OOO

Memaparkan catatan dengan label Bangalore India. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bangalore India. Papar semua catatan

Khamis, Mac 17, 2011

Hari Terakhir di Banglaroe (Part 2)

Bila baca komen..ada yang ingat akak masih ada di sana. Dah lama balik dah tapi tak habis-habis lagi bercerita. Semua akak nak cerita dan ambil gambar sampai hb akak pun naik rimas ashik klik sana ..klik sini.
Bila nak balik lepas jejalan kat Commercial Street, kami nak ambil auto kat jalan besar, pergi kat tempat yang ada polis jaga. Kalau pegi kat tempat ada polis driver auto tak berani tipu.

Entah camner ada pulak sorang lelaki suruh kami naik auto tak payah bayar dan suruh gi ke kedai Indian Silk Store di Cunningham Road. Mula-mula nak turun sebab takut kena tipu, tak lama ada seorang lagi lelaki bagitau yang auto ni kepunyaan kedai tadi dan setiap driver yang bawak ke situ akan dapat komisyen Rp100 (RM7.00).
sajer letak gambar ni..sebab ada tertulis perkataan masjid street
Driver auto kata...kalau tak beli pun tak apa. Masuk dalam pastu jejalan ajer..janji dia dapat Rp100 tu. Kami pun diam ajerlah. Free punya pasal. Agak jauh gak tempat ni dari Commercial Street tadi. Sampai ajer dia ada penyambut tetamu jemput kami masuk kedalam. Wah..rasa cam orang kayalah pulak.
ambil gambar kat google
Lupa nak ambil gambar kat dalam kedai. Kedai ni memang besar dan cantik pastu penjual pun ramah tamah. Baru teringat nak tenguk kain sutera design gambar cam kat atas. Habis di keluarkan bermacam-macam design dan warn. Wah cantik sungguh. Akak cuma beli warna hitam yang ada batu bertaburan dan warna pink. Takut nak beli bebanyak sebab akak tak minat nak pakai design camni.

Yang buat geli hati Yana dah sound buat per mak beli kat sini..kat Davengere lagi murah. Tak perlah buat kenangan Yana oi...Bila balik sini adik ipar dah sapu dah kain tu. Akak bagi harga adik beradik ajer.

Kain sari sutera yang murah sungguh..bila tenguk harga orang jual kat internet..gulppp mahal giler. Menyesal tak beli banyak-banyak dan jual kat blog.

Akak beli gak sepasang baju kurta lengan panjang kiriman dari member anak akak. Driver auto dah tunggu dan terus hantar kami pulang semula ke Jalan MG Road.

Masa berhenti kat trafic light, barulah ada seorang aci minta sedekah dan seorang lagi jual barang. Bila dia tanya kami dari mana?
Kami kata Malaysia..
dia siap kata..Malaysia boleh.. terkejut gak sebab lepas tu ane tu pandai speaking. Dia taklah paksa kami beli barangan dia.

akak letak ajer price hotel..mana tau ada yang nak gi ke Banglaroe
Bila dah sampai, driver auto tu minta tambah 10 rupee..naik darahlah hb akak..dahlah dia untung dapat komisyen Rp100 (RM7.00). Bila dia tenguk hb muka masak terus dia kata... sorry sir..sorry sir.
Lepas maghrib kami keluar cari makan malam kat Restoren Empire, kat atas hotel. Ramai orang Islam menginap di hotel Empire ni.

Takut nak makan heavy..kami makan peha kambing bbq..memang sedap sungguh walaupun harga kat sini mahal dari Taj Hotel. Akak order capati ajer.

Hb akak makan roti canai, Yana makan kebab ayam. Imran tak nak makan.
Kenyang sebab Yana dah belikan KFC kat Commercial Street. Harga dalam Rp3000 lebih.

Oleh sebab masa awal lagi kami jalan lagi ..pergi ke sebuah supermarket yang jual barang-barang untuk orang luar yang duk kat sini. Bila tenguk kat sini ada sardin chap ayam (RM9.00) dan jajan kekacang tong garden dekat RM21.00. Oleh sebab termasuk dalam barangan import harga pun berkali gandalah dari sini.

Kemudian ke Guardian beli lip balm sebab bibir akak dan hb kering kerna cuaca kat sini lebih kurang cam Davengere , walaupun panas tapi tak berpeluh.

kat perhentian bas pun ambil gambar..sajer buat kenangan..
entah bila nak sampai lagi ke Banglaroe
Balik ke bilik angkut barang dan hb settlekan bil. Nasib baik ada driver auto yang tak banyak kerenah nak angkut kami ke perhentian bas VRL. Bayangkan dengan beg yang bertambah sampai kena pangku dalam auto tu. Kat belakang auto ada gak ruang nak isi beg yang lain. Yana pulak pangku Imran. Bayaran yang di minta cuma Rp80.00 (RM5.60 sen). Murah ek bila tenguk dalam RM.

Masa tunggu penumpang lain, Imran yang duk kat tepi tingkap ashik kena tegur dek pekerja di situ.
What is your name?
From Where?
Lebih kurang pukul 11.30 bas bertolak ke Davengere, berhenti kat 2-3 tempat nak ambil penumpang.
Berhenti kat sini selama 1/2 jam. Toilet kat sini ada yang terbuka ...terus angkat kain, cangkung dan kencing tapi adalah bowl dan air nak cebuk. Masa nak gi ke Banglaroe terkejut akak tenguk ada aci tua buang air kecil kat situ. Selamba ajer muka dia.

Tandas yang berpintu cuma ada 2 ajer...kelakar gak bila ingat balik kisah ni. Oleh sebab nak buang air kecil sangat akak pun terus terjahlah ..ingatkan tak ada orang..rupernya ada aci kat dalam. Nasib baiklah aci tu tak jerit kuat....ishhh apasalah dia tak nak kunci ek.

Sepatutnya kami tak payah balik ke Davengere lagi, terus duk lagi satu malam kat Banglaroe tapi tak orang nak teman Yana balik semula kat sana. Takut gak jadi apa-apa kalau Yana naik bas sorang..beringat sebelum kena.
Besoknya sampai kembali ke Davengere dalam pukul 5.30 pagi. Naik auto yang dah sedia tunggu...mana ada teksi kat sini. Tak pernah jumpa pun.

Hari Ahad tu bangun lambat lepas solat subuh. Bangun pukul 12.00 tengahari dek sebab keletihan. Alhamdulliah member Yana dah siapkan makan tengahari. Sedap gak masakan mereka berdua.
Kami tak kemana-mana lepas makan. Sibuk susun barang dalam beg. Petang tu member Yana ajak Imran gi ke go kart lagi.
 
Imran apa lagi..sukalah dia orang nak belanja. Yana tak ikut sebab nak siapkan homework..dahlah tak gi kelas sebab nak temankan kami kat Banglaroe
Lepas puas main mereka belanja Imran makan minum kat Cafe World lagi.
Terima kasih kakak-kakak yang baik hati.
Malam Yana ajak ke sini tempat makan vegeterian. Kami naik motor sebab
dekat dengan rumah Yana.Imran tak nak ikut sebab dah kenyang.
Terkejut gak dibuatnya sebab kat sini ada nasi goreng..pandai gak mereka masak ek. Kira oklah bila owner sendiri layan dan pandai cakap omputih. Harga pun taklah mahal sangat dalam lingkungan RM5-RM6.00.
Klasik betul kerusi makan ni kan....teringat macam pernah mak akak beli dulu masa duk kat Kampung Puah Setapak. Bila baca perkataan kat dinding tu nak tergelak...mana boleh silence bila dalam restoren..mestilah ashik pot pet..gelak..pot pet..gelak
Yana yang orderkan..dia dah selalu makan kat sini kalau malas masak.
Makan kentang goreng buatan sendiri, nan cheese dan penne.
Nan cheese tu memang sedap sungguh..banyak betul cheese yang di tabur kat dalam nan.
Jalan ni kalau siang agak sibuk. Terus balik rumah dan
tidur sebab esok nak balik dah.

Jumaat, Mac 11, 2011

Catatan Di India-Di Bangalore (sambungan)

Oleh sebab tak tahan tenguk harga kasut adidas ni murah bebano kami belikan untuk Ira.
Tak sampai pun RM100 kasut yang ada kat rak ni. Call Ira tanya nak warna apa...senang sebab kaki Ira dan Yana sama saiz. Akak sambar beg Adidas hitam tu.
Pastu belikan baju idaman Firdaus warna biru kat kedai kat area sini.
Masa lalu waktu tengahari, kami cuma tenguk ajer macamana orang ni buat key chain. Dia tulis atas beras nama yang kita hendak pastu masuk dalam botol. Pandai betul dia tulis kat beras yang kecik tu. Pastu letak pewarna dalam air tu dan pasang tempat letak kunci.
Dalam perjalanan nak balik ke hotel kami singgah sebab Imran dah suruh Yana bayarkan key chain konon nak bagi member dia. Imran dah siap tulis nama dah masa lepak kat cafe di shopping complex. Cuma 5 nama ajer yang dia bagi. Tak sampai pun RM2.00. Murah kan. Pastu beli sedikit cenderahati nak bawak kat family.
Balik ke bilik dan berehat sekejap. Selepas maghrib kami pergi makan kat Indijoe Steak Bangalore. Dekat ajer dengan hotel kami. Akak ambil gambar keesokkan hari sebab gelap kat luar tu pada malam tu.
Mengada-gada tekak ni makan steaklah pulak. Harga dalam steak tak sampai pun RM30.00.
Imran marah betul bila akak suruh Yana ambil gambar sebab dia kata
Mak ni..apasal ambil gambar dengan hantu (topeng kat belakang)
sampaikan dia tutup muka dengan jaket
Puas hati sebab memang banyak betul satu hidangan..akak punya yang banyak cendawan/sayuran. Bagus gak makan camni kan sebab makanan sehat. Kalau perut kecik boleh share.

Kat belakang papan tanda orang pakai sari tu lah hotel tempat kami tidur..memang tak nampak dari jalan besar. Tapi senang duk sini..semua ada.
Lepas makan kami gi ke Hard Rock Cafe Bangalore/Bangluru yang berhampiran dengan hotel, cuma seberang jalan ajer. Macam biasalah beli cenderahati kat sini
Muka kepenatan dalam Hard Rock Cafe
Sedap pulak suara penyanyi local ni..kejap ajer pastu kami semua balik ke bilik.

Rabu, Februari 16, 2011

Catatan Perjalanan Ke India-Hari Pertama

7hb. February 2011
Ke LCCT Sepang pukul 12.30 tengahari. Sampai ke situ terus check in. Nasib baik tak terlebih berat beg yang kami bawa. Makan tengahari kat situ dan dalam pukul 2.30 petang terus masuk kedalam balai berlepas.
Kapal terbang meluncur ke udara dalam pukul 3.30 petang dan setelah 4 jam kami selamat sampai di Airport Bangalore. Setelah passport di chop oleh imigresen dan melepasi kastam kami cari driver yang datang dari davengere untuk naik pula kereta ke sana. Bila tenguk ada yang pegang kertas tertulis nama suami dan akak dah confirmlah beliau tu driver dari tempat Yana.

Kat air port lagi akak dah sms Yana bagitau kami dah tiba. Sms punya sms kredit habislah pulak. Sekali sms kena dekat RM2.00.
Setelah driver memuatkan 4 biji beg dalam pukul 6.30 petang waktu tempatan (2 1/2 jam lebih awal dari Malaysia) bermulalah pengembaraan selama lebih kurang 5 jam. Waktu malam tak ada yang boleh di lihat, 1 jam pertama ikut jalan kampung dan 4 jam melalui jalan tol.
Alhamdulliah driver cuma berhenti selama 5 minit sahaja dan selepas tu perjalanan lancar sehingga ke hadapan pintu hostel tempat pelajar Malaysia di tempatkan. Oleh sebab kredit dah habis suami akak minta tolong driver call Yana.
Sekarang ni Yana dah duduk di rumah sewa, kami tunggu kat situ dan tak sampai 5 minit Yana tiba nak tunjukkan jalan ke rumah beliau. Dalam pukul 11.00 malam kami selamat sampai kat rumah Yana.
Nasib baik Yana dah siap masak. Apa lagi...makan ajerlah.
3 beg penuh dengan makanan malaysia.
p/s maaf yer komen tak jawab. Penat. Jomlah join contest akak tu yer

Ahad, Februari 13, 2011

Shopping Di Bangalore India

Perjalanan dari Davengere ke Bangalore mengambil masa 6 jam..aduhai patah pinggang dibuatnya. Nasib baik berhenti 1/2 jam. Dah lama tak naik bas berjam-jam. Masa muda selalulah.
Sampai di Bangalaroe pukul 5.30 waktu tempatan dan naik auto ke hotel. Selepas tidur sampai tenghari dan kemudian berjalan masuk keluar kedai sampai naik kebas kaki dibuatnya.

Yang buat tak tahan bila tenguk potongan harga yang ditawarkan. Nanti akak cerita lagi yer.

Khamis, Februari 10, 2011

Dah selamat sampai

Alhamdulliah dah selamat sampai kat rumah Yana hari Isnin malam dalam pukul 11.00 malam..fusshhhh lama betul nak sampai...letih badan dibuatnya. Hari Selasa lepak sebab nak hilangkan penat.

Tadi baru balik dari shopping kat shopping complex di Davengere. Gambar nanti ek.

Malam ni nak pergi ke Bangalore pulak. Naik bas express ajer..dalam 6 jam perjalanan. Tidur dalam baslah malam ni.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...