OOO

Memaparkan catatan dengan label tv9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tv9. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 29, 2010

Juara Gadis Melayu Musim Ke-3

Setelah calon-calon Ikon Gadis Melayu 3 (GM3) melalui pelbagai proses pembelajaran dan cabaran fizikal dan kerohanian dalam membentuk nilai-nilai kemelayuan yang kian pupus ditelan zaman, kini tiba masanya untuk menjawab teka-teki siapakah yang paling layak untuk memegang gelaran Ikon Gadis Melayu Musim Ketiga.
Rancangan realiti ini telah pun menemui penonton TV9 pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam sejak 27 Ogos 2010 yang lalu dan kini, peringkat akhir GM3 pula akan bersiaran telah di siarkan secara langsung pada 29 Oktober 2010  (Jumaat) selama dua jam dari Auditorium MBSA mulai jam 8.30 malam tadi.

Pada malam peringkat akhir Gadis Melayu 3, pengacaranya iaitu Ashraf Muslim  telah digandingkan bersama pengacara spontan dan bersahaja, Sharifah Shahirah.

Setelah bertanding berminggu-minggu akhirnya Nurazrina binti Mohd Salleh telah di nobatkan sebagai Juara Gadis Melayu Musim ke 3.

Sedikit info mengenai beliau.
Nama Penuh : Norazrina bt. Mohd Salleh 
Nama Panggilan : Rina
Tarikh Lahir : 20 April 1985
Asal : Subang Jaya, Selangor
Adik-beradik : Anak ke-2 dari 3 beradik
Status : Usahawan
Warna kegemaran : Putih
Ciri-ciri peribadi : Berani, tidak mudah putus asa, dan tabah
Hobi :Membaca, melayari internet, dan menulis
Cita-cita :Usahawan berjaya
Bakat :Menulis dan berniaga
 Sebagai Juara Ikon Gadis Melayu 3 Rina telah membawa pulang

    Wang tunai RM30,000
    Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
    Barangan Singer bernilai RM10,000
    Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
    Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts
(berjumlah RM160,000)


Penaja utama Gadis Melayu 3 adalah Hai-O sementara penaja bersama adalah Sofy, Secret Garden dan Silkygirl. 
Sepanjang rancangan Gadis Melayu 3 telah disiarkan, sebanyak 50% markah adalah daripada penjurian awal di mana mereka telah diuji berdasarkan kepintaran, penampilan dan cara mereka berkomunikasi. 

Pada malam peringkat akhir, 20% adalah berdasarkan persembahan mereka dan seterusnya, lima peserta dengan markah tertinggi berpeluang untuk merebut markah 30% dalam segmen Soal Jawab yang sekaligus akan menentukan Juara Ikon Gadis Melayu Musim Ketiga.
 Barisan juri pada pada malam kemuncak adalah pengacara Ezzah Aziz Fawzy (ketua juri), penerbit dan pengarah Ahmad Idham, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor Al-Masrie, Timbalan Pengarang Unreserved, The Malaysian Reserved, Sharifah Suraya Al-Attas dan bekas pengacara TV3, Datin Seri Normala Samsudin.


- Foto oleh BRIAN MOH
Sumber : http://www.tv9.com.my 

Lepas ni tolong vote akak pulak..nak gak rasa fofolur cam Rina ni..
p/s Tolong like/vote akak kat  gi ke photo voting, pastu klik like .  Kalau tak faham klik  SINI.

Jumaat, Ogos 06, 2010

Gambar Ahmad Tirmizi bin Ali-Juara Akademi Al Quran Musim Ke 4

 Akademi Al Quran musim ke 4  telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  Senarai peserta akhir Akademi Al Quran musim 4 ni terdiri daripada 4 peserta yang layak ialah :-
Muhammad b Ahmad Zahid (Kuala Lumpur), Ahmad Tirmizi Ali, 25 tahun dan adiknya Yahya Ali, 23 tahun dari Terengganu, dan Husni  Ali Hassan, 25 tahun dari Melaka.
Ahmad Tirmizi, Pengurus Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, pakej umrah, sebuah al-Quran digital berserta trofi.
Gelaran naib johan diraih Muhammad Ahmad 
yang menerima wang tunai RM15,000
Yahya membawa pulang RM10,000 dan 
Husni mendapat tempat ke 4 menerima RM2,000
Bacaan peserta malam tadi dinilai dari sudut taranum (lagu), tajwid, fasohah dan qiraat serta diadili juri, Zamri Mohd Zainuddin, Nazri Abdullah dan Radzi Kamarul Hailan sepenuhnya.
peserta pertama Adik Muhammad bin Ahmad Zaid baru berusia 15 tahun dan telah tamat menghafal Al-Quran pada usia 10 tahun.  Beliau memang tidak payah di perkenalkan lagi sebab beliau mengaji dan mengalunkan azan di tv.
bangganya ke dua ibubapa beliau dan sejuk perut ibu yang mengandungkan 
mendapat anak sebegini
penyokong kuat Ahmad Tirmizi Ali, 25 tahun 
 Ahmad Tirmizi menjadi peserta kedua dan masih bujang..
 yang paling best sebab dia pandai mengajuk suara seperti suara arwah Ustaz Asri
pengacara majlis 
 Hakim wanita
 
peserta ke 3 Husni bin Ali Hassan berumur 25 tahun dan masih bujang.
dan peserta akhir ialah  Yahya bin Ali iaitu adik kepada
Ahmad Tirmizi Ali 
sebelum keputusan di umumkan kumpulan nasyid menyanyikan sebuah lagu

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...