OOO

Memaparkan catatan dengan label my contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my contest. Papar semua catatan

Khamis, Mac 08, 2012

Jeng...Jeng..5 Pemenang Bertuah

Terlebih dahulu akak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada peserta contest akak.  Memang susah nak pilih 5 orang pemenang kan tapi setelah juri-juri  tergelak besar membaca dialog lucu yang dihantar, akhirnya mereka sepakat untuk memilih 5 orang blogger yang paling best dialog mereka.


 Blogger yang berjaya memenangi RM20.00 setiap seorang ialah

  1. http://sharidawati.blogspot.com
  2. http://sw33tdarling.com
  3. http://sicantiksiezuka.blogspot.com
  4. http://misiazlina.blogspot.com
  5. http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com

Kepada yang berjaya akak ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, insyallah jika ada rezeki akak buat lagi.  

Sila email nama, nama blog, no a/c (kalau boleh Maybank) dan no telipon.
Insyallah segala urusan akan diselesai secepat mungkin bermula besok ataupun selewat-lewatnya hari Jumaat.

Selasa, November 29, 2011

Contest Saya Hendak Tiket Konsert Moovment


Seperti yang di janjikan akak buat GA berupa  tiket-tiket untuk  menonton konsert ini dan album Far East Movement yang di taja oleh Universal Music Malaysia. 

Info mengenai konsert moovment
Pada 3 Disember 2011 ini akan di adakan konsert Moovment 2011 di Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park.

Artis yang akan menjayakan konsert ini adalah Far East Movemont yang terkenal dengan lagu Like A G6 dan Rocketeer

Konsert ini di bawa khas oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama-sama dengan TuneTalk Mobile Prepaid.

Info tentang konsert ini ialah :-
Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 2.00am
Tempat: Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park
Harga Tiket: RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone)
Untuk info lebih lanjut sila klik ke SINI

Seperti yang di janjikan akak buat contest dan hadiahnya ialah berupa  tiket-tiket untuk  menonton konsert ini dan album Far East Movement yang di taja oleh Universal Music Malaysia. 

Hadiahnya ialah 3 pasang tiket  dan satu album kumpulan ini bagi sape yang berjaya membuat N3 promosi yang terbaik berserta  komen yang paling menarik.

Syarat-syaratnya ialah :-

1.  Berumur lebih dari 18 tahun, seorang blogger dan memang confirm nak pegi tenguk yer
3.  Buat N3 mengapa anda hendak menonton konsert ini dengan tajuk Mengapa Saya Hendak Tiket Konsert Moovment kerana.............
4.  Kena letak gambar di atas serta copy paste tentang info mengenai konsert ini  dan kena letak ayat ini :
hadiah tiket dan album Far East Movement yang di taja oleh   Universal Muzik Malaysia.
5.  Pastu komen kat bawah N3 ini berserta link contest ini supaya akak leh check ikut syarat ker idak.
6.  Tarikh tutup :  30hb. November 2011  pada pukul 11.59 malam.
7.  Pemenang akan diumumkan secepat mungkin

Mudah bukan..tiket kalau nak beli memang mahal..jadi apa kata cuba contest ni

*Seorang blogger berhak mendapat mendapat sepasang tiket dan satu album sahaja

*Pemenang di kehendaki mengambil sendiri tiket/album (tempat akan di beritahu melalui email)


Jumaat, Oktober 07, 2011

Jeng-Jeng Keputusan Sudah Keluar

Maaf maaf maaf (gaya cam Nabil) agak lambat keluar result sebab juri-juri akak ni semua bisnes..gamaknya banyak kot order yang di terima dek customer tu pasal lambat keluar result (gurau ajer yer juri)

Akak memang tak terlibat langsung dalam hal ni..akak cuma comparekan dan tenguk berapa bintang yang mereka kasi, siapa yang terbanyak dialah pemenang.
Pemenang Pertama

Kedua

Ketiga

Pemenang ke empat


 Kelima

 Keenam
 Ketujuh

Kalah menang adat pertandingan.  Kepada yang telah berjaya akak ucapkan tahniah.

Kepada yang tidak berjaya akak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi masuk contest akak kali ini.

Terima kasih  juga buat penaja contest kali ini.

Nak tenguk hadiah bolehlah ke sini SINI 

Untuk pemenang penghantaran hadiah seawal seminggu dari tarikh pengumaman pemenang dan selewat-lewatnya 2 minggu.  Kesemua hadiah akan di pos oleh penaja.
Sila hantar e mail roslana_06@yahoo.com.my
berserta nama, alamat penuh dan no telipon.

Cerita ceriti tentang Rancangan MasterChef Malaysia ni yang akan di tayangkan tidak lama lagi, MasterChef TX akan di tayangan pada setiap hari Sabtu-Rabu bermula jam 9.00 malam.

Manakala Program Master Class pula akan disiarkan setiap hari jumaat jam 9 malam. Nanti korang boleh tenguk macam mana hebatnya Chef/jurumasak Malaysia pulak berlawan memasak.  Mestilah bestkan terutama bila juri memberi kritikan yang kaw-kaw punya.

Sebarang  info tentang Program  #MasterChefMY korang bolehlah ke

Rabu, September 28, 2011

Contest "Masak @ Persiapan Apa Untuk Raya"?

Gambar ni akak ambil pagi tadi. Anak buah baik yang lelaki dan perempuan kena gilir-gilir kacau rendang. Bila kena giliran budak lelaki muka masing-masing monyok ajer. Kami masak rendang 3 jenis pulak tu.

Mesti semua sibuk masak memasak untuk hari raya yang di jangka pada hari esok. Jadi bolehlah ambil gambar masa sibuk masak.
Tak pun buh gambar masa tengah kemas umah.

Syarat-syarat contest ini ialah :

1. Kena ambil gambar pada raya 2011 sahaja tau. Tak boleh tahun lepas punya gambar yer. Kalau boleh tulislah ayat cam akak buat tu.
2. Ceritakan apa yang di masak dan sape yang memasak ataupun sape yang kena mencuci/kemas umah (buat ceritalah sikit)
3. Kena Like fanpage "kakinakl.com". Semua gambar berserta link blog akan di letak di situ.
4. Letakkan link akak di N3 tersebut.
5. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini dan jangan lupa tinggalkan permalink anda.
6. Tarikh tutup ialah pada atau 29hb. September pada jam 12.00 tengah malam hari tersebut.
Ayat yang wajib di letak di N3 tersebut ialah :


5. Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
http://ecakefairy.blogspot.com dan http://www.zzqah.com/

Kalau ada lagi sponsor kena edit balik yer ayat ni.

Hadiah-hadiahnya ialah :

Hadiah pertama
1. top up atau wang ringgit bernilai RM30.00
2. kukis coklat chips (bernialai RM25.00) hasil tangan akak
3. satu set macaron bernilai RM45.00 (termasuk pos) dari cikmin.com/

4. 25 pcs cupcakes dari http://ecakefairy.blogspot.com

Hadiah kedua
1. Top up atau wang ringgit bernilai RM20.00
2. kukis coklat chip bernilai RM25.00
3. satu set macaron bernilai RM45.00 (termasuk pos) http://cikmin.com
4. 16 pcs cupcakes dari http://ecakefairy.blogspot.com
Hadiah Ketiga
1. Topup atau wang ringgit bernilai RM10.00
2. kukis coklat chip bernilai RM25.00
3. satu set macaron bernilai RM45.00 dari http://cikmin.com
4. 9 pcs cupcakes http://ecakefairy.blogspot.com

Hadiah Keempat
Homemade coklat termasuk pos dari http://www.zzqah.com/

Hadiah KeLima
Homemade coklat dari http://www.zzqah.com/.
Hadiah KeEnam
Homemade coklat dari http://www.zzqah.com/.

Hadiah KeTujuh
CD Original dan t-shirt Ning Baizura

Kalau ada yang sponsor hadiah akan bertambah.
Juri akan di pilih oleh para sponsor. Apa lagi joinlah join.

p/s Tahun lepas hadiah memang banyak betul sebab banyak yang sudi sponsor. Kalau nak tenguk boleh ke SINI

Jom Pegi Kat Sini
Experience Volkswagen, Das Auto (info klik kat sini)

Jumaat, September 09, 2011

Akhirnya....

Berdebar-debar hati akak menanti penyertaan pertama untuk contest akak.  Takut tak ada penyertaan.
Setelah menunggu berhari-hari akhirnya Nieda  http://cempakabiru-nieda.blogspot.com/
telah sudi join contest akak ini.  Nieda buh gambar banyak tapi akak pilih gambar yang ini untuk di masukkan ke dalam fanpage akak. Kalau nak tenguk boleh ke SINI
Kedua dari Tifa dari http://natifar7884.blogspot.com/.
Menarik gambar yang beliau pilih.  Kalau nak tenguk bolehlah ke SINI.

Terima kasih bebanyak buat mereka berdua.  Sape yang belum join bolehlah join yer.

p/s Minta tolong vote akak kat

Selasa, September 06, 2011

Ada Yang Sudi Sponsor Coklat Pulak

Alhamdulliah ada lagi yang sudi nak sponsor contest akak.  Kali penaja duk jauh di Kemaman Terengganu seorang blogger yang pandai buat coklat untuk jualan.
Inilah hasil tangan dari http://www.zzqah.com/.  Kalau nak tenguk lagi homemade chocolate boleh terjah kat blog beliau.

http://www.zzqah.com/ telah sudi menaja hadiah homemade chocolate bernilai RM20.00 termasuk pos kepada pemenang nombor 4 hingga 6.
Hadiah no 7 pula akak bagi hadiah yang ini..satu cd original Ning Baizura dan sehelai t shirt ning saiz L.

Jangan lupa yer join contest akak tu.

Isnin, September 05, 2011

Sponsor Ke 2 Contest


Alhamdulliah dah ada sponsor yang ke 2 untuk contest yang akak anjurkan.  Sponsor pertama dari http://cikmin.com/.
Sape nak tenguk apakah contest itu  sila ke SINI.

Azura dari http://ecakefairy.blogspot.com sudi nak menaja lagi hadiah. 
  
Hadiah Pertama : 25 pcs cupcake 
Hadiah Kedua : 16 Cupcake
Hadiah Ketiga : 9 Cupcake

Tema & jenis cupcake terpulang kepada pemenang  bila  nak redeem..
Apa lagi jomlah join contest akak tu yer.

Isnin, Ogos 01, 2011

Pemenang GA

Jawapan bagi GA akak ialah ke Kuching Sarawak.
Seperti yang di janjikan selain dari hadiah FM dan top up bagi pemenang pertama, akak bagi 2 hadiah saguhati buat pemenang yang berjaya.
sehelai t shirt
cd original
Tahniah buat pemenang GA akak yang baru ajer berakhir hari Sabtu lepas. Walaupun tak ramai yang join , tak aperlah. Terima kasih buat sudi join.

2 orang peserta yang dapat menjawab dengan betul ialah

Beliau akan mendapat sehelai t shirt, satu fridge magnet, cd original dan topup RM10.00


Fiza pula akan mendapat sehelai t shirt, satu fridge magnet dan cd original.

Terima kasih kepada Kak Yong Ina Hashim, stormz-iylia, Delqis, Nieda, Farra8979, dan Areef Ibn Naim yang sudi join. Walaupun tak berjaya jangan serik ek join lain kali.

Bagi pemenang sila emailkan alamat, nama dan no telipon di roslana_06@yahoo.com.my

Sabtu, Julai 30, 2011

Tamatlah GA

Hari ini akak balik semula ke Kuala Lumpur.  Terima kasih buat sape yang sudi join GA akak.  Tepat pukul 12.00 tengah malam pada hari ini 30hb. Julai 2011 akan berakhirlah GA ini.

Akak akan umumkan pemenangnya nanti yer.

Jumaat, Julai 29, 2011

GA Cuba Teka Yer Kat Mana Akak Menjengkit Kali Ini?

Fuh lega dapat gak nak update blog hari ini. Sajer ajer nak bagi GA ni. Senang ajer nak join GA akak ni. Sape yang nak join ikut ajer arahan kat bawah ni.

1. Kena LIKE @SUKA fanpage akak "kakinakl.com" kat sidebar kanan.

2. Teka akak pegi mana? Bagi nama tempat dan negerinya sekali

Pastu komen kat bawah N3 ini. Sesiapa yang dapat jawab dengan betul akan menerima fridge magnet tempat akak pergi ni, Cuma 3 orang yang berjaya menjawab dengan pantas dan betul akan menerima hadiah.

Hadiahnya ialah :

Peneka yang berjaya dengan pantas dan betul mendapat 1 FM berserta top up RM10.00.

Pemenang kedua dan ketiga akan menerima 1 FM dan hadiah sagu hati.

Cepatlah teka ek.

p/s Kali ni tali baruts dan kenalan orang yang dah tau tak leh join..kasi can kat orang lain pulak.

Selasa, Julai 19, 2011

Sape Adyshariz Ni Ek?

Adyshariz adalah pemenang GA akak..ala dia menang sebab bagi komen terbaik tentang blog yang yang telah di make over oleh Hisyam. Sebagaimana yang di janjikan akak nak terjah blog dia jap.

Bila buka ajer blog ni terpapar gambar anak lelaki beliau Ady Hariz Bin Abdul Rahman yang lahir pada 29hb April 2009 dan nama glam dia ialah Aisha. Beliau mulai berblogging pada 3hb. March 2010. Kira dah setahun lebih dah ni. Follower agak ramai juga, dekat 1,000, beliau ni rajin update setiap hari.

Beliau memang suka masuk contest/GA dan pernah memenanginya. Pelbagi cerita yang adalam kat dalam blog beliau dan semestinyalah ada cerita tentang cahayamata beliau.

Sape yang ada anak mesti suka bercerita tentang anak semasa mereka. Untunglah kan tak macam akak dulu tak sempat nak ada blog nak cerita tentang anak-anak dari kecil lagi.

Dek sebab akak tertarik dengan N3 beliau yang ini http://adyshariz.blogspot.com/2011/07/papan-tanda-bikin-hati-org-kelantan.html, akak minta izin nak letakkan gambar tu kat blog akak.

Gelak baca kisah yang beliau tulis Blogger pemes kak ina kl nak bagi hadiah..tak pemeslah lagi dik oi.., sebab Adyshariz tak tau pun dia dah menang hadiah GA itu.Puas akak tunggu berhari-hari, lelama akak hantar email kat dia. Maaf sebab lambat hantar hadiah yang di menangi.

Hadiah yang ditawarkan agak menarik.

Jomlah kita terjah ke Adyshariz punya blog ek

Jom tenguk sini

Jumaat, Julai 01, 2011

Pemenang GA Komen Jangan Tak Komen

Dari tengahari tak boleh nak buat N3, ingatkan cuma akak ajer rupernya ramai lagi member bloggers pun kena.

Pada 28hb. Jun yang lalu tarikh tutup pemenang GA akak. Akak ucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi komen tentang pembaruan di blog akak. Pemenang yang di pilih oleh hisyam ialah adyshariz dari http://adyshariz.blogspot.com/

Di bawah ini ialah komen beliau yang menarik hati Hisyam.

salam kakina, ok nice job hisyam sb sudi makeover belog kakina yg glamor ni 1st - warna dah ceria 2nd - loading dh laju skit 3rd - gambarheader menarik, tapi kalau boleh tambah blink-blink lagi cantik..hehe 4rd - better letak bahagian halaman kat bawah header atau side bar, nmpk mcm mengganggu la pulak 5th-utk bisness akak, apakata buat banner utk order cookies, kalau org masuk belog akak mesti org nampk punya. 6th- templete cantek, tapi kalau buat satu color lagi cantek 7th - tulisan dh cantek, tapi boleh ajer gunakan color black dan besarkan sedikit tulisan ok kak n hisyam, aishamaaf ya kalau laser..hehe
tak tau nk tulis apa, belog sendiri lagi x best..huhu

Beliau telah memenangi hadiah seperti di bawah
1. Satu fm dari Taman Negara dan topup RM10.00
2. Akak akan terjah blog anda

3. CD Ori Dewi Sandra penyanyi Indonesia

Sila hantar butir-butir diri ke roslana_06@yahoo.com.my

p/s Oleh kerana no tu nak dekat 1 juta akak nak gak buat contest. Ada tak yang nak sponsor nanti?

Isnin, Jun 27, 2011

GA -Komen Jangan Tak Komen

Oleh kerana akak happy sebab blog akak dah berubah rupa akak nak buat GA lah. Mula-mula kak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Hisyam dari blog http://hisyamjourney.blogspot.com/ yang sudi membuang masa membuat perubahan di blog akak ni.

Senang ajer nak sertai GA ni, bagilah komen tentang wajah baru blog akak, tak kiralah positif ataupun negatif. Kalau negatif hisyam akan godek lagi blog akak. Pemenang yang memberikan komen terbaik akan di dipilih oleh pengodek blog akak iaitu Hisyam.

Hadiahnya ialah

1. Satu fm dari Taman Negara dan topup RM10.00
2. Akak akan terjah blog anda
3. CD Ori Dewi Sandra penyanyi Indonesia

Senang ajer..jomlah sertai GA yang mudah ni. Tarikh tutup pada atau 12.00 tengahmalam ... 28hb. Jun 2011

Khamis, Jun 02, 2011

Pat pat sape cepat dia dapat?


 Orang cina kata ini nombo manyak ong ma..


Bulan lepas akak dah war-warkan pasal no bertuah ni kan..bila tenguk dah nak dekat dah no tu.

Nanti a...pengunjung no 888 888 , lu tangkap ini no, pakai kamela atau capture kat pc/laptop , pastu kasi hantar ke email akak a..
.
roslana_06@yahoo.com.my.  
Tak kisah lu olang jadi follower ataupun tidak.

Satu olang saja tau..haliah tengah fikir...apa mau kasi..prepaid atau mau kasi haliah lain.

Hadiah satu fridge magnet kecil London dan prepaid RM10.00.  Sape agaknya yang bertuah tu ek?

Isnin, Februari 21, 2011

Terima Kasih Peserta Contest

Mula-mula risau gak tenguk contest kali macam tak ada sambutan ajer. Macam-macam yang ada di fikiran akak. Mungkinkah contest ni susah nak join sebab kena beri ulasan tentang blog akak?

Alhamdulliah semalam bila berakhirnya contest ni ada lebih dari 20 orang yang sudi memberi pendapat tentang blog akak. Link peserta akak letak di sidebar kanan dan jika ada link peserta tidak ada sila bagi tau kat bawah N3 yer.

Akak minta pendapat sebab mungkin bagi akak, blog akaklah yang paling cun dan paling best tapi bagi pandangan orang lain mungkin ada yang tak berkenan. Sebab akak bukan pandai sangat pun nak cantikkan blog akak ni.

Tulah salah satu sebab akak anjurkan contest ni sebab akak suka bila pendapat yang di beri memang boleh di terima dan insyallah akak akan cuba perbaiki untuk keselesaan bagi pengunjung blog akak ini.

Segala pandangan akak terima dengan hati terbuka..no heart feeling dan no emo..emo..

Buat semua peserta tunggu keputusannya yer. Keputusan akan di umumkan secepat yang mungkin.

Terima kasih sekali lagi.

Sabtu, Februari 19, 2011

Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com


Akhirnya dapat gak idea camner nak buat contest. Semuga syarat yang di berikan tidak menyusahkan peserta contest ini.

Yang layak ialah rakyat Malaysia dan mesti mempunyai blog.Apa yang perlu dilakukan? Mudah sahaja.
Syarat-syaratnya
1. Buat satu N3 tentang/review blog akak. Macam apa yang tak perlu di kekalkan dan perlu di buang kat blog ini. Bukan cerita mengenai akak tau.

Tajuk mestilah sama macam tajuk diatas. Bagilah pendapat yang bernas yer.

2. Sila salin dan tampal ayat di bawah dalam satu entri di blog anda. Nak letak gambar tu boleh, tak nak letak pun boleh. Suka hatilah labu.

kakinakl.com sedang mengadakan contest. Jomlah join...hadiah menarik menanti anda.

3. Setelah siap sila tinggalkan link N3 anda di dalam ruangan komen sebagai penyertaan. Kalau tak tinggalkan link akak tak kira yer.

4. Seorang pemenang hanya layak menang satu kali sahaja.
Contest ini bermula daripada sekarang dan akan berakhir pada 20hb. Febuari 2011 pada pukul 11.59 malam. Penyertaan yang dihantar selepas itu tidak layak untuk diadili.
Pemenang di pilih berdasarkan pendapat yang bernas dan original (tak copy cat yer)

Hadiahnya pula ialah :

Pertama: Top Up bernilai RM30.00 dan 1 bekas kukis coklat chip bernilai RM25.00.

Kedua : Top Up bernilai RM20.00 dan 1 bekas kukis coklat chip bernilai RM25.00.

Ketiga : Top Up bernilai RM10.00.

Update ada hadiah lagi..

Keempat :
Sehelai tudung cantik sumbangan http://www.shawlnurfa.blogspot.com/ bernilai RM25.00

Kelima : 1 fridge magnet dari India

Senang bukan. Jomlah sertai sekarang juga.

Sabtu, Januari 22, 2011

Dapat cek Nuff ..Ingat nak buat contestlah

Alhamdulliah dapat cek ni awal bulan lepas, tapi tak jumpa gambar..luper letak gambar cek ni kat mana.

Oleh sebab akak dapat banyak (bukan eksyen dan bukan banyakpun...tapi kira banyaklah juga bagi suri rumah cam akak...tapi mana boleh lawan dengan blogger fofolur yang lain cam redmummy tu) tapi alhamdulliah gakkan sebab bukan senang nak dapat banyak ni untuk sebulan.

Walaupun ada pasang surut RM setiap bulan akak redha ajerlah. Banyak sedikit bukan ukuran tapi kepuasan berblog itu penting. Sebab tu akak nak agihkan sikit rezeki yang akak dapat ni. Tanpa anda semua siapalah akak di dalam dunia blog ni kan.

Sebab anda yang sudi menjenguk ke blog akak walaupun bukan setiap hari pastu sudi menjadi followers sehingga mencecah ke 1000 lebih dan sudi memberi komen membuatkan akak lebih bersemangat untuk update blog. Terima kasih semua.

Akak ingat nak buat contestlah..tapi tengah fikir apakah cara,syarat dan hadiahnya.Kalau boleh tak nak susahkan peserta kena tampal banner contest, suruh jadi follower dan nak tag orang.

Akak tak suka paksa orang dan tentu orang pun tak suka di paksa. Sebab tu akak jarang nak masuk contest kalau ada syarat camtu. Jangan marah yer..tu bagi pendapat akak. Mungkin orang lain suka. Takkan nak suruh teka lagi ek..tak bestlah pulak.

Kita buat cara yang lain pulak..ada idea tak?

Tungguuuuuu yer..

Sabtu, Januari 08, 2011

Sorry Yer Sakira

Bukan Sakira lagu wa ka wa ka wa ka tu yer.

Minta maaf sangat-sangat dengan http://sakiralicious.blogspot.com/ sebab terlambat nak bagi hadiah contest teka cek Nuffnang.

Akak dah suruh hantar no hp dan alamat kat email tapi tunggu punya tunggu tak ada juga. Sampaikan kukis yang akak buat tu akak suruh anak-anak makan sebab kalau dah lama simpan takut tak sedap kalau dah lama.

Akhirnya minggu lepas bila check balik kat bawah N3 contest tu, Sakira kata dah hantar butir-butir diri kat email. Bila check tak ada juga. Kenalah bagi no kat blog dia.

Akhirnya selepas dia sms akak barulah akak dapat hantar kukis dan t shirt tu. Rupanya dia belajar tak jauh dari sekolah imran. Semalam lepas Imran kat sekolah terus gi hantar hadiah kemenangan itu.
Nilah Sakira yang masih belajar dan peneka hampir tepat cek nuffnang (klik kalau nak baca-contest akak) akak tu. Study hard k..

Khamis, Disember 23, 2010

Sape nak kukis akak -kena join contest Matjoe

Tali barut akak Matjoe.com buat contest tentang azam. Salah satu hadiahnya ialah kukis akak. Kalau nak tenguk apa syarat-syaratnya kenalah terjah ke http://www.matjoe.com/2010/12/contest-azam-tahun-2011.html.


Hadiah lumayan tau. Rugi tak mencuba. Akak nak gak ambil bahagian tapi Matjoe tak kasi sebab akak salah seorang sponsor. Nanti biaslah pulak. Tak perlah akak bagitau kat sini ajer azam untuk tahun depan.

1. Kalau boleh nak menunaikan haji sebab takut gak pergi waktu dah berumur kesihatan tak memuaskan.
2. Kalau tak dapat insyallah gi umrah dulu kot kalau kewangan mencukupi.
Melakukan perkara yang baik dan tak nak menyakitkan hati orang. Membuat amal sebanyak yang mungkin.
3. Nak gi lawat anak-anak yang duk jauh di mata. Selagi tak tau camner tempat tinggal mereka selagi itulah hati ini tertanya-tanya dan merasa bimbang walaupun anak-anak kata alhamdulliah selamat di sana.
4. Insyallah nak jual kukis seberapa banyak yang boleh tapi mengikut kemampuan , tak nak tamak haloba. Nanti sape yang susah, akak gak yang susah sebab akak kalau boleh nak buat sendiri tak nak menyusahkan orang lain.

Itu yang teringat setakat ini. Jom kita tenguk hadiah yang ditawarkan. Sape tak join memang rugi pasal senang sangat syarat-syaratnya.


Hadiah – Hadiah

Contest Pertama
Tempat pertama: rm70 (bank in / top up/cek dari akaun semasa saya) + 3 Ebook Hartanah abangensem.com bernilai rm60

sampel cek

ebook hartanah
Tempat Kedua: rm40 (bank in/top up/cek) + 2 Ebook Hartanah abangensem.com bernilai rm40
Tempat ketiga: rm30 (bank in/ top up/cek) + 1 Ebook Hartanah abangensem.com bernilai rm20
Tempat ke 4 – ke 6: Sebalang cookies sedap kak ina KL bernilai rm25 setiap satu


Hadiah saguhati tempat ke 7 dan ke 8 : top up bernilai rm10
Contest Kedua
Tempat pertama: rm70 (bank in/top up/cek)
Tempat Kedua: rm40 (bank in/top up/cek)
Tempat ke 3 – ke 5 : Sebalang cookies sedap kak ina KL bernilai rm25 setiap satu
Sagu hati ke 5 – ke 8 : top up bernilai rm10

Contest Ketiga
Entry Pilihan Pembaca (1 Pemenang): rm30 (bank in/top up/cek)

Banyakkan peluang untuk menang? motif aku lebih kepada sharing is caring dan juga nak bagi peluang ramai merasa utk menang (17 pemenang). Hadiah keseluruhan bernilai rm600

Kelebihan kalau joint contest ni ialah ada bloglist ‘peserta Azam tahun 2011’ disebelah kanan sidebar. List ni akan kekal sampai 15 March 2011


Okey..menarik bukan..jangan tunggu lagi. Jom kita terjah sekarang juga.

Jumaat, Disember 17, 2010

Pemenang Contest dan Tips Nak Dapat RM

Alhamdulliah sehingga tarikh tutup sebanyak 91 penyertaan di terima. 1 lagi tak di terima sebab dah tamat tempuh. Tak sangkalah pulak ramai yang sudi menyertai GA akak ni.

Sedihnya tak ada yang dapat menjawab dengan tepat. Tapi ada 4 peserta yang hampir tepat. Bila check lagi cuma ada 2 peserta yang meneka paling hampir.

Peserta Pertama




Dan peserta ke 2



Kita tenguk jawapan sebenar.



Pemenang yang hampir meneka dengan tepat ialah http://sakiralicious.blogspot.com/.

Sila hantarkan butir-butir diri ke email akak roslana_06@yahoo.com.my.

Akak nak pot pet pot pet pasal duit nuffnang ni. Bukan senang nak dapat BE sekarang ni. Pasal dah terlampau ramai blogger yang berdaftar dengan nuffnang sekarang. Jadi nuffnang terpaksa gak agihkan kepada yang lain pulak. Takkan ashik nak bagi kat kami ajer nanti orang kata nuffnang racist.

Jika ada BE yang singgah di blog anda, rajinlah blog walking dan upkan trafik. Memang tak boleh kaya dengan BE tapi jika trafik tinggi insyallah merasa gak duit nuffnang. Boleh gak beli top up.

Daripada tahun pertama dulu nak tunggu RM200 lebihmengambil masa setahun tetapi alhamdulliah sekarang ni boleh di katakan setiap bulan ada juga rezeki dari nuffnang. Banyak atau sedikit belakang kira. Kalau di kira semua 7 cek dah lebih dari 4 angka dah.

Setialah dengan satu pengiklan ajer. Jangan sekejap lompat kat sini dan lepas tu lompat balik kat tempat lama.

Update sentiasa blog jika BE sudi singgan dan jika boleh jangan tinggal/menjerit di kotak suara tu tapi pergilah ke ruangan komen. Empunya blog memang suka jika orang komen setiap N3 yang beliau buat pada setiap hari.

Macam akak , insyallah sekarang ni kalau boleh akak akan cuba pergi ke blog yang sudi komen di N3 akak walaupun kadang kala mengambil masa. Di shoutbox tu macam tak ikhlas ajer datang ke blog akak. Memang tak baca kot?

Sekarang ni akak redha ajer kalau tak ada BE sebab tujuan mula-mula berblog untuk bercerita, meluahkan perasaan ibaratnya macam akak menulis diari kehidupan untuk kenangan jika akak tak ada lagi supaya anak cucu boleh membaca kisah akak dan menjalinkan persahabatan.Dapat duit kira bonus kan..

Ada juga orang yang suka memberi komen yang menyakitkan hati tetapi pada pendapat akak jika dia menuding 1 jari ke pada akak sebenarnya 9 jari lagi menuding kepada beliau.

Takkan kita nak layan dan memaki hamun mereka. Jika kita juga mengikut ragam mereka tentu mereka suka sebab kita melayan kerenah mereka dan penulisan sebegitu akan melambangkan keperibadian kita. Tulah titik garam jika kita berblog. Ada orang suka dan ada yang tak suka.

Akhir sekali terima kasih buat semua yang sudi masuk GA akak ni. Insyallah jika ada rezeki lagi akak buat lagi yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...