Isnin, Disember 27, 2010

Resepi Kerabu Pegaga


Mak akak memang selalu buat kerabu pegaga ni.  Selalunya masa akak dalam pantang mak suka buat.  Selalunya mak masukkan kedalam kuali daun pegaga bila kelapa di sangai tapi kali ni akak cuma sangai kelapa yang dah bercampur dengan bahan tumbuk ajer. Pastu baru masukkan pegaga. Sedap sikit makan pegaga segar camni. 

Yang makan akak dan suami ajer, anak-anak kata...uwekkk pahitlah.
 
Bahan-bahan
daun pegaga
3 sudu besar ikan bilis
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
10 biji cili api
1 biji  bawang besar hiris
3 biji limau kasturi-ambil jus
garam dan gula secukupnya
 
Cara-cara
1.  Bersihkan daun pegaga.
2.  Tumbuk ikan bilis bersama cili api, garam, gula dan bawang merah.
3.  Campurkan bersama kelapa parut dan tumbuk sedikit barulah di sangai (masak tanpa minyak dalam kuali).
4.  Goreng sekejap sahaja dan sejukkan dulu campuran kelapa tadi.
5.  Bila dah sejuk barulah di masukkan bawang besar dan jus limau.  Kacau rata.
6.  Masukkan daun pegaga barulah di hidangkan.

14 ulasan:

  1. suka gk bila umi sy buat kerabu nih..takde la pahit sgt..byk khasiat pegaga nih, smpaikn dulu ada org ckp sbg penawar hiv..tp tak terbukti ngn bukti saintifik lg..

    BalasPadam
  2. Saya pun suka ulam pegaga nie.nanti nak terai resepi , kak ina nie.

    BalasPadam
  3. segar dan berkhasiat, tak gitu kak ina....

    BalasPadam
  4. ni bagus untuk kesihatan... tapi munna tak boleh langsung telan ulam pegaga ni...

    BalasPadam
  5. dorang tak biasa la tu kan kak...wa suka ulam2 ni..pegaga my peberet

    BalasPadam
  6. http://cekodokpunyer.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. tu la.
    pegaga mesti pahit punya kan.
    lauk ini elok untuk orang yang berpantang ke kak.
    apa kelebihannya untuk mereka eh?

    BalasPadam
  8. me suka kerabu ulam2 tp tak suka pegaga heheh

    BalasPadam
  9. Tengok kerabu K Ina teringat masa dolu2 kat kg. Kutip pucuk pegaga ni dan mak buat kerabu ni. Tapi kitorang panggil urap pegaga.

    BalasPadam
  10. teringat kerabu pegaga mak mertua..sedapnya..saya suka ulam, belasah gitu jer..cicah budu..hehehe

    kak ina, kalo sudi jenguk sini
    http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2010/12/attention-jemputan-khas-daripada.html

    BalasPadam
  11. waahhh.. ada kerabu pegaga gak eh?
    wife selalu wat kerabu sardin jer.. dengan kerabu taugeh.. hehehee

    BalasPadam
  12. Bagus makan ulam2 ni.. banyak khasiat.. Lama tak makan pegaga..

    BalasPadam
  13. Kecur air liur nak cubalah nanti :)

    BalasPadam
  14. kerabu mmg ohsem...kerabu pegaga plaks tebabo!!!....hihiihhiih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...