Makanan di Pengkalan Kubur, Kelantan

by kak ina kl (1) on Rabu, Disember 29, 2010

Sebelum tu akak nak minta maaf sebab akak tak sempat nak membalas komen di blog akak. Faham ajerlah bila balik bercuti. Nak mendobi baju kotor berbeg-beg dan rasa letih di sebabkan perjalanan yang jauh. Selalunya kalau akak balik ke kampung suami pun perjalanan taklah selama ini. Sampai anak kecik ashik tanya..lama lagi ker?

Salutelah dengan orang Kelantan ataupun Kuala Terengganu yang mengharungi perjalanan berjam-jam apabila ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Terutama bila hari perayaan, dengan jalan yang sempit, nak memotong kenderaan besar dan bila jalan jem. Tentu masa yang di ambil bertambah lagi. Kalau bawa anak kecil lagi haru kan. Apa nak buat , sebab ingin bertemu dengan keluarga dan adik beradik tercinta segalanya di tolak tepi.

Aduhai, kalaulah dapat bakal menantu orang Pantai Timur...kena redha ajerlah.

Masa akak letak gambar makanan (betul ker makanan..atau pun minuman) ni , ramai yang cuba meneka. Rasanya semua jawab tak betul.
Bila tengah jejalan kat Pengkalan Kubur , akak nampak ramai orang kerumun kat penjual ni. Akak yang kepohchi ni gi jenguk apa yang di jual oleh mereka.
Mula-mula letak sedikit pulut, kemudian cebisan roti, aiskrim, kacang tanah panggang dan cincau merah. Ada lagi yang dia letak kot. Akak tak perasan.
Wah memang nampak lazat kan..mula-mula akak tak nak makan. Tapi bila anak-anak beli lagi sekali akak suruh mereka belikan untuk akak sekali. Suruh Firdaus tanya apakah nama benda ni.
Penjual tu kata..Nilah AIS KRIM THAILAND. Memang enak makan masa cuaca panas terik di Pengkalan Kubur, Kelantan setelah berpeluh berjalan-jalan kat situ.

Entah betul entah idak, nama ais krim ni .. akak tak taulah.

13 comments

akk org mne? bercuti kt klate ea?

by Haa Fakihah on 29 Disember 2010 4:38 PTG. #

siyes nampak sedap and comel sbb kalerful ehheh ala2 ABC gak ni :)

by Mama Zharfan on 29 Disember 2010 4:54 PTG. #

gulp..terus rasa nak jugakk

lama x makan cincau tuh T__T

by alinac lover on 29 Disember 2010 4:57 PTG. #

Assalamualaikum Kak Ina

kalau dah ais krim, campur pulak yg lain tu ....enak....

Wassalam

by Rozali on 29 Disember 2010 5:02 PTG. #

cincau merah ke kak?nampak mcam buah delima..ngehhh

by amirah on 29 Disember 2010 5:14 PTG. #

Bestnya kak.. Nampak sungguh menyelerakan... Yummy.. :)

by nba-Nur on 29 Disember 2010 5:20 PTG. #

memang sedap.....serius

by eelobor on 29 Disember 2010 5:52 PTG. #

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

by Mknace on 29 Disember 2010 7:06 PTG. #

bestnya jalan-jalan kelantan terengganu

tergoda tengok ais krim tu...

by hazlin on 29 Disember 2010 7:46 PTG. #

salam kak ina jom join contest mudah oleh kedaigambarkami ye..TQ

by KedaiGambarKami, Kluang, Johor on 29 Disember 2010 11:11 PTG. #

Wahh..nk kena gi pengkalan kubur nie..selama dok pergi xperasan lak..esok blk klate...tq pm ksk cuti..bole gi p.kubor.. :p

by Zana on 30 Disember 2010 10:11 PG. #

ore siam neh mmg kreatif... mcm2 mknn depa cipta.. harus g pengkalan kubor lah mcm neh... mender baru neh, ore klate pon br tau...ehehehhe

by akuzle on 31 Disember 2010 2:10 PG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate