Catatan Perjalanan Di India - Hari Kedua (Part 2)

by kak ina kl (1) on Rabu, Februari 23, 2011

Lepas beli barang kat supermarkat More, Yana nak beli tilam kat kedai yang agak jauh dari tempat ni. Dia kesian tenguk kami tidur kat atas lantai. Yana bagitau kat driver auto nama bank yang dekat dengan kedai tilam tu.

Oleh sebab salah komunikasi driver ni gi hantar kami kat bank lain yang nama lebih kurang sama dengan bank yang Yana sebut. Kalau tak silap AXIS Bank kot tapi dia hantar kat bank yang lebih kurang sama dengan sebutan bank tu.


Sebenarnya Yana nak follow auto tu ..tapi tak sempat sebab driver tu bawak laju giler. Puaslah akak dan suami tunggu punya lama kat situ tapi Yana masih tak sampai-sampai. Kami pulak tak tau apa nama jalan tu.
Dalam hati akak punya berdoa agar Imran dan Yana tak apa-apa. Takutlah terjadi accident ker ataupun kena culik dek orang situ. Sebab jalanraya kat situ lagi sibuk dari tempat mula-mula tadi.

Yang buat haru biru sebab akak boleh tak bawak hp. Akak ingat suami akak bawak..ruper-rupernya dia pun tak bawak. Camner nak call ataupun sms. Aduhai...

Hari bertambah gelap dan akak bertambah panik. Teringat pulak dalam cerita tamil/hindi yang kalau orang jahat selalu keluarkan parang bila nak kerjakan orang. Padahal tak apa pun..akak ajer yang gabra lebih.
Setelah puas menunggu dalam 20 minit, kami buat keputusan turun dari auto dan bayar 20 rupee tapi driver tu boleh minta pulak duit lebih.
waiting charge sir
hb kata no..no...
no..no..pay sir...10 rupee..
dia dah ikut dah..alahai risaunya kalau dia keluarkan parang..muka bengis semacam pulak tu. Akak suruh ajer hb bayar tapi hb akak ni buat degil pulak padahal baru ajer 0.35 sen.
macam best buah tembikai ni (snap atas auto ajer)
Kami cepat-cepat naik auto lain..nasib baik Yana dah siap tulis nama jalan rumah dia dan tampal kat purse hb akak. Memang akak tak ingat pun jalan rumah dia tu. Tawar pun lebih kurang ajer sebab takut punya pasal.
Driver Auto kali ni pun buat perangai...dia berhenti jauh dari rumah Yana. Bila hb kata front..front..dia suruh turun pastu dia bebel dalam bahasa hindi. Geram betul dibuatnya. Hb ajak turun dan bayar 20 rupee ajer. Janji 30 rupee. Padan muka dia.
Roziana dan Nurul
Punyalah lenguh berjalan dengan barang belian kat supermarket tadi. Bila sampai kat rumah, Yana pulak tak ada. Dia gi cari kami berdua bersama Roziana (member serumah). Bila Nurul (member serumah gak) nampak kami balik dia rasa syukur sebab kami dah sampai kat rumah dan terus call Yana bagitau kami dah selamat sampai kat rumah.

Tak lama Yana sampai dan riuh rendahlah kami bercerita apa yang terjadi. Yana bagitau Imran siap berdoa dan muka pun dah sedih sebab takut terjadi apa-apa kat kami berdua. Wah sayang gak dengan mak dan ayah dia ek.
Makan malam lauk sardin dan pastu kononnya nak gi bawak Imran main go kart
tapi tutuplah pulak. Kami konvoi 3 skuter. Akak dan suami kat tengah-tengah, Yana jadi pemandu jalan dan member Yana ikut kat belakang...aiseyman teringat masa dulu-dulu masa naik motor buruk baru lepas kawin.
Tak tau mana nak pergi mereka ajak kami lepak kat sini.
Best gak tempat mengopi ni.

Café Coffee Day: The 'Starbucks' of India.
.tempat yang paling cantik dan best area kolej Yana.
Tak tau nak pilih apa, kami suruh Yana tolong pilihkan.

Kalau nak tau tentang cafe ni rujuk kat
http://www.ifood.tv/blog/cafe-coffee-day-the-starbucks-of-india
antara yang mengancam dan mengiurkan
ini akak punya...murah kan. Tak sampai pun RM7.00. Kalau kat sini ada kan bagus..tentu ramai yang mampu nak rasa tempat macam ni.
harga yang di tawarkan memang murah sungguh. Berbaloi-baloi.
Yana dan geng memang suka lepak kat sini. Lepas tu kami pergi pula ke rumah senior Yana berhampiran dengan cafe ni. Senior lelaki ni pandai masak katanya. hemmmm boleh jadi calun menantu ni. Kah..kah..kah..
Kemudian gi kat sini pulak nak jumpa member Yana.
Hb borak dengan member Yana.
Kedai berhadapan Bapuji International Hostel.
Balik ke rumah entah pukul berapa tak ingatlah pulak.

20 comments

syukur la xde apa2

best la cafe tu kak

by Peri PiA on 23 Februari 2011 11:22 PG. #

selamat pagi kak ina..

inilah cerita yang ayu nak tau sangat..
alhamdullilah..syukur tak berlaku apa2 buruk..

takut jugakan kak if benda tu buatkan kita rasa risau..

yana ambil couse undang2 atau perubatan kak??

by Citarasa Rinduan on 23 Februari 2011 11:25 PG. #

nyum nyum... macam sedap je makan2 tu.. :)

by KiD on 23 Februari 2011 11:29 PG. #

mujur la yana tampal address kat purse....klu tak panjang citer nyer....

by shah-kayrul on 23 Februari 2011 11:29 PG. #

dlm suspen ada gak lawak....boleh akak teringat citer tamil org kuarkan parang hehehe...syukurlah ada alamat yana,ingatan juga ni kalau pegi tmpt org simpan alamat,tepon no..kalau sesat bole tnya org

by wati on 23 Februari 2011 11:39 PG. #

mesti seronok kan kak

Terkini : Pesta Kaut Beras Di Highway

by suffer8zine on 23 Februari 2011 12:09 PTG. #

debak debuk menakutkan tue kak, tambahan tempat orang plak tue...
Nasib baik tak jadi apa2..

by Lizzie Yasmin on 23 Februari 2011 12:10 PTG. #

mcm takut2 jer pegi india--kalau dtg UK tak de takut2 kak heheh

by Mama Zharfan on 23 Februari 2011 12:58 PTG. #

Menu kat Cafe Coffee day best la,kak...and I like that photo yang akak ambik ramai-ramai kat Cafe tu..akak nampak manis.

by Shereen on 23 Februari 2011 1:38 PTG. #

wah kak ina.. best ye jenjalan negara org.. part makan2 tu yg best-
JEMPUT KE: ALL IN ONE

by nur on 23 Februari 2011 2:26 PTG. #

eee..sabor jer la driver auto tu yer..tp nak wat camne,duk tmpt org.

murah betul rega hidangan kat situ yer..or mungkin sbb matawang nilai lebih kecik

by MamaYatie on 23 Februari 2011 4:35 PTG. #

bestnye jalan2...huhu betul tu kalau terpisah kat tempat yang kita tak biasa memang rasa panik..

alhamdulillah semuanya selamat..

akak kat sana lagi ke dah balik ni?

by CatlinaFly on 23 Februari 2011 5:51 PTG. #

Salam.. Seronok baca entri akak ni.. Tak dapat pergi ke sana, tapi dapat tengok gambar pun jadi la. Lama ke akak ke India tu? Ni kat Malaysia atau masih di sana?

by nba-Nur on 23 Februari 2011 6:34 PTG. #

takutnya kak ina... sib baik tak kena buli ngan drebar teksi tuuu

by sw33tdarling on 23 Februari 2011 7:40 PTG. #

sonok dapat jejalan negara org...dpt lihat mcm2 ragam :)

by AyuArjuna BiGoshh on 24 Februari 2011 1:04 PG. #

ehh?? tu bukan gambar hubby akak ke? termasuk jugak dalam blog akhirnya :P

by che armster on 24 Februari 2011 2:41 PG. #

seronok bebeno ye dapat berjalan jauh...luas permandangan bertambah pengetahuan

by apaajanews on 24 Februari 2011 10:48 PG. #

debar2 saya baca kak..
nasib akak ngn hubby takde apa..

by atty's on 24 Februari 2011 4:13 PTG. #

Wahh..seronok baca entri nie. Kak Ina nanti plankan buat Rombongan Talibarut ke India pulak ek...hehe

by JAI on 27 Februari 2011 9:36 PG. #

Best gak kat India kan!
Nanti nak pi bawa saya sama tau!
Saya nak sponsor Flexiroam so semua berjimat! Hhehe

by Pojiepooh Abdullah on 13 Ogos 2011 1:26 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate