OOO

Khamis, Mac 17, 2011

Hari Terakhir di Banglaroe (Part 2)

Bila baca komen..ada yang ingat akak masih ada di sana. Dah lama balik dah tapi tak habis-habis lagi bercerita. Semua akak nak cerita dan ambil gambar sampai hb akak pun naik rimas ashik klik sana ..klik sini.
Bila nak balik lepas jejalan kat Commercial Street, kami nak ambil auto kat jalan besar, pergi kat tempat yang ada polis jaga. Kalau pegi kat tempat ada polis driver auto tak berani tipu.

Entah camner ada pulak sorang lelaki suruh kami naik auto tak payah bayar dan suruh gi ke kedai Indian Silk Store di Cunningham Road. Mula-mula nak turun sebab takut kena tipu, tak lama ada seorang lagi lelaki bagitau yang auto ni kepunyaan kedai tadi dan setiap driver yang bawak ke situ akan dapat komisyen Rp100 (RM7.00).
sajer letak gambar ni..sebab ada tertulis perkataan masjid street
Driver auto kata...kalau tak beli pun tak apa. Masuk dalam pastu jejalan ajer..janji dia dapat Rp100 tu. Kami pun diam ajerlah. Free punya pasal. Agak jauh gak tempat ni dari Commercial Street tadi. Sampai ajer dia ada penyambut tetamu jemput kami masuk kedalam. Wah..rasa cam orang kayalah pulak.
ambil gambar kat google
Lupa nak ambil gambar kat dalam kedai. Kedai ni memang besar dan cantik pastu penjual pun ramah tamah. Baru teringat nak tenguk kain sutera design gambar cam kat atas. Habis di keluarkan bermacam-macam design dan warn. Wah cantik sungguh. Akak cuma beli warna hitam yang ada batu bertaburan dan warna pink. Takut nak beli bebanyak sebab akak tak minat nak pakai design camni.

Yang buat geli hati Yana dah sound buat per mak beli kat sini..kat Davengere lagi murah. Tak perlah buat kenangan Yana oi...Bila balik sini adik ipar dah sapu dah kain tu. Akak bagi harga adik beradik ajer.

Kain sari sutera yang murah sungguh..bila tenguk harga orang jual kat internet..gulppp mahal giler. Menyesal tak beli banyak-banyak dan jual kat blog.

Akak beli gak sepasang baju kurta lengan panjang kiriman dari member anak akak. Driver auto dah tunggu dan terus hantar kami pulang semula ke Jalan MG Road.

Masa berhenti kat trafic light, barulah ada seorang aci minta sedekah dan seorang lagi jual barang. Bila dia tanya kami dari mana?
Kami kata Malaysia..
dia siap kata..Malaysia boleh.. terkejut gak sebab lepas tu ane tu pandai speaking. Dia taklah paksa kami beli barangan dia.

akak letak ajer price hotel..mana tau ada yang nak gi ke Banglaroe
Bila dah sampai, driver auto tu minta tambah 10 rupee..naik darahlah hb akak..dahlah dia untung dapat komisyen Rp100 (RM7.00). Bila dia tenguk hb muka masak terus dia kata... sorry sir..sorry sir.
Lepas maghrib kami keluar cari makan malam kat Restoren Empire, kat atas hotel. Ramai orang Islam menginap di hotel Empire ni.

Takut nak makan heavy..kami makan peha kambing bbq..memang sedap sungguh walaupun harga kat sini mahal dari Taj Hotel. Akak order capati ajer.

Hb akak makan roti canai, Yana makan kebab ayam. Imran tak nak makan.
Kenyang sebab Yana dah belikan KFC kat Commercial Street. Harga dalam Rp3000 lebih.

Oleh sebab masa awal lagi kami jalan lagi ..pergi ke sebuah supermarket yang jual barang-barang untuk orang luar yang duk kat sini. Bila tenguk kat sini ada sardin chap ayam (RM9.00) dan jajan kekacang tong garden dekat RM21.00. Oleh sebab termasuk dalam barangan import harga pun berkali gandalah dari sini.

Kemudian ke Guardian beli lip balm sebab bibir akak dan hb kering kerna cuaca kat sini lebih kurang cam Davengere , walaupun panas tapi tak berpeluh.

kat perhentian bas pun ambil gambar..sajer buat kenangan..
entah bila nak sampai lagi ke Banglaroe
Balik ke bilik angkut barang dan hb settlekan bil. Nasib baik ada driver auto yang tak banyak kerenah nak angkut kami ke perhentian bas VRL. Bayangkan dengan beg yang bertambah sampai kena pangku dalam auto tu. Kat belakang auto ada gak ruang nak isi beg yang lain. Yana pulak pangku Imran. Bayaran yang di minta cuma Rp80.00 (RM5.60 sen). Murah ek bila tenguk dalam RM.

Masa tunggu penumpang lain, Imran yang duk kat tepi tingkap ashik kena tegur dek pekerja di situ.
What is your name?
From Where?
Lebih kurang pukul 11.30 bas bertolak ke Davengere, berhenti kat 2-3 tempat nak ambil penumpang.
Berhenti kat sini selama 1/2 jam. Toilet kat sini ada yang terbuka ...terus angkat kain, cangkung dan kencing tapi adalah bowl dan air nak cebuk. Masa nak gi ke Banglaroe terkejut akak tenguk ada aci tua buang air kecil kat situ. Selamba ajer muka dia.

Tandas yang berpintu cuma ada 2 ajer...kelakar gak bila ingat balik kisah ni. Oleh sebab nak buang air kecil sangat akak pun terus terjahlah ..ingatkan tak ada orang..rupernya ada aci kat dalam. Nasib baiklah aci tu tak jerit kuat....ishhh apasalah dia tak nak kunci ek.

Sepatutnya kami tak payah balik ke Davengere lagi, terus duk lagi satu malam kat Banglaroe tapi tak orang nak teman Yana balik semula kat sana. Takut gak jadi apa-apa kalau Yana naik bas sorang..beringat sebelum kena.
Besoknya sampai kembali ke Davengere dalam pukul 5.30 pagi. Naik auto yang dah sedia tunggu...mana ada teksi kat sini. Tak pernah jumpa pun.

Hari Ahad tu bangun lambat lepas solat subuh. Bangun pukul 12.00 tengahari dek sebab keletihan. Alhamdulliah member Yana dah siapkan makan tengahari. Sedap gak masakan mereka berdua.
Kami tak kemana-mana lepas makan. Sibuk susun barang dalam beg. Petang tu member Yana ajak Imran gi ke go kart lagi.
 
Imran apa lagi..sukalah dia orang nak belanja. Yana tak ikut sebab nak siapkan homework..dahlah tak gi kelas sebab nak temankan kami kat Banglaroe
Lepas puas main mereka belanja Imran makan minum kat Cafe World lagi.
Terima kasih kakak-kakak yang baik hati.
Malam Yana ajak ke sini tempat makan vegeterian. Kami naik motor sebab
dekat dengan rumah Yana.Imran tak nak ikut sebab dah kenyang.
Terkejut gak dibuatnya sebab kat sini ada nasi goreng..pandai gak mereka masak ek. Kira oklah bila owner sendiri layan dan pandai cakap omputih. Harga pun taklah mahal sangat dalam lingkungan RM5-RM6.00.
Klasik betul kerusi makan ni kan....teringat macam pernah mak akak beli dulu masa duk kat Kampung Puah Setapak. Bila baca perkataan kat dinding tu nak tergelak...mana boleh silence bila dalam restoren..mestilah ashik pot pet..gelak..pot pet..gelak
Yana yang orderkan..dia dah selalu makan kat sini kalau malas masak.
Makan kentang goreng buatan sendiri, nan cheese dan penne.
Nan cheese tu memang sedap sungguh..banyak betul cheese yang di tabur kat dalam nan.
Jalan ni kalau siang agak sibuk. Terus balik rumah dan
tidur sebab esok nak balik dah.

13 ulasan:

  1. untung akak dapat jalan2 kat sana yer....sambil kan???

    BalasPadam
  2. kain-kain macam yang kak ina letak tuhh mesti murah kat saner kann..bestnyer kak dapat jalan-jalann..jauhh lak tuhh..

    BalasPadam
  3. syoknya jalan2 ke negara orang :)

    BalasPadam
  4. Alah Kak,story dah nak habis ke?Tiap-tiap hari saya tunggu entry akak yang baru untuk India trip ni.
    Toilet dia lebih-kurang macam kat China jugak..open concept but China lagi teruk.Bila kita terbuka yang ada orang tu,they all tak jerit tapi kita pulak yang terjerit..hahahah.

    BalasPadam
  5. klakar pula sign toilet tu, siap ada lukisan minachi lagi :)

    ingatkan library jer kena silent

    BalasPadam
  6. Salam. Kak Ina, Nur dah 2 kali hantar emel pada akak dan beri detail. Cuba akak cek emel akak.. atau akak emel pada Nur.. My email : dianajib79@yahoo.com.my

    BalasPadam
  7. salam kak ina...lamer x singgah sini....waaahh bestt tu pegi india....

    BalasPadam
  8. dah nama pun blogger, mana boleh tak klik-klik kan kak ina.. hehehe

    BalasPadam
  9. kali pertama kot jenguk sini...


    salam ziarah dari Pendekar buat kak ina kl... kalau rajin. singgah2 la kat blog murahan..

    www.pendekarberkuda.org

    BalasPadam
  10. assalamu 'alaikum kak,

    klu ada banyak cerita lg, boleh sambung... sy suka baca, hehehe... terasa sy lak yg gi bercuti kat india tu, hehehe...

    tulah kak, klu tk sbb belaja, mmg jgn hrplah nak berjalan jauh kan... bila lak akak nak bercuti melawat si rushdi... lama akak tk citer pasal die... ada cerita menarik kat sana, leh share...

    BalasPadam
  11. assalam kak ina...memang bestlah baca cerita akak ni...saya pun suka...seronoknya gi bercuti...

    BalasPadam
  12. Salam K.Ina

    Menarik kisah pengalaman akak bercuti di sana....tentu Yana happy dikunjungi keluarga tersayang.
    senang jugak nak dpt makanan halal kat sana.

    BalasPadam
  13. sronoknya tgok family kak ina..happening

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers