Khamis, Mac 10, 2011

Resepi Capati

Beli tepung capati ni kat supermarket More di Davengere masa melawat Yana. Ingat nak buat kat sana tapi tak sempat. Dulu akak pernah tepek resepi buat capati tapi guna minyak. Kali ni akak ikut pulak resepi akak dapat dari google.

Bahan-bahan
3 cawan tepung capathi/tepung atta
2 sudu makan mentega/marjerin lembut
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.
Cara-cara
1. Masukkan mentega/marjerin ke dalam tepung dan campurkan rata.
2. Masukkan garam ke dalam air suam dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelahitu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.

Makan bersama kari daging ataupun sambal/kari sardin pun sodap.

15 ulasan:

  1. sedap nyee capati!!!!..........selera tengok i likee

    BalasPadam
  2. perghh..cam kat kedai mamak, capati satu!!

    BalasPadam
  3. rjin akak buat cpti..kita klu kat bahrain hri mngu biasa la cri cpti ni utk bkpes..hehee..kita dah blik msia kak...cma bru nk start update blog..msa xada..sbuk uruskan anak2.. sorang dri kan...

    BalasPadam
  4. kak...
    dulu arwah tuk tetiap ptg@malam makan capati dibuat sendiri..tujuan untuk mengawal tekanan darah dan sakit jantung...suka sgt dgn capati n sambal khas berasaskan kari dan sayur2an tanpa santan tau...Sedap sgt

    BalasPadam
  5. lama tak makan capati kak, kena kambing masala perghhhh!!!!

    BalasPadam
  6. walla sedap la capati ni.. cicah sardin sedap jgk ni kak ina.

    BalasPadam
  7. cam sedap je..nak sikit!..pos ke p/klang ek

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    masa bujang dulu...giler makan capati dekat masjid pakistan dekat belakang keramat supermarket


    Wassalam

    BalasPadam
  9. Oh, teringat pula kat arwah ayah. Dulu, masa dia sakit (2 tahun sblm meninggal), dia memang makan capati je untuk kurangkan gula dalam darah. Huhu. Memori sungguh.

    BalasPadam
  10. masa pregnant ahmad dulu ada diabetes..so inilah makanan ruji untuk menggantikan roti canai bila hubby sesekali ajak sarap kat luar...memang sedap kalau makan dengan kari sardin..

    BalasPadam
  11. best ni, kena buat sendiri

    BalasPadam
  12. kari kambing la gu terbaik dgn capati ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers