OOO

Rabu, Disember 29, 2010

Makanan di Pengkalan Kubur, Kelantan

Sebelum tu akak nak minta maaf sebab akak tak sempat nak membalas komen di blog akak. Faham ajerlah bila balik bercuti. Nak mendobi baju kotor berbeg-beg dan rasa letih di sebabkan perjalanan yang jauh. Selalunya kalau akak balik ke kampung suami pun perjalanan taklah selama ini. Sampai anak kecik ashik tanya..lama lagi ker?

Salutelah dengan orang Kelantan ataupun Kuala Terengganu yang mengharungi perjalanan berjam-jam apabila ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Terutama bila hari perayaan, dengan jalan yang sempit, nak memotong kenderaan besar dan bila jalan jem. Tentu masa yang di ambil bertambah lagi. Kalau bawa anak kecil lagi haru kan. Apa nak buat , sebab ingin bertemu dengan keluarga dan adik beradik tercinta segalanya di tolak tepi.

Aduhai, kalaulah dapat bakal menantu orang Pantai Timur...kena redha ajerlah.

Masa akak letak gambar makanan (betul ker makanan..atau pun minuman) ni , ramai yang cuba meneka. Rasanya semua jawab tak betul.
Bila tengah jejalan kat Pengkalan Kubur , akak nampak ramai orang kerumun kat penjual ni. Akak yang kepohchi ni gi jenguk apa yang di jual oleh mereka.
Mula-mula letak sedikit pulut, kemudian cebisan roti, aiskrim, kacang tanah panggang dan cincau merah. Ada lagi yang dia letak kot. Akak tak perasan.
Wah memang nampak lazat kan..mula-mula akak tak nak makan. Tapi bila anak-anak beli lagi sekali akak suruh mereka belikan untuk akak sekali. Suruh Firdaus tanya apakah nama benda ni.
Penjual tu kata..Nilah AIS KRIM THAILAND. Memang enak makan masa cuaca panas terik di Pengkalan Kubur, Kelantan setelah berpeluh berjalan-jalan kat situ.

Entah betul entah idak, nama ais krim ni .. akak tak taulah.

13 ulasan:

  1. siyes nampak sedap and comel sbb kalerful ehheh ala2 ABC gak ni :)

    BalasPadam
  2. gulp..terus rasa nak jugakk

    lama x makan cincau tuh T__T

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau dah ais krim, campur pulak yg lain tu ....enak....

    Wassalam

    BalasPadam
  4. cincau merah ke kak?nampak mcam buah delima..ngehhh

    BalasPadam
  5. Bestnya kak.. Nampak sungguh menyelerakan... Yummy.. :)

    BalasPadam
  6. salam kak ina jom join contest mudah oleh kedaigambarkami ye..TQ

    BalasPadam
  7. Wahh..nk kena gi pengkalan kubur nie..selama dok pergi xperasan lak..esok blk klate...tq pm ksk cuti..bole gi p.kubor.. :p

    BalasPadam
  8. ore siam neh mmg kreatif... mcm2 mknn depa cipta.. harus g pengkalan kubor lah mcm neh... mender baru neh, ore klate pon br tau...ehehehhe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...