OOO

Selasa, Januari 18, 2011

Makan Seafoods Di Pantai Kelulut, Marang

Sebab tak biasa tidur kat Marang ..akak tak tau kat mana nak makan malam.  Pas bincang dengan anak beranak akak  baru teringat Great Teacher Onizuka orang Marang.  Gto bagitau kat Pantai Kelulut banyak kedai makan seafood.
Pantai Kelulut  ini adalah di dalam daerah Marang laluan Kuala Terengganu - Kuantan.
Banyak pilihan kat sini.  Akak round dan tenguk gerai mana ada pilihan ikan yang banyak dan fresh. Akhirnya akak guna kuasa veto pilih gerai ni..alahai lupa pulak nama gerai ni.
Kami pilih sotong dan 3 jenis ikan. Tak ingat pulak nama ikan yang kami pilih.
 Happy sungguh bila dapat bercuti dengan Yana walaupun di hari kedua beliau kena demam.
Oleh sebab tak reti nak suruh masak apa..kami suruh ajer tukang masakkan apa yang sedap kat gerai ini ..kat atas tu ikan masam manis dan kat bawah ikan masak 3 rasa.  Memang berbaloi-baloi dan anak puas hati sebab rasa masakan ikan kat sini memang kena dengan selera kami.
Sotong goreng tepung pun sedap sungguh..first time makan sotong goreng tepung stail macamni..Banyak betul kerak/tepung.  Nasi goreng cina pun sedap. 
Akak suruh Yana minum air kelapa muda sebab boleh sejukkan badan. 
Ikan sambal ni pun sedap.
Budak demam nak makan satay tapi makan sikit ajer sebab tak ada selera. 
Yang menghabiskan kamilah.  Puas hati makan kat gerai ni.  Berbaloi-baloi..

14 ulasan:

  1. merembes air liur tengok ikap tu kak ina, feberet saya ikangggg.. tak makan daging dan ayam pun taper, janji ikan musti ada..

    BalasPadam
  2. kak ina sajer jer bagi terliur kayrul tgk ikan masak 3 rase tue...dah la favourite...huaaaaa...nak gak...

    BalasPadam
  3. Salam Kak Ina,

    Saya pernah try masak kurang lebih sama dengan udang masala yang kak ina buat. tapi saya guna ayam, so dah jadi Butter Chicken Masala. I only use butter, tomato puree, plain yogurt/Nestle cream (lebih sedap guna cream), daun ketumbar, kiub ayam, cili hijau (kalau nak pedas), buah tomato, gula merah, jintan serbuk dan yg seeds (kalau kat Brunei kita panggil jintan putih). Hope this helps.

    kalau kat rumah saya, kadang tu masak juga butter masala guna crabstick, chicken balls, lamb, and prawns.

    *satu lagi, saya tambah sikit pewarna oren yang agak terang (macam nak kemerah-merahan).

    Good Luck Kak Ina :-)

    BalasPadam
  4. selalu gi terengnu urusan keja je..
    nampk gayanya kena bwa family jalan kt sana plak..:)

    BalasPadam
  5. kak ina, depan Kelulut ni ada gerai keropok besh..008 kut kalo xsilap..memang terbaekkkk lah!

    BalasPadam
  6. tu dia fresh
    akk bli kopok lekor tak
    kat 008 kelulut?kedai 2 tingkat

    BalasPadam
  7. Kalau makan ikan untuk seafood sememangnya masak tiga rasa dan sweet sour jadi pilihan saya.... ikan sambal tu nampak menarik laaa

    BalasPadam
  8. wow... lama tak pekena seafood.... lepas ni kena ajak hubby g kuala perlis la...

    BalasPadam
  9. emmmm sedapnya ...

    ikan aji2 bakar sedap kat situ ...

    BalasPadam
  10. pergghh... saya pernah makan kat deretan kedai kat pantai kelulut, agaknya terkena kedai yang tak sedap...

    BalasPadam
  11. bestnyer! mesti nak letak dalam list, place to go :)

    BalasPadam
  12. salam Raawha ..tq yer..sekali-sekali terkena..nak buat camner..sabar ajerlah

    nanti boleh try buat lagi ..

    BalasPadam
  13. meh sini org ganu nak rekemen, kalo ada rezeki pegi trg lagi...akak nak makan sotong/ikan celup tepung yg lagi best, akak boleh pegi kat batu rakit/ belakang airport sultan mahmud / sepanjang pantai penarik setiu..marbeles & terbaek!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers