OOO

Khamis, November 18, 2010

Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin

Dah lama tak buat roti puri ni. Teringinlah pulak nak makan. Nak buat roti puri ni kena pandai teknik, kalau idak taklah mengelembung cam ni.

Resepi dari Yatiezaini

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak untnk mengoreng

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan. Kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
  2. Satukan tepung dan yis, gaulkan
  3. No.1 dimasukkan kedalam no.2 dan digaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaj.
  4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti /breadcrumb .
  5. Tambahkn air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat kat tangan dan menjadi doh.
  6. Perap doh 30 minit, pastu bolehler dibahagikan doh pada 12 bahagian bulat yg keci.
  7. Canai doh nipis macam karipap / duit 50 sen
  8. Siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  9. TIPS utk mengoreng : gunakan api yang kecil / sederhana .. orang cakap kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar boleh menyebabkan roti ni tak mengelembong / naik kembong
  10. Masa mengoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
Makan dengan sambal sardin.

Bahan-bahan
1 tin besar sardin cap ayam
2 biji ubi kentang-potong dadu-rebus dulu dengan air
1 biji bawang besar-hiris bulat
6 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan minyak secukupnya

Cara-cara
1. Tumbuk/kisar halia, bawang kecil dan bawang putih.
2. Tuangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak dengan api yang sederhana.
4. Bila cili dah masak masukkan sardin, hirisan bawang besar, ubi kentang yang telah direbus dan air asam jawa.
5. Masak dengan api sederhana sehingga lebih kurang 10 minit dan letak garam.
6. Rasa dulu barulah ditutup api.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    sedapnya buat sarapan pagi...

    Wassalam

    BalasPadam
  2. salam kak;
    masak apa raya semalam? sedap gak puri ni kalau makan dengan pencicah dia yang kentang warna kuning tuh...akak leh bagi resipi yang tu sekali tak? hubby suka puri nih...

    BalasPadam
  3. salam kak..selalu makan kat kedai je..lom penah terai buat sendiri

    BalasPadam
  4. salam kak..

    wah, byk resepi kak ina kan.. buatlah buku resepi mcm kak haneyliza tuh kak.. mana tahu Insya Allah dapat sambutan..

    hari tuh pun saya ada amik resepi kukis kak ina tuh.. lupa nak bgtahu.. tp x sempat nak buat lagi.. huhuhu..
    akak x marah kan.. huhuhu

    BalasPadam
  5. tengok resipi kak ina ni, baru teringat, dah lama rupanya tak makan roti puri. ada satu kedai kat rumah lama dulu ada jual roti puri sedap. sampaikan tokey kedai tu kitorg gelarkan dia 'pakcik puri'.. hehehe.. boleh try resipi kak ina ni.. tq kak ina =)

    BalasPadam
  6. salam kak ina..

    roti ni biasa nyer ade inti kat dalam, inti sambal ke sardin macamtu lah tapi panggil pau goreng..

    agak-agak same tak ye?

    kene cube ni :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers