OOO

Sabtu, Januari 01, 2011

Resepi Spaghetti Daging

Walaupun dah resepi ulangan akak letak lagi sebab kat resepi lama gambar dah hilang. Walaupun resepi tu jadi kalau buat tapi macam tak best pulak tak ada gambar.

Kalau boring ashik goreng mee, family akak suka gak makan spaghetti buat sarapan pagi.
Bahan
1 paket spaghetti
Air
Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan spaghetti.
2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.
Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung


Cara Untuk Buat Sos
1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.

12 ulasan:

  1. hehe, sarapan mee goareng je pagi ni, nampak resipi ni, terasa macam nak tukar selera la pula...

    BalasPadam
  2. kak ina: akak saya sarapan keropok ikan je pagi ni...hi3....lapor plak tgk gbr spaghetti nih......:)

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru kak.
    sarapan mee goreng jugak..

    BalasPadam
  4. sedapnya kak...tp pagi nih sy buat cekodok pisang je...

    BalasPadam
  5. kat hostel ada juga buat spagethi ni.. tapi beli sos dalam botol je..hehe

    BalasPadam
  6. yum yum sgt beshh ni
    me suka mkn+msk spageti, tp me guna sos yg ready made dlm botol tu ajer hehehhe letak minced meat+bwg+cendawan :)

    BalasPadam
  7. Serius sedap ni kak sebab penah makan masa kolej, member buat guna sos dalam botol. Rasa sekali, nak lagi...hiks.

    p/s: Kak, saya pinjam gambar kukis, letak dalam blog sempena GA tu ya. Thanks. :p

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kak,

    Daging tu kalau ganti daging kambing ada boleh tak?

    BalasPadam
  9. Salamualaikum...saya dah Cuba resepi aka best gilerrrr memang man tap..anak2 pun suka x ni malas nak masak spagettie pun dah cukup...

    BalasPadam
  10. Salamualaikum...saya dah Cuba resepi aka best gilerrrr memang man tap..anak2 pun suka x ni malas nak masak spagettie pun dah cukup...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...