OOO

Khamis, Disember 30, 2010

Sebab Menang Piala AFF 2010- Hari Jumaat Cuti -Yahooo

Ya be da be do..Malaysia dah menang bola Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia malam tadi.

Jomlah kita tenguk semula saat-saat yang mendebar dan menggembirakan kita semua rakyat Malaysia.

Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi berjaya menyelamat tendangan penalti pada minit ke 18 dan tahniah buat beliau sebab beliau telah berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya dan asakan dari pasukan Indonesia.


Akak yang tenguk live kat tv pun berdup dap dup jantung bila ashik tenguk pasukan Malaysia ajer kena serang.

Akhirnya Safee Sali telah menjaya menjaringkan gol pertama pada minit 53. Menjerit anak dara akak sambil terlompat-lompat keriangan bila dapat gol pertama ni. Rugi tak snap gambar.

Walaupun selepas itu Indonesia telah berjaya menjaringkan 2 gol
terutama selepas 1 gol di kira sagu hati sebab pemain malaysiat tertanduk bola ke gol sendiri.

Tak kisahlah janji Malaysia tetap menang. Kalau kalah siaplah pemain bola tu kena kutuk.

Dan disebabkan itulah Perdana Menteri Malaysia umumkan cuti pada hari Jumaat ini kerana Malaysia buat pertama kali memegang piala itu setelah menunggu selama 14 tahun.
Syabas pemain bola malaysia.

p/s Best jugakan bila suami cuti..boleh lah shopping barang sekolah anak yang tak cukup lagi.

10 ulasan:

  1. ngeeee. bola malaysia dh ada improvement.

    BalasPadam
  2. Yeeeee...penantian 14 tahun berakhir juga..Tahniah malaysia....

    BalasPadam
  3. We watched the game too...

    Bravooooooo Malaysian team...

    BalasPadam
  4. seronoknya..dah menang dapat cuti lagi..

    BalasPadam
  5. diorang yg bertungkus lumus kita lak yg cuti....hehehe..suka2

    BalasPadam
  6. sgt suka...cuti!!!bole blk kg...hoorey..tahniah team harimau!

    BalasPadam
  7. Tahniah buat pasukan malaysia.

    esok cuti, so boleh la balik kampung terjah kukis kak ina yg berkurun dapat tu. hehehe

    BalasPadam
  8. rezeki kan kak..anak nak naik sekolah..nak tahun baru..syukur dpt extra cuti sehari lagi

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers