Kat Malaysia panggil kari tapi kat Indonesia mereka panggil gulai. Kerana dah rasa daging biri-biri sedap akak pun beli lagi daging ni kat Pasar Gombak. Kat rumah Yana akak masak kari pekat tapi kali ni buat berkuah.
Akak masak guna pressure cooker beli kat India. First time guna, terkejut bila dengar bunyi berdesir..jakunlah katakan..seumur hidup baru merasa beli dan pakai. Orang kata kalau masak pressure cooker daging/ayam cepat empuk.
Akak tak guna santan tapi guna susu cair yang telah di campur dengan jus limau kasturi.
Bahan-bahan
1kg daging kambing biri-biri (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas
1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.
Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan
Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan pulak daging biri-biri yang telah di perap dan kacau sebentar.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.
Makan dengan nasi hujan panas dan papadum. Resepi nasi kat SINI
sedapnya kari daging biri2....
BalasPadamhahaha...teringt kenangan sy mula2 beli pressure cooker ni..same ler kita kak...smpai 2@3 kali tutup api sebab takut bunyi berdesir tu..
BalasPadamkalau gini, memang berselera sungguh tuh. daging biri2 tak pernah cuba lagi, tapi kalau kambing memang peberet ler.....
BalasPadamsedapnyaaaa tengok nasi hujan panas...
BalasPadamuntung sapa bermenantukan kak ina ni..
BalasPadamProton R3 Satria Neo 2011 - Harga, Spesifikasi Dan Design Dalaman
cantiknya nasik hujan panas tu..heh
BalasPadamsedapnya kak ina..bawa umah sikit boleh.. nyum2..hehehe
BalasPadamhumang aihhh... menyelerakan laaa.. kena lak dengan nasi hujan panas tu.. phewwww..
BalasPadamlapar lagi?? jom terjah Makan Minum Pembuka Selera | Blog Makan Minum Anda...
sedap kari tu makan pulak ngn nasi hujan panas..lagi berselera.
BalasPadampehhh sedapnya!
BalasPadamTerkini : FrenzyFM Kini Dengan Interface Baru
berapa harga 1 pressure cooker, bagus ker?
BalasPadamKak Ina,
BalasPadamDaging biri-biri ialah lamb ke?Kalau lamb,bahagian mana yang paling baik untuk hidangan ini?Saya berminat nak masak lauk ni sebab kalau betul lamb,sini senang nak beli dan murah juga.Yang payah,saya tak berapa pandai nak beli bahagian sebelah mana.Thank you for the recipe.
singgah jap lepas makan...
BalasPadamkak ina, lum lagi sampai hadiah penaja.. busy kut dia.. :)
mak aihh...sodap ni...
BalasPadamKak Ina,
BalasPadamThank you sebab cepatnya jawab pertanyaan saya tu.Besok saya pergi ronda kat kedai daging and cari.Kat sini lamb(anak sheep)banyak tapi rasanya tak jumpa lagi daging kambing/mutton kat sini..yang tu kira daging exotic kot kat NZ ni?
makan panas2 memang sedap nih kakk
BalasPadamnampak sgt sedap :) boleh try ni--bukan try msk, try makan hehehhe
BalasPadamemm..sedap,naik lah darah tinggi kalau makan byk2 lauk ni....
BalasPadamsodappnyerr makk.. ehehe, salamm
BalasPadamTak pernah rasa lagi daging kambing biri2.. Nampak cam sedap.. Bila depan mata, kadang2 tak lalu plak..
BalasPadamHuhuhu :)
Entry Terbaru 1 : Krisdayanti Follow Twitter Aku???
Entry Terbaru 2 : Kentut Punya Pasal Orang Tersayang Dilupakan