OOO

Isnin, Mac 28, 2011

Resepi Sotong Tiga Rasa

Sotong masak camni baru laku..kalau buat sambal tumis mereka tak suka. Akak ambil respie dari PeriukTanah@Raihan
Bahan-bahan
500 gm sotong sederhana besar- bersihkan, potong ikut citarasa
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 labu bawang besar dicincang
5 biji cili api akar-dicincang ***ikut ketahanan pedas
4 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang
1 sudu makan cuka
3-5 sudu makan sos Thai
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sayuran seperti bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis-ikut citarasa


Cara membuatnya:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar sotong untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan cili merah dan cili padi. Kacau sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
4. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
5. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang bersama nasi putih dan lauk-pauk lain.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    Nyam nyam nyam

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Kak Ina..sos thai tu cmne ek? sos cili yg dlm botol tu ke? kan pedas? anak saya suka sotong tp pening kepala fikir nak masak apa, boleh tiru ni..

    BalasPadam
  3. saya memang sukaaaaaaaaa lauk sotong.
    ;))

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers