OOO

Jumaat, Oktober 29, 2010

Juara Gadis Melayu Musim Ke-3

Setelah calon-calon Ikon Gadis Melayu 3 (GM3) melalui pelbagai proses pembelajaran dan cabaran fizikal dan kerohanian dalam membentuk nilai-nilai kemelayuan yang kian pupus ditelan zaman, kini tiba masanya untuk menjawab teka-teki siapakah yang paling layak untuk memegang gelaran Ikon Gadis Melayu Musim Ketiga.
Rancangan realiti ini telah pun menemui penonton TV9 pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam sejak 27 Ogos 2010 yang lalu dan kini, peringkat akhir GM3 pula akan bersiaran telah di siarkan secara langsung pada 29 Oktober 2010  (Jumaat) selama dua jam dari Auditorium MBSA mulai jam 8.30 malam tadi.

Pada malam peringkat akhir Gadis Melayu 3, pengacaranya iaitu Ashraf Muslim  telah digandingkan bersama pengacara spontan dan bersahaja, Sharifah Shahirah.

Setelah bertanding berminggu-minggu akhirnya Nurazrina binti Mohd Salleh telah di nobatkan sebagai Juara Gadis Melayu Musim ke 3.

Sedikit info mengenai beliau.
Nama Penuh : Norazrina bt. Mohd Salleh 
Nama Panggilan : Rina
Tarikh Lahir : 20 April 1985
Asal : Subang Jaya, Selangor
Adik-beradik : Anak ke-2 dari 3 beradik
Status : Usahawan
Warna kegemaran : Putih
Ciri-ciri peribadi : Berani, tidak mudah putus asa, dan tabah
Hobi :Membaca, melayari internet, dan menulis
Cita-cita :Usahawan berjaya
Bakat :Menulis dan berniaga
 Sebagai Juara Ikon Gadis Melayu 3 Rina telah membawa pulang

    Wang tunai RM30,000
    Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
    Barangan Singer bernilai RM10,000
    Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
    Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts
(berjumlah RM160,000)


Penaja utama Gadis Melayu 3 adalah Hai-O sementara penaja bersama adalah Sofy, Secret Garden dan Silkygirl. 
Sepanjang rancangan Gadis Melayu 3 telah disiarkan, sebanyak 50% markah adalah daripada penjurian awal di mana mereka telah diuji berdasarkan kepintaran, penampilan dan cara mereka berkomunikasi. 

Pada malam peringkat akhir, 20% adalah berdasarkan persembahan mereka dan seterusnya, lima peserta dengan markah tertinggi berpeluang untuk merebut markah 30% dalam segmen Soal Jawab yang sekaligus akan menentukan Juara Ikon Gadis Melayu Musim Ketiga.
 Barisan juri pada pada malam kemuncak adalah pengacara Ezzah Aziz Fawzy (ketua juri), penerbit dan pengarah Ahmad Idham, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor Al-Masrie, Timbalan Pengarang Unreserved, The Malaysian Reserved, Sharifah Suraya Al-Attas dan bekas pengacara TV3, Datin Seri Normala Samsudin.


- Foto oleh BRIAN MOH
Sumber : http://www.tv9.com.my 

Lepas ni tolong vote akak pulak..nak gak rasa fofolur cam Rina ni..
p/s Tolong like/vote akak kat  gi ke photo voting, pastu klik like .  Kalau tak faham klik  SINI.

11 ulasan:

  1. wah kak ina..

    ayukan perasan satu keistimewaan yang ada pada kak ina..

    selain kak ina rajin turun padang untuk nuffnang..kak ina suka buat entry dengan sejelas dan selebarnya..

    semua info terperinci...tak ada yang kurang...

    terima kasih kongsi info ini..dan tahniah kepada rina salleh...


    kak...u the best blogger.. i like

    BalasPadam
  2. rina lia? storiesofrina.blogspot.com????

    waaaa

    BalasPadam
  3. hamzah;
    bukan.
    cuba search www.rinasalleh.com
    pages fb..akan jumpa jgk personal blog dia :)

    BalasPadam
  4. comel orgnya..best hadiah dpt cash tu

    BalasPadam
  5. betul tu kata siti rohayu, kak ina memang rajin...best la akak ni...mas pun tengok masa akhir jer, jdi tak kenal semua peserta...

    BalasPadam
  6. salam kak

    saya memang syg dia

    BalasPadam
  7. kak ini salalu update cerita menarik dan terkini...pastue mesti ader je mase free nak join aktiviti bloggers...mesti seronok..jeles dgn kak inaaa!

    BalasPadam
  8. bilA diorg nak buat pertandingan jejaka malaya..haha..nak masuk.

    BalasPadam
  9. riena ni kawan saya masa kat UTM..masa UTM dia ni memang dah pandai bergaya kak. bulan lepas jumpa dia, memang bergaya betul kawanku sorang tu..alhamdulillah rezeki dia..

    BalasPadam
  10. terima kasih kak;)

    mus, masa dekat utm mana ade bergaya. pergi kelas pun biasa-biasa je. meeting kelab pun pakai tshirt je :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers