OOO

Sabtu, Januari 01, 2011

Catatan Perjalanan ke Pantai Timur-Part 2

Keluar dari bilik lambat. Dah nak dekat pukul 9.00 pagi. Lepas solat semua tidur balik.
Ikut rancangan hari ke 2 nak pergi ke Rantau Panjang tapi perut dah berbunyi. Kenalah isi dulu Berhenti kat sini nak makan pagi.
Makan nasi lagi senang. Kiranya terus makan tengahari
masing-masing dah kelaparan..anak-anak mestilah lauk ayam.
sedap sungguh nasi berlauk gulai ikan tongkol, dulu tak pernah makan ikan tongkol, sejak makan nasi dagang sedap berlauk ikan tongkol bila ikut rombongan kerja kawin di kemaman , sekarang ni dah suka pulak makan. Masak idaklah sebab anak-anak tak berapa suka.
Singgah kat Klinik/Rumah Bersalin Lily di Pasir Mas sebab Yana demam, batuk dan selsema. Lepas makan ubat Yana pengsan aka tidur dalam kereta.
Kalau gi ke Rantau Panjang rugi tak beli pinggan mangkuk. Betul tak mak-mak/isteri-isteri sekelian? Tapi taklah beli beribu riban sampai kena cukai dek kastam yang duk tunggu kat pintu keluar kat pekan bebas cukai ni.

Akak beli juga buah gajus (cashew) ataupun di panggil jambu golok kat Kelantan tapi rasa cam tertipu sebab tak pandai tawar. Apa nak buat.

Suami dan anak-anak tak beli apa-apa pun. Mereka kata susah nak tawar kat Rantau Panjang ni. Kami terus pergi pula ke Pengkalan Kubur.

Dalam perjalanan nak ke Pengkalan Kubur banyak betul watt Buddha kat Daerah Tumpat. Agaknya ramai orang keturunan Siam kat sini. Betul ker orang Tumpat.
Bila lalu kat Kampung Neting, Tumpat nampak kedai makan yang ada jual kelapa muda. Mula-mula berhenti sebab nak minum air kelapa muda. Lepas tu terus makan yang lain.

Lawalah 2 mek kelantan ni. Sajer tanya Daus, tak nak tackle ker?
Tak yahlah mak..jauh nak balik kampung. Akak dan suami gelakkan ajer...
kalau dah jodoh..lautan api pun sanggup di renangi..tu masa bercinta..dah lepas kawin lain pulak ayat tu ..

Bila tenguk roti yang ada kat atas meja tenguk cam sedap ajer. Habis akak, suami dan Firdaus bedal. Lembut sungguh.
Bila dah minum air kelapa, suruh dia orang belah 2, tapi tak best sebab isi dia keras kejung. Penat gigi dan mulut nak mengunyahnya.
Tekak Firdaus nak makan bihun sup..bila akak rasa..mak aiii sedapnya...

Akak pulak order ...lepas tu suami pulak rasa..umphhh sedap..terus suami pun order lagi satu. Memang best sebab mereka guna daging fresh. Terasa kemanisan daging/kuah sup ni.

Yana, Ira dan Imran tak makan sebab tidur dalam kereta. Lepas tu terus ke Pengkalan Kubur.

5 ulasan:

  1. Kat tumpat tu ramai orang2 Siam K.Ina..sbb tu byk wat tu..huhu

    kdai mee sup kt neting tu memang sedap..hehe pandai k.ina cari port makan..

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam Kak Ina

    budak tu lawa sebab ada kacukan siam kut...he he

    terima kasih
    Wassalam

    BalasPadam
  3. wohohoh.bercuti ke kak ina? Saya ngan padel pegi pantai timur masa bulan 5 n bulan 6. kalo makan2 suka kat terengganu. ada nasi ayam bakar dan sata yang sangat sedap dijual makcik tepi jalan. sampai sekarang ngidam. huhuhu

    BalasPadam
  4. salam kak,

    i like kelantan ni... dulu sy mmg belaja kat kelate ni, dlm 2 thn gakla... thn 2000 - 2002...

    then, 8 thn lps tu baru berpeluang nk dtg lg... sy gi kelate bln 6 ri tu bersama family...

    klu kelate ni, mmg makan sedap2 sikit berbanding terengganu yg payah sikit nak cari tpt mkn yg sedap n mahal lak tu...

    dulu ms sy belaja kt kelate selalulah gi rantau panjang ni... tp baru ni sy gi, shopping di pasar siti khadijah je lg best...

    sbb mak sy penah gi rantau panjang gak sblm ni, die kate penjualny ramai yg sombong, siap leh pekena pembeli semula...

    BalasPadam
  5. Kat kelantan .... rasanya harga makanan masih lagi MURAH kan....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...