OOO

Rabu, Mac 09, 2011

Catatan Perjalanan Ke India-Di Bangalore

Kami sampai ke Bangalore dalam pukul 5.30 pagi. Yana dah bagitau, nanti masa turun dari bas mesti ramai driver auto yang serbu dan jangan layan. Lagi-lagi kalau ada orang luar mesti mereka nak tekan harga. Oleh sebab Yana dah 10 kali pergi jadi dia tau berapa kos naik auto.

Memang betul pun apa yang Yang kata...kami buat tak layan dan terus ke auto yang paling jauh sikit. Lepas deal kami naik tapi driver auto yang lain tahan pastu tanya berapa dia bagi harga..bila driver auto tu kata dalam 80 rupee, ada yang marah sebab harga tu murah sangat. Cisss mencinya pepagi nak bertekak dengan mereka ni.

Agak jauh juga nak ke hotel dalam 10 minit rasaya, dah duk berhimpit-himpit, sejuk pulak tu. Laju giler driver auto bawak kami. Nasib tak baik jalan besar nak ke hotel tutuplah pulak sebab ada pembaikan jalan. Nasib baik Yana tau jalan belakang. Bila dah sampai driver auto minta tambahan 10 rupee dengan alasan kena pusing jauh.

Yana dan hb berkeras..
Ambik ataupun tidak? (guna broken english..take it or leave it)
Terpaksalah dia mengalah.
Kelakar tenguk pintu lift ni sebab macam stail lama dulu. Kena tutup pintu dan gate baru lift beroperasi. Klasik sungguh..cam zaman dulu.

Kami kalau duk bilik hotel jarang ambil yang mahal-mahal. Ambik yang sederhana ajer harga sebab tak berbaloi ambil mahal-mahal sebab cuma nak tidur ajer. Masa siang dihabiskan dengan berjalan-jalan.

Tapi bilik mesti bersih, Yana memang ambil hotel ni kalau berjalan-jalan di Bangalore. Murah dan selesa walaupun agak tersorok walaupun cuma ada kipas sebab kat dalam bilik kalau waktu siang ataupun malam cuaca agak sejuk.
Hotel Sri Lakshmi Comforts ni terletak berhampiran Mahatma Ghandhi Road ataupun di panggil M.G.Road. Jalan ni terkenal kerana terdapat banyak tempat membeli belah dan menjadi tumpuan pelancung. Kalau nak beli barangan berjenama kat sinilah syurganya. Jenama yang dulu fofolur kat malaysia pun masih ada lagi seperti Van Heusen, hb pulak terjumpa seluar codroy salah satu seluar kesukaan beliau masa muda.

Ada juga peminta sedekah tapi taklah seteruk macam di Indonesia. Mereka tak ganggu kita..cuma tadahkan tangan di tepi jalan, lebih kurang macam peminta sedekah kat malaysia gaklah...ada yang tak ada kaki dan bawak anak. Kalau nak bagi..bagilah..kalau tak nak...tak per. Baik tak yah kasi kot..takut kena serbu.
Terdapat juga restoren, bank, hotel dan juga kedai farmasi Guardian(senang nak beli losyen dan lip balm sebab cuaca kering), Bata, pizza hut (tak berani makan sebab Yana pun tak confident halal ker idak). Kalau nak diikutkan memang meriah jalan ni sentiasa sibuk dengan kenderaan dan juga orangramai. Yana kata kalau hari Sabtu dan Ahad lagi ramai.

Kalau nak beli cenderamata memang boleh beli kat jalan ni tapi kenalah tawar habis-habisan sebab kalau mereka tenguk orang luar dah tentu mereka bagi harga mahal. Kalau nak beli kurta, kain sari, baju punjabi, barangan dari Kashmir macam karpet buatan tangan dan sarung kusyen memang di situlah tempatnya.

Kalau ada peniaga di jalanan janganlah cuba tanya harga..dia akan ikut kita sampai kita naik bosan..macam hb akak tanya harga gendang india..dia letak harga mahal. Hb cuba tawar dia tak nak bagi..lepas tu dia ikut kami tau. Tension di buatnya. Bila kami masuk kedai dia boleh tunggu di luar. Pastu dia ikut lagi..cuba pujuk beli barang tu.
Lepas solat kami tertidur sampai pukul 11.00 pagi sebab tak dapat tidur selesa dalam bas. Keluar dari bilik terus cari brunch sebab dah tengahari. Makan kat KFC ajer..malas nak cari jauh-jauh sebab dah kelaparan.

Lepas tu tukar duit sebab Yana dah bagitau jangan tukar duit di Kuala Lumpur ...rugi..memang betul pun. Kat sini lagi dapat banyak. Hb akak pun cuma tukar sikit ajer buat bayar sewa kereta. Yang lain guna duit Yana dulu.
Nasi dan ayam sedap tak tak boleh makan kuah dia. Tak masuk dek tekak akak. Orang lain boleh masuk masuk pulak.
Kebetulan masa kami sampai kat Bangalore memang banyak barangan berjenama seperti Nike, Adidas, Levi's di jual dengan harga yang murah. Potongan harga pun boleh tahan. Boleh dikatakan semua kedai kami masuk dan memang murah dari harga di Malaysia.

Bila keluar dari salah satu tempat berjenama terdengar ada orang panggil..
Bang..buat apa kat sini? Eh eh...sape pulak yang panggil kami ni?

Bila toleh, ada seorang lelaki berbangsa India tersengih-sengih. Oooo orang Malaysia rupanya. Kami saling bertegur sapa sekejap. Macam biasalah tanya, buat apa, kenapa, datang dengan siapa...

Dia dah duk kat Bangalore selama 14 hari dan seorang pesara polis , tinggal di Shah Alam. Lupalah pulak nak tanya sape nama dia. Pastu jalan lagi..dan lagi..dan lagi...letih kaki dibuatnya.
Dah memang habit mereka kat sini suka makan sireh. Bukan ajer di letak kapur, tembakau macam nenek-nenek kita makan tapi ada letak entah apa lagi akak tak tau. Kalau tanya pun bukan dia faham pun.
Dah penat jalan kami berehat kat Baskin Robbins.
Harga lebih murah dari kat sini.
Imran suka hati sebab Yana yang belanja kami semua. Naik penat akak ikut mereka ni jalan. Dahlah kaki akak ni ada masalah sikit. Tapi kena kuatkan hati sebab bila akak merungut mereka kata..
kalau nak berehat kat dalam bilik hotel baik duk kat rumah ajer, lain kali tak yah ikutlah macam tu...
sabar ajerlah.
Masuk kedai sini sana, masuk shopping complex..jalan lagi..fuhhhhhh...akhirnya berhenti minum kat cafe ni di sebuah mall. Dapatlah merelaxkan kaki sekejap. Pastu jalan lagi masuk ke dalam kedai-kedai dalam shopping komplex ni.

Tak ingat pulak nama mall yang boleh dikatakan cantik macam mall di Malaysia dan semestinya barangan yang di jual di sini berkualiti dan harganya boleh tahan.
Keluar dari mall..kami jalan lagi..masuk lagi mall...jalan lagi..sampai pusing dan balik ke Jalan MG semula. Besar gak Bangalore ni sebenarnya, bila jalan-jalan kat sini tak ada pula rasa takut.


Boleh di katakan kat sini ramai dari mereka boleh berbahasa english walaupun ada yang boleh cakap broken. Tak kisahlah kan. Macam jalan kat Jalan Tunku Abdul Rahman ajer rasanya.
Bila sampai balik kat Jalan MG dah malam dan manusia bertambah ramai. Makin susah nak berjalan. Masa nilah kami beli barangan yang ingin di bawa pulang sebab masa mula-mula jalan kami tak beli pun cuma ushar harga.


Esoknya
Oleh sebab tak tahan tenguk harga kasut adidas ni murah bebano kami belikan untuk Ira.
Tak sampai pun RM100 kasut yang ada kat rak ni. Call Ira tanya nak warna apa...senang sebab kaki Ira dan Yana sama saiz. Akak sambar beg Adidas hitam tu.
Masa lalu waktu tengahari, kami cuma tenguk ajer macamana orang ni buat key chain. Dia tulis atas beras nama yang kita hendak pastu masuk dalam botol. Pandai betul dia tulis kat beras yang kecik tu. Pastu letak pewarna dalam air tu dan pasang tempat letak kunci.
Dalam perjalanan nak balik ke hotel kami singgah sebab Imran dah suruh Yana bayarkan key chain konon nak bagi member dia. Imran dah siap tulis nama dah masa lepak kat cafe di shopping complex. Cuma 5 nama ajer yang dia bagi. Tak sampai pun RM2.00. Murah kan. Pastu beli sedikit cenderahati nak bawak kat family.
Balik ke bilik dan berehat sekejap. Selepas maghrib kami pergi makan kat Indijoe Steak Bangalore. Dekat ajer dengan hotel kami. Akak ambil gambar keesokkan hari sebab gelap kat luar tu pada malam tu.
Mengada-gada tekak ni makan steaklah pulak. Harga dalam steak tak sampai pun RM30.00.
Imran marah betul bila akak suruh Yana ambil gambar sebab dia kata
Mak ni..apasal ambil gambar dengan hantu (topeng kat belakang)
sampaikan dia tutup muka dengan jaket
Puas hati sebab memang banyak betul satu hidangan..akak punya yang banyak cendawan/sayuran. Bagus gak makan camni kan sebab makanan sehat. Kalau perut kecik boleh share.
Kat belakang papan tanda orang pakai sari tu lah hotel tempat kami tidur..memang tak nampak dari jalan besar. Tapi senang duk sini..semua ada.
Lepas makan kami gi ke Hard Rock Cafe Bangalore/Bangluru yang berhampiran dengan hotel, cuma seberang jalan ajer. Macam biasalah beli cenderahati kat sini
Muka kepenatan dalam Hard Rock Cafe
Janganlah bosan membaca N3 akak lagi yer mengenai cerita kat India.

30 ulasan:

  1. erm..seronok la akak shopping sakan ye...hehehe

    BalasPadam
  2. kat sini nampak moden sket

    BalasPadam
  3. sonoknyer gi india makk.. nak souvenir volleee.. ehehe

    BalasPadam
  4. akak tak try ke sireh india
    hehehe

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    nampak macam teratur dan bersih bandarnya

    Wassalam

    BalasPadam
  6. wow..senang gk makan ek kt sana..KFC pn leh mkn ye..tringin gk nk gi sana..

    BalasPadam
  7. amboi panjang nyer story kali ni. mmg teringin nk g oversea...

    BalasPadam
  8. bersih tak kat sana?..nampak mcm best la..

    BalasPadam
  9. seronok baca catatan akak.. rasa mcm nak pergi plak

    BalasPadam
  10. aii lamanya akak gi..tak balik lagi ker? bestnya gi obersea

    BalasPadam
  11. kak Ina,
    Saya pun macam tu..bila jalan-jalan kat sini and nampak macam orang kita..Malays with tudung, I sure akan tegur and then cakap macam lama dah kenal..best dapat cakap melayu.Sometimes,they all cakap English dengan saya tapi saya jawab balik bahasa malaysia..they all pun hairan..hehehe.If Chinese, I tak kuasa nak tegur la..sebab usually they all ni sombong sikit...yalah duduk oversea kan.Hubby I lagi jahat..bila dia nampak saja Malays with tudung and saya tak perasan, dia selamba saja will tegur.."apa khabar? Orang Malaysia kah"..hehehe..bayangkan orang putih cakap melayu with his funny accent..tercengang orang kita,kak!!

    BalasPadam
  12. seronok saya baca perjalanan akak ke bangalore nie ..tak sabau nak tunggu continue

    BalasPadam
  13. bestnye dpt jln2 kat negara org.. :)

    gaya penulisan kak ina ni buat saya terimejin sekali yg saya ade kat situ..haha!

    BalasPadam
  14. seronok jugakkan pergi india ni macam-macam ada hehehe..nanti nak g sanalah..

    BalasPadam
  15. seronoknya! berjalan ke negara luar.. tgk tempat org lain mcm mana.. lepas ni ke mana pulak destinasi kak ina?

    BalasPadam
  16. memang best akak jalan2 ni kan.. tapi kid nampak macam sesak kat sana.. ramai orang.. huhuhu
    meh makan Char Kueh Teow TTDI Mantap beb!!!

    BalasPadam
  17. beshh nyer..jengjalan negara owg...Selamat Pulang k...lepas niee gi melawat Rushdy plak laa yer.....tuee lagikk beshhh...nak ikut....

    BalasPadam
  18. hai kak ina kl..gi holiday ye..

    BalasPadam
  19. opp..mama cik pinky nunu @ nunueera

    BalasPadam
  20. wah best g holiday..
    balik nie jgn lupa wat GA..hehe:-)

    BalasPadam
  21. bestnya baca citer akak ni :)

    BalasPadam
  22. banyak jugak restoran makanan segera kat sana tue.... mudah skit la kita nak makan2

    BalasPadam
  23. Bestnya kak.. Huhuhuhu.. Yg lif tu lucu je tengok.. Ngee :)

    Entry Terbaru 1 : Krisdayanti Follow Twitter Aku???
    Entry Terbaru 2 : Kentut Punya Pasal Orang Tersayang Dilupakan

    BalasPadam
  24. Kak....
    Kalu citer pasal negara india ni..
    Makanan dia sedap tak???????
    Bercadang gaks nak pi melancung kat sana.. nak raser masakan sana...

    cuma satu jer, ramai kawan saya pi sana kata diorang sakit perut bila makan kat sana.. betul ker

    BalasPadam
  25. seronoknyer kak ina...boleh shopping sakan la...barang murah...

    BalasPadam
  26. wahh bestnyer akak shopping sakan wooo

    BalasPadam
  27. Bestnya!!
    Tahukah akak bahawa Flexiroam juga boleh di pakai di India??

    BalasPadam
  28. waah,,,mau dong kesana...yuk bareng aku,,aku surabaya indonesia my pin 547c7f21

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers