OOO

Selasa, November 30, 2010

“Contest : Ulangtahun Sekilass.com yang pertama!”

Glitter Words

Akak nak masuk gaklah pertandingan kat blog norfa ni sempena genap setahun beliau berblog.   Norfa ni adik kepada , sumijelly aka mak ikan aka duta susu chap junjung. 

Syarat-syaratnya ialah
1.copy paste code di bawah dan letakkan di dalam entry anda : dah letak dah.

2. Buat title entry “Contest : Ulangtahun Sekilass.com yang pertama!"

Syarat yang lain gi ajer ke http://sekilass.com/

Jom tenguk fakta bukan auta tentang http://sekilass.com/

Fakta pertama ..
Pagi-pagi dah terkengkang
jatuh di parit langsung terkehel
Norfa suka tenguk wayang
terbaru cerita Rapunzel

 
Fakta kedua
 Hari ni cadang nak masak kurma
tapi tak jadi sebab santan kena perah
Kali  pertama berjumpa Norfa
di event gatsby yang meriah 

Fakta ketiga
Projek Alpha memang meriah
RM20.00 hadiah buat orang termengah
Menang belakang tak kiralah
ni  salah satu link dia kalau nak terjah

Fakta ke tiga
sape kata Norfa tak pandai masak
 hasil tangan  dia memang buat akak tergugat
Memang sedap, lazat, menggiurkan dan best

Fakta ke empat
Bangun pagi fikir apa nak buat sarapan
Pening bila tak cukup bahan-bahannya
Norfa suka juga join pertandingan
tak salah mencuba walaupun tak berjaya

 
Fakta ke lima
Bila ke pasar fikiran jadi buntu
sebab tak tau nak masak apa
 Ingat nak jadikan calun menantu
tapi sayangnya dia dah berpunya

Fakta ke enam
menunggung motosikal kenalah berhati-hati
banyak betul pencuri sekarang ini
terharu rasa di hati bila dia  sudi buat N3
Dia perihatin sebab kat akak yang dah tua ini 

Syarat ke tiga
Entry mana satu yang anda paling suka di dalam Sekilass Dot Com dan sila beritahu kenapa? *kalau nak cerita pasal tuan blog pun boleh juga… ::blushing:: *

sebab akak suka baca doa yang beliau letak di N3 ini . Bukan sajer sesuai untuk orang yang bercinta cintun tapi sesuai gak untuk suami isteri.  Semuga apa yang dimpikan akan termakbul hendaknya .

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini…

Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Tarikh tutup :  30 November 2010, 11.59 malam!Cukuplah rasanya.  Semuga penyertaan akak di terima yer.

9 ulasan:

  1. singah jap...byk nyer entry menarik kat sini...;d

    BalasPadam
  2. good luck akak...!!!
    baru tahu yang sekilass adik sumijelly... hehhee

    BalasPadam
  3. mantap lahh akak.....gud luck.:)

    BalasPadam
  4. gud luck, kak.. hohoho

    klu menang, belanja sy makan tau.. hahaha

    BalasPadam
  5. hihi...gudluck jugak. =)
    thanks join...walaupun stakat ni ade 2 org je peserta. lalala...

    BalasPadam
  6. cik nopa sudah berpunya rupanya.. sob2..

    taknak masuk la contest ni.. mak ina punya entry dah menarik...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers