NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

ShoppingTime

Lazada Malaysia

Ahad, Januari 16, 2011

Resepi Pizza Gebu

Dah lama tak buat pizza. Pastu tenguk ada pulak tepung roti yang akak beli tak berusik sekian lama. Buat masa Ira balik dari asrama hari Jumaa lepas. Akak buat dalam loyang besar dan buat 1 1/2 kali ganda dari resepi. Pastu suku akak letak bawang dan tomato dan sebelah lagi tak letak sebab anak-anak tak suka.
Resepi ni akak ambil kat blog abang fofolur tu ..sape lagi Chef Ah Mat Gebu.
BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
  • akak tambah oregano--sebab suka bau dia bila di bakar
BAHAN ISIAN :-)
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat-akak guna yang ada cheese kat dalam
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris-tak letak
  • 1/2 biji red capsicum-tak letak
  • 1/2 biji yellow capsicum-tak letak
  • 1/2 biji green capsicum
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar-akak guna serbuk lada hitam aji sho
  • akak letak crab sticks dan tambah tomato di hiris
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

  1. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

20 ulasan:

  1. thanx tuk resipi neh . hope mine menjadikk... (;

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. fuh...ni mmg feberet saya kat umah. mula2 tak pecaya mak saya leh buat pizza lg power dr pizza hut. sekali mak saya buat...buntang telebih makan. roti seinci, toping ngan cheese seinci. mana dapat kat pizza hut. hehehehe

    dalam proses belaja buat doh roti :)maklumat nanti saya emelkan

    BalasPadam
  4. hhuwaa..mcm best je akk..teringin nk try kak ina punye pizza ni..hehhee..nmpak mngancam btol..

    BalasPadam
  5. hhuwaa..mcm best je akk..teringin nk try kak ina punye pizza ni..hehhee..nmpak mngancam btol..

    BalasPadam
  6. siyes tak retni nak msk pizza sbb me rasa mcm complicated ajer hheheh tp me hantu pizza--order ajer :p

    BalasPadam
  7. saye call 1-300 aje laah.. hehehe..
    tapi akak buat pizza nih mesti sedap kan?

    BalasPadam
  8. dah lama tak singgah blog kak ina dah makin menjadi2 resepi kat sini..dah macam international restaurant tw kak ina ni..keh3..pizza gebu tu memang sangatlah gebu.sangat nampak perbezaan pizza yang dimasak untuk keluarga dengan pizza yang dimasak untuk dijual..(sebab ada je kan orang yang bisnes pizza ni buat alahai tangkap muat je bahan2nya..)

    BalasPadam
  9. cantiklah.....tangan yang potong pizza tu..tangan sape ek?..he he he

    BalasPadam
  10. Kak Ina.. rupenye tak susah ye wat ni.. haritu penah salin resepi piza kak ina punye..yang entry terdahulu.. tapi belum cuba lagi.. heheh

    Jemput keALL IN ONE

    BalasPadam
  11. mintak resepi kak ^__^ nyum nyum

    BalasPadam
  12. hee....saya da try wat doh ni..memang gebu..sedap...hehe..silalah lawat hasil piza di blog saya..tqvm puan..=)

    BalasPadam
  13. As salam kak ina.Saya nak ambil resepi ni ye.
    follow kak ina.

    BalasPadam
  14. mualaikumsalam norzie ...ambil lah yer

    BalasPadam
  15. nak cuba...mesti best kann...tq kak ina..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...