Lang Azie dan dia pulak ambil dari Majalah Saji.


Bahan A
  • 110 gm mentega
  • 1/2 sdb shortening
  • 50 gm gula kastor
  • 1/2 sdk esen kopi (kalau tak ada..tukar ke vanilla pun boleh)
  • 1/2 bj kuning telur
Bahan B
  • 110 gm tepung gandum
  • 25 gm nestum [kisar]
  • 1 sdb coffeemate (akak guna susu tepung jer)
  • 35 gm tepung ubi
  • 20 gm serbuk badam


Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb], coklat masakan


Cara-cara:-


1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.


2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.


3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.


4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.


5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih


Nota : adunan skit...jadi nak banyak doublekan yer

2 ulasan:

  1. kak ina, uusedap nya..
    ada nestum eh..
    tak penah makan biskut ni.

    BalasPadam
  2. Rasanya ada nampak ni dekat TV.
    nampak mcm sedap.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...