OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat roti. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 01, 2012

Roti Sosej Ayam

Assalammualaikum semua....

Hari Sabtu balik kampung suami di Johor sebab bapa mertua nak buat kenduri tahlil pada hari Ahad selepas Zohor.  Bila sampai ke kampung dah malam..sibuklah buat apa yang patut.  Bapa mertua tak berapa sehat sebab bila malam demam akan menyerang sehingga mengigil dan kadang-kadang rasa panas.

Pada hari Ahad, masa kami sibuk-sibuk menyediakan makanan di dapur, abang ipar bawa ke Hospital Segamat dan beliau di tahan di wad kerana terkena jangkitan paru-paru berkuman.  Selepas majlis selesai kami segera ke hospital tetapi sayangnya waktu melawat telah habis..kenalah naik sorang demi sorang.
Alhamdulliah dapat gak melawat bapa mertua di hospital dan terus balik ke Kuala Lumpur..sampai kat rumah pukul 12.00 lebih tapi ke lebuhraya kereta masih banyak macam waktu siang.

Doakan agar bapa mertua akak cepat sembuh dan kembali semula ke rumah.


Musim hujan memang perut anak-anak ashik lapar..nasib baik ada stok tepung roti kat umah.  Kita boleh buat macam-macam bentuk kalau buat Roti Sosej ni.  Terpulanglah pada kreativi masing-masing...cara nak buat boleh ke SINI

Ada macam-macam resepi yang akak pernah cuba dan tepek kat blog akak.  Akak lebih suka guna resepi yang ni kalau buat.


 
 terlupa nak sapu campuran telur dengan susu..jadilah bentuk camni
BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)- (akak guna superfine)
60 g gula halus
1 camca teh garam 2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (akak guna sosej ayam Ramli= 14 batang)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam.  
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. Sosej dicelur dan sejukkan.  Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  4. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Jumaat, Mac 16, 2012

Garlic Finger Bun-Enak Di makan Panas-Panas

Dah lama tak meroti disebabkan malas nak mengguli.  Akak ambil resepi dari  SINI (orang yang sama sebenarnya) masa tu nama resepi asal Garlic Rolls dan tapi tuan punya resepi yang sama rajinlah pulak buat versi nak cepat masak dan cepat makan..nak tau sape bolehlah ke  SINI.

Roti ni enak di makan bersama-sama sup kimball/mushroom.  Kalau nak makan camtu ajer pun boleh tapi kena letak inti garlic banyak sikit dan makan panas-panas.

Bahan2 Utk Garlic Rolls/ Garlic Finger Bun
  • 3 cawan tepung gandum ~ akak guna tepung roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar olive oil ~akak tukar minyak jagung sebab tak ada stok

Cara-Caranya
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
  4. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
  5. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
  6. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  7. Bahagikan pula kepada 7 bahagian setiap bahagian, jadi dpt 14 ketul semuanya.
  8. Gelek doh dengan kayu pencanai berbentuk empat segi memanjang.
  9. Sapukan sedikit Garlic Spread di tengahnya (mcm intilah kiranya)dan gulung memanjang semula.
  10. Buat kaedah yang sama pada doh yang lain juga.
  11. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
  12. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  13. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di atas permukaan doh tadi.
  14. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
  15. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.
Panduan
  • Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan
Garlic Spread
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~
  1. Gaulkan semua bahan
  2. Siap digunakan. 
 Nota : Akak tambahkan adunan 2 kali ganda sebab suka letak pes garlic banyak-banyakkkkkk

cicah dengan ini....fuhhh sekejapan habis..lain kali kena buat banyak-banyakkk
al maklumlah anak lelaki makan banyakkkkkk

Jumaat, Februari 18, 2011

CINNAMON TWIST BREAD (Resepi Roti Gulung Kayu Manis)

Alahai sedihlah pulak tak rajin nak join contest akak kali ni. Kenapa ek..susah kot..tak perlah orang tak nak join tak kan nak paksa kan. Esok tarikh tutup jadi sape yang nak join bolehlah join yer.

Ada ker yang tertunggu-tunggu N3 pasal gi jejalan tu ek. Semalam petang dah siap dah N3 tu..entah camner boleh terdelete semua N3. Hilang mood nak buat balik. Kang bila rajin akak buat balik ek.
akak snap masa dalam oven lagi

Kita tenguk dululah resepi roti pintal ni yer. Buat dah lama dah. Sebelum pergi jejalan. Resepi ni akak ambil dari Rinnchan . Kalau ada BM lagi best tau..taklah penat nak mengguli roti ni. Lenguh tangan nak mengguli tau tapi nak ikutkan kehendak hati terpaksalah buat gak.

Ingredients:
400gm high protein flour
12gm instant dried yeast
1gm bread improver ( used 1/2 teaspoon)
6gm salt (used 1 teaspoon)
50gm egg (used 1 med size egg)
48gm caster sugar
12gm milk powder (used 2 tablespoon)
60gm margarine
190gm water
1 egg yolk, to brush

To sprinkle :
Mix 1 teasp00n cinnamon powder and 3 teaspoon caster sugar (I used brown sugar)

Method :
1. In a large bowl mix together flour, yeast, milk powder, sugar, salt and bread improver. Mix well.
2. While mixing, add in egg and margarine consecutively.
3. Add in water little at a time making into crumble. Knead until dough is formed and not sticky.
4. Cover the dough with plastic film and let rest for 10 mins.
5. Divide dough into 8 equal small dough and round them. Proof for 5 mins. Cover with plastic again.
6. Using hand roll each small dough into a long sausage shape. Do rolling and rest 3 mins for 3 times until dough length reach about 18cm-20cm.
7. Twist the dough as the diagrams shown below and place on pre-dusted baking tray. Proof for 10 mins or until doubled the size.
8. Brush surface with egg yolk and sprinkle mixture of sugar and cinnamon powder.
9. Bake at 190 Deg Cel for 10mins - 15 mins or until golden brown.

See details of twisting the bread below, not as detail though..

1. Gelek doh sepanjang 18cm-20cm.
2. Satukan kedua-dua hujung.
3. Pintal seperti tali.
4. Selitkan 2 hujung yang telah disatukan tadi ke hujung yang melengkung.
Sapukan kuning telur dan taburkan gula perang yang telah di gaul dengan serbuk kayu manis. Separuh dari doh akak taburkan dengan gula warna warni sebab akak akak tentu tak makan kalau akak letak serbuk kayu manis. Dah naik sekali ganda barulah di bakar.

Khamis, November 18, 2010

Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin

Dah lama tak buat roti puri ni. Teringinlah pulak nak makan. Nak buat roti puri ni kena pandai teknik, kalau idak taklah mengelembung cam ni.

Resepi dari Yatiezaini

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak untnk mengoreng

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan. Kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
  2. Satukan tepung dan yis, gaulkan
  3. No.1 dimasukkan kedalam no.2 dan digaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaj.
  4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti /breadcrumb .
  5. Tambahkn air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat kat tangan dan menjadi doh.
  6. Perap doh 30 minit, pastu bolehler dibahagikan doh pada 12 bahagian bulat yg keci.
  7. Canai doh nipis macam karipap / duit 50 sen
  8. Siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  9. TIPS utk mengoreng : gunakan api yang kecil / sederhana .. orang cakap kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar boleh menyebabkan roti ni tak mengelembong / naik kembong
  10. Masa mengoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
Makan dengan sambal sardin.

Bahan-bahan
1 tin besar sardin cap ayam
2 biji ubi kentang-potong dadu-rebus dulu dengan air
1 biji bawang besar-hiris bulat
6 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan minyak secukupnya

Cara-cara
1. Tumbuk/kisar halia, bawang kecil dan bawang putih.
2. Tuangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak dengan api yang sederhana.
4. Bila cili dah masak masukkan sardin, hirisan bawang besar, ubi kentang yang telah direbus dan air asam jawa.
5. Masak dengan api sederhana sehingga lebih kurang 10 minit dan letak garam.
6. Rasa dulu barulah ditutup api.

Khamis, Julai 22, 2010

Roti Pita Aka Poket Doraemon

 Sape tak kenal doraemon sila angkat tangan..atau angkat kaki..yang suka makan dorayaki tu..akak pun layan jugak cerita ni dulu masa russhdi, firdaus dan yana kecik..... mereka bertiga  memang suker tenguk cerita ni.
Sekarang ni dah terjangkit kepada Ira dan Imran..setiap hari sabtu petang mereka tak lupa nak tenguk cerita  doraemon yang suka cipta benda yang pelik-pelik yang di keluarkan dari poket dia...kalau movie doraemon dia orang layan jugak walau pun dah berulang kali tenguk..

Oleh sebab roti pita ni kan ada poket macam poket Doraemon..Imran panggil Roti ni Poket Doraemon..kalau gi pasar malam..poket doraemon yang di cari...tak muak-muak..masa gi beli barang keperluan dapur akak pun beli roti pita ni..sebab malas nak buat..dan kali ni beli roti pita gandum.  Untuk isi dia akak gunakan burger Ayamas sebab tak berminyak macam burger Ramli.  
 Resepi sendiri yer..tak tiru tau


Bahan-bahan (untuk 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak yer)
  •  5 keping roti pita -potong2 (suker hatilah nak pakai  prisa garlic ker..)
  • 10 biji burger ayamas
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
  • 1/3 biji cili banggala hijau (capsium hijau-potong dadu)
  • 6 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • sedikit kobis-hiris halus
  • beberapa titik maggi seasoning
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
Cara-cara

1.  Roti pita di potong 2 dan panaskan sebentar dalam oven.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar.
3.  Bila dah layu masukkan tomato dan capsium..kacau dan masukkan buger ayam tadi.
4.  Kacau dan hancur-hancurkan dan masukkan pulak lada sulah.lada hitam bersama cilis sos bersama sedikit garam.
5.  Bila burger dah masak, masukkan sedikit garam, hirisan kobis dan mayonis dan kacau cepat..rasa dan terus padam api.  Sejukkan.
6.  Bolehlah di masukkan ke dalam roti pita bersama salad dan hirisan tomato (tak buat pun)

Khamis, Jun 17, 2010

Pau Gebu dan Gebus/Menang Lucky Draw

Sebelum tu nak share sikit..pagi tadi dah rezeki akak dapat lucky draw dari blog http://lagenda-duniablogku.blogspot.com/..akak baru kenal dengan tuan punyer blog ni..baru semalam gi jengah ke blog beliau.  

Akak tak ambil top up..sebab top up masih banyak lagi..jadi akak suruh dia bank in duit dalam bank...sebab besok nak gi tenguk wayang Toy Story 3 (sedih tak dapat jemputan dari Nuffnang)..lehlah guna duit tu.
No bertuah pagi tadi....Terima bebanyak yer..lain kali buat lagi...ok stop..nanti orang kata riak pulak..


Kali terakhir buat pau tahun lepas...mak datuk lamanya tak mengpau...masa hantar anak buat kat tanjung malim..akak gilah tempat buat pau yang terkenal di situ.  Ehmmm bila dah tenguk sape orang yang ada kat kedai tu...alamak...tak lalulah tekak nak beli lagi...walaupun orang melayu banyak yang beli bawak balik samada yang beku ataupun yang baru masak...
Suami akak tak bagi beli lagi ...kenalah merajinkan diri kalau tekak teringin nak makan pau...lagipun tepung pau nak sampai masa nak kojol (habis tempuh)...

Akak buat inti ubi kentang dan juga inti kelapa..tapi inti kelapa taklah sebanyak inti karipap...tapi budak-budak ni akak buat sikit...dia kata sedap pulak inti kelapa...ishhhh geram sungguh di buatnya.seperti biasa akak ambil resepi dari blog mamat famous tu lah..sape lagi Chef Ah Mat Gebu....naik gebu macam owner dia..ahaksss

Bahan-Bahannya :-)
  • 240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau-akak guna tepung hongkong
  • 1 camca teh Double-Acting baking powder
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh garam
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)-akak tak letak
  • Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2-akak letak inti karipap dan kacang merah.

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba.

Rabu, Julai 01, 2009

Chicken Pie-Pai Ayam

Mula-mula cadang nak buat popia inti kentang ikut resepi mummy jam...bila dah siap masak inti..anak-anak request nak makan pula chicken pie...pasal mereka teringat kesedapan chicken pie yang di makan di rumah member blog nama sya di bandar baru salak tinggi...akak pakai aje inti ni. Ambil resepi dari rumah rinnchan..akak c & p aje..

Bahan-bahan inti
  • 5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 biji bawang putih, dicincang
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Secubit serbuk lada hitam kasar
  • 5 tbs daging cincang
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • Sepokok daun saderi, dicincang-tak letak
  • Sepokok daun bawang, dicincang-tak letak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak utk menumis

Akak tambah-2 sudu besar whip cream
dan 2 sudu besar susu cair.

Cara-cara:1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.

Buat kulit ikut resepi dalam majalah saji bulan Julai 09--nak mintak resepi dari sya seganlah pulak...pasal dia dah expert tentang buat chicken pie..siap ambil order lagi...sape yang tempah boleh gi ke blog dia...tapi dia ada bagi tau jugak mcm mana dia buat kulit pie tu....dalam resepi tu tak bubuh pastry marjerin..akak tambah sendiri...macam tak konfiden boleh jadi..akak buat separuh dari resepi yang diberi..nanti tak jadi..taklah terbuang. Akak buat cara akak..tak ikut resepi kat dalam majalah tu..

Bahan-bahan untuk pastry

  • 500gm tepung gandum
  • 500gm tepung diamond (akak gunakan tepung roti-sape tahu apa ke benda tepung diamond ni -- bagilah tau akak ye)
  • 150gm mentega-akak potong kecik-kecik
  • 10gm garam
  • 500ml air sejuk
  • 1 biji kuning telur
akak tambah - 500gm pastri marjerin
1 biji kuning telur-untuk di sapu di atas pastry
Cara Penyediaannya

1. Masukkan kedua tepung ke dalam bekas dan masukkan mentega yang telah di potong kecil dan ramas dulu dengan tangan sampai jadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan barulah di tuang air sejuk sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
3. Biarkan 15 minit barulah di canai dan di letak pastry marjerin di tengah dan lipat (single & double) teknik macam nak buat croissant-rujuk kat resepi dulu kat label roti.
4. Simpan di dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam.
5. Tabur sedikit tepung barulah di canai nipis-nipis dan di masukkan ke dalam bekas pie..masukkan inti dan tutup atas pie dengan pastri. Sapukan kuning telur sebelum di bakar. Kalau nak lawa .. campurkan sedikit pewarna kuning telur.
6. Buat sehingga habis dan bakar dalam suhu 190 F selama 30-45 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Dapat lebih kurang 14 biji-dapatlah merasa 2 biji seorang. Apa macam sya...sama tak mcm sya buat..nanti bagi komen ye..

Rabu, November 19, 2008

Resepi Roti Canai

Ashik beli roti canai kat kedai aje.....tak boleh jadi ni..kalau beli kat kedai kena beli 10 keping....dah berapa RM kan.........akak pun terlebih rajin nak buat sendiri. Walaupun tak pandai tebar.....hati dah nak..........buatlah jugak.........main tarik-tarik atas dulang aje.........
janji boleh makan udahlah.....oleh kerana nak buat ni ambil masa.....kenalah uli pukul 6.00 pagi.......resepi ni ambil dari jo Ayee yang duduk jauh di oversea tu..nama penuh tak tahulah pulak........

Bahan-Bahan

1. 550gm tepung gandum
2. 250ml air
3. 3 sudu makan susu pekat-60gm
4. 1 biji telur - 50gm
5. 1 sudu makan mentega/marjerin(akak tambah 2 sudu)
6. 1 sudu teh garam
* kalau nak rapuh lebihkan mentega/marjerin

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk (akak guna mixer)
2. Uli sehingga adunan menjadi doh yang licin dan lembut.
3. Rehatkan dalam 10 minit.
4. Uli lagi dalam 5 minit.
5. Rehatkan lagi.
6. Ulang sehingga 3 kali. Bahagikan kepada 10 bahagian.

7. Salutkan dengan marjerin. Rehatkan 30 minit.

8. Kemudian bolehlah di tebar...kan akak tak pandai tebar..nilah cara akak guna.Ni nak buat roti bom..kena bubuh marjerin..si imran yang suka. Akak tak suka pasal banyak minyak..naik lagilah badan akak ni.......

9. Ni yang biasa. Apa macam...okey tak..........ni belum di nipiskan.

10. Kemudian gorenglah macam biasa. Ni roti bom...

Dah siap boleh cicah dengan kuah kari ke.........akak cicah dengan sambal sotong malbari...alhamdulliah kenyang...........

Sabtu, November 15, 2008

Resepi Roti Berinti Kacang Merah dan Coklat

Kwang..kwang..kwang...tenguklah tu roti terhangus atas dia sikit....tu inti kacang merah dan yang okey tu inti coklat...Teringinlah pulak nak makan roti bila hujan petang kat kl ni....perut pun memang cepat laparlah apabila cuaca sejuk.........tak ingat ambil kat blog sape............lupa pulak..............Bahan-Bahan
  • 400gm tepung roti
  • 100 gm tepung kek
  • 90gm gula halus
  • 10 gm susu tepung
  • 11gm yis kering/sebungkus (mauripan)
  • 220ml air suam
  • 1 sudu teh garam
  • 70gm mentega (suhu bilik)/shortening(lemak sayur)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh bread improver
  • Pes kacang merah dan coklat masakan (dadu)
Cara-cara
1. Masuk semua bahan kecuali mentega/shortening.
2. Uli sehingga lembut dan licin.
3. Masukkan mentega dan uli lagi dalam 10 minit.
4. Rehat 10 minit.
5. Bahagikan 20 hingga 24 biji (terpulang kepada diri sendiri..nak besar mana)
6. Masukkan inti yang dikehendaki. Gris loyang dan masukkan roti.
7. Rehatkan lagi 30-40 minit.
8. Bakar roti dengan suhu 180 C dan bakar dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Bolehlah dimakan panas-panas.......
Ni masa dalam oven lagi.........kat atas tu inti kacang merah (buat sikit pasal akak dan suami aje yang suka makan) yang loyang bawah tu pulak inti coklat.......kesukaan anak-anak..........loyang yang kat atas tulah...atas roti terhitamlah sikit..tak perasanlah pulak...tiba-tiba baru hangit..nasib baik boleh di makan lagi.........

Jumaat, November 07, 2008

Roti Naan


Malam tadi buat roti naan ni...dah lama tak buat roti... semenjak lepas raya....penyakit M banyak......ni dah datang balik vitamin R ....kuah kari ayam semalam masih banyak lagi....buat sendiri jimat...kalau beli kat luar skrg ni dah jatuh rm1.50 sekeping..kalau makan 7 orang tak haru biru jadinya....sekarang ni kan zaman jimat cermat...
ambil resepi ni dari my resepi.....newbiee 123..

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula atau madu (akak guna gula aje)
  • 1 sudu teh yis kering (instant yis)
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 air suam
  • 2 sudu makan minyak zaiton (boleh ganti dgn minyak biasa/sayur)
Cara-cara
1. Campur air suam dgn yis kering.
2. Campur tepung gandum, garam, gula, minyak zaiton kedlm mangkuk.
3. Gaulratakan (akak gunakan mixer)
4. Masukkan air bercampur yis tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli sekejap aje....wrap dgn plastik dan perap 1 jam...
6.  Tutup dengan plastik dan perap selama 1 jam. Inilah rupanya setelah adunan naik se kali ganda..bahagikan kepada 6 bahagian...akak bahagikan kepada 8 bahagian..........

7.  Setelah itu dicanai dan sapukan sedikit air di atasnya dan bolehlah di bakar. Nak bakar pakai oven boleh..nak bakar atas non stick pan pun boleh.

Apalagi....ngaplah..........sedap hingga menjilat jari..........

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...