OOO

Ahad, November 21, 2010

Resepi Nasi Ayam Ipoh Dan Ayam Panggang

 Masak sup dulu baru masak nasi yer.  Takkan nak pakai air ajer. Mana sodap kan.  Resepi ni memang sedap.  Kalau tak percaya buatlah nasi ayam ikut resepi ni.  Kalah nasi ayam kat kedai  sebab bila beli rasa kurang umphhh.  Baik buat sendiri.  Bukan susah pun.

Bahan untuk nasi
3 cawan beras basmati (rendam dulu 20 minit pastu toskan)
4 1/2 cawan air rebusan air (sop)
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai daun bawang (ambil bahagian bawah dia..yang ada buah tu sekali yer)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan-siat dan simpul
4 sudu makan mentega (minyak pun boleh)

Bahan tumis(akak tambah yer)
1 batang kayu  manis
2 biji pelaga
2 biji cengkih
2 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-hiris
3 biji bawang merah-hiris
2 biji bawang putih-hiris

Method Untuk Nasi
1.  Masukkan mentega/marjerin kedalam kuali dan biarkan cair baru masukkan rempah tumis dan bahan hiris.
2.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar dan kacau sehingga naik bau.
3.  Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan dan bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan.
4.  Kacau sekejap dan masukkan air rebusan ayam dan masukkan ke dalam periuk elektrik dan tambahkan sedikit garam.
5.  Bila nasi dah masak boleh di kareh/kacau dan dihidangkan.
Gambar kat blog dah hilang.  Akak google ajer.  Akak pakai honey mustard. 

Bahan-bahan
1 ekor ayam di potong 16-bersih dan toskan
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya

Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih dan halia ke seluruhan badan.
2.  Lepas tu lumurkan pulak sos honey mustard ni.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 200-220 C dan masukkan ayam guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam dan sapu lagi sos.
6.  Bakar lagi dalam 20 minit dan sebelum keluarkan dari oven sapu sos lagi.
7.  Hidangkan panas-panas.
 Sumber : ah mat gebu
Bahan sup ayam
3 ketul ayam potong kecil-akak ambil bahagian tulang
1 kiub pati ayam maggi
1 sup bunjut adabi
1 pokok daun sup, potong kasar
1 1/2 inci halia, dititik
4 ulas bawang putih di ketuk
Rempah tumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 camca teh serbuk lada hitam
air secukupnya (anggaran 3.5 liter)
garam secukup rasa
sedikit minyak
akak tambah
1 biji bawang besar,2 biji bawang kecil,2 biji bawang putih (semua di hiris halus)
untuk hiasan
daun sup dan bawang secukupnya-hiris  halus bawang goreng
 

Cara membuatnya
1.  Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan tumis bersama bahan hiris.
2.  Bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan sup bunjut..kacau lagi dan masukkan air bersama bahan-bahan lain dan juga serbuk lada hitam.
3.  Masak dengan api besar sehingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih dalam 15  minit.  
4.  Sebelum tutup api masukkan garam dan  serbuk lada hitam dan sesuaikan rasa.


Bahan-Bahan Lain
Hirisan Timun
Hirisan Tomato
Salad
Sos Cili-bancuh dengan air panas
Sambal Kicap

7 ulasan:

  1. salam kak ina KL...
    Tiba2 saya terliur tgk nasi ayam akak masak...huhu..

    BalasPadam
  2. aduhai kak ina..sedapnyeee..huhu saya nak cubalah nnt..isi masa cuti sekolah ni..hehe tq kak!

    BalasPadam
  3. Sedap tu kak ina..... lama dah saya tak buat nasi ayam cenggini.

    BalasPadam
  4. adey setiap kali dtg blog akka kecur air liur dibuatnya. bila leh rasa masakan kak ina ekk.. haih~

    BalasPadam
  5. lepas ni kalau buat jamuan nak order kak ina masak jelah..heheh sedapnya makanan..lapar terus pagi ni

    BalasPadam
  6. mudah jer gayanyer..nak kena mudahkan urat urat ni jer dulu kan..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers