lazada

Lazada Malaysia

Isnin, September 20, 2010

Resepi Kek Lapis Blueberry (Kek Lapis Blueberry Horlo???)

sikit ajer akak tinggalkan rumah..nanti boleh buat lagi
Kelakar memang kelakar bila di kenangkan balik pengalaman buat kek lapis blueberry ni. Akak buat sebab nak bagi Yana bawak balik ke sana sebab masa dia balik ke sini, akak tak sempat nak buat kek lapis sebab buzzzz dengan macam-macam hal.

Bershoppinglah..buat kukis sebab ada juga yang nak menempah kukis..mengemas rumah dan macam-macamlah alasan remeh temeh. Masa raya pulak ashik beraya ke rumah saudara mara sebab suami akak bercuti minggu lepas jadi kami ashik gi beraya ajer..kan best dapat berkesempatan gi satu keluarga..

Akak mula mengadun kek ni dari pukul 9.00 pagi sebab gi ke pasar dulu...oleh sebab akak guna mixer kecik akak kenalah ulang 3 kali sebab takut mixer meletup sebab nak pukul adunan kek lapis ni kenalah betul gebu campuran butter dan gula.

Sambil tu buat rendang ayam minang (nanti akak show aaa) dan mula melapis..aduhai masa cepat sangat berlalu..nasib baiklah habis melapis pukul 11.00..

Punyalah kalut nak menyejukkan kek lapis ni..sebab kalau potong masa panas..nanti jadi buruk rupernya..kena sejukkan pakai kipas letak atas bag besar Yana. Sebab pukul 11.45 dah nak gerak ke LCCT.

Potong separuh untuk Yana dan suku untuk Ira..sejukkan dalam kereta..sampai kat LCCT baru sejuk betul dan akak wrapping kat situ jugak..

Lagi satu hal...sebab ingatkan horlick tu cukup..akak tak beli..bila check baru akak tau suami dah guna horlick dalam bungkusan kecik buat air. Bila di timbang tak cukuplah pulak.

Terpaksa fikir nak tambah apa...akhirnya akak guna milo 3 in 1 perasa original 2 paket. Ha kau..jadilah hitam sikit lapisan plain. anak-anak pun gelarkan Kek Lapis Blueberry Horlo (horlick & milo).

Nasib baiklah anak-anak kata sedap walaupun akak derhaka kat resepi asal.

Resepi asal ialah Resepi Kek Lapis Ice Cream Soda..tapi MAT GEBU
dah olahkan jadi Kek Lapis Blueberry dan akak dah olah pulak jadi Kek Lapis Blueberry Horlo..
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega berkualit tinggi (akak guna brand Anchor)
120 g gula halus (ikut cik mat ajer)
1/2 camca teh ovallate
6 biji telur gred A
220 g susu pekat manis
100 g horlicks (akak letak 60gm horlick dan 40gm milo ori 2 in 1)
1 1/2 camca teh bluberry paste
1 camca teh pewarna unggu violet (akak guna pewarna unggu ajer)
160 g tepung Hong Kong
Secukupnya blueberry filiing

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C, api atas dan bawah.
  2. Putar mentega bersama gula halus selama 7 - 8 minit pada kelajuan tinggi. Masukkan telur satu persatu, jarak waktu 1 minit untuk setiap biji telur. Putar hingga betul2 kembang dan pekat.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks, putar 2 - 3 minit hingga rata dan sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung Hong Kong sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga rata, jangan lama sangat.
  4. Bahagi kan adunan kepada 2 bahagian, satu biar pada keadaan asal dan satu lagi letak blueberry paste dan warna ungu-violet, kacau rata2.
  5. Masukkan tin dalam oven selama 2 minit, keluarkan dan sudukan 3 1/2 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak. Lapis kan adunan plain sekali lagi dan sudukan beberapa bahagian dengan blueberry filling pada adunan kek tadi, bakar hingga masak, kali ni guna fungsi api "grill".
  6. Akak buat macam ni pulak..akak lapiskan 4 sudu besar adunan plain..lepas dah masak akak sapukan blueberry tu guna berus plastik atas dia dan lapiskan pulak adunan blueberry dan di ulangi sampailah habis..sorry cik mat..akak derhaka sikit.
  7. Bila masak, lapiskan dengan adunan blueberry pulak sebanyak 2 lapisan. Tekan sedikit perahan lapisan kek yang telah masak. Jika ada gelumbong udara, cucuk dengan lidi sate.
    Ulangai dengan lapisan plain sebanyak 2 lapisan dan juga diletak sedikit bluberry filling. Buat hingga siap. Sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar sejuk atas jaringan...
Letak dalam pinggan kat dalam kereta bersama wrapping plastik...ishhh teruk tul bila di fikirkan semula..cam kelakar ajer kisah buat kek lapis kali ni.

10 ulasan:

  1. huh kak sedap nampak..... tengah lapaq ni....

    BalasPadam
  2. salam kak
    sedapnya
    jenuh melapis,ngap kejap je hehe
    buat sendiri,mmg berbaloi
    ade berkat air tgn ibu lagi

    BalasPadam
  3. salam kak ina
    sy buat kek lapis blueberry cheese 2 hari lepas utk open house hari sabtu tu... licin kejap aje memang sedap..sy ambil resepi kat rozzan.blogspot...lain sikit resepi dgn kak ina tu ..cuba try yg rozan punya...rasa cheese kat kek tu buat ia enak dimakan...

    BalasPadam
  4. kak ina, sekali baca macam kek burberry la pulak..hehehhe! :)

    BalasPadam
  5. nampk moistt n sedapp.. lin sejk ada umar ni lom membaking lg... hihihi

    selmat hari raya...

    BalasPadam
  6. nak tempah kek lapis dari kak ina boleh tak? hehehe.. ngidam kek lapis india ar.. yg guna coklat cadbury tu

    BalasPadam
  7. sedapnya tengok...kakina nanti wat kan untuk saya..hehe..nak gak rasa

    BalasPadam
  8. kek lapis paling renyah nak buat tapi paling sedap... kan

    BalasPadam
  9. sonoknya jadi anak kak ina.
    rajin masak. rajin buat kukis. rajin buat kek.
    huhu~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers