OOO

Selasa, Mac 29, 2011

Terjangkit Nak Buat Custard Teacake..Memang Sodap

Berkobar-kobar hajat di hati nak buat kek yang menjadi sebutan bulan ini setelah chef fofolur Mat Gebu membuatnya. Bila tenguk reviews dari member masak memasak akak pun tak leh menahan hati dari membuatnya.

Semalam petang akak membancuh walaupun ada salah teknik..nasib baiklah jadi. Akak buat filing custard tu double..sebab akak memang suka makan kastad. Kek ini kek ajer jadi gunakanlah bekas kecik tau. Bila dah masak tak sabar nak makan.

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
akak tambah pewarna esen hijau pandan


BAHAN KASTARD :-) (buat sekali ganda)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla
abaikan potong macamni ..gara-gara tak sabar nak makan panas-panas..sebab custard tu bila makan panas-panas..yummmyyyyyyyyyyyy
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, (pewarna hijau) kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan. (akak alas dengan kertas minyak sebab guna loyang)
  3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

13 ulasan:

  1. woho!!! tgk gambar dh nampak sedap!

    kak ina, nnti tlg suggest mixer ape yg seswai utk baking2 ni yer..tq :D

    BalasPadam
  2. haaa..dah berjangkit kat sini lak kek populer ni...
    sedappkan kak kek ni..
    mas suka sangat..he..he...

    BalasPadam
  3. Salam kak ina,
    dah nampak ramai blogger yg memcuba kek ni. Mesti sedapkan kak...

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum kak...saya pun dh buat sedap..:)

    BalasPadam
  5. Salam,
    Nice blog, innovative!! custard ciptaan sendiri ke ni? Ada Gaya in your cooking style, though some deviation from the norm. Should be tantalizing to the palate. tentu sodap, nanti ada masa saya try test buat.

    BalasPadam
  6. Aslmkm. Wah, hijo lak kastad kat sini... masih terasa2 kesedapan kek ni...nak cikit, nak rasa air tgn kakak cayang...hehe

    BalasPadam
  7. sedapkan kak ina....
    amboi kastard akak warna hijau lg...menarik!

    BalasPadam
  8. Saya pun teringin nak buat kek ni. Tapi asyik bertangguh aje.

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum K.Ina

    Kastad hijau tu dari jauh dah jelas kelihatan...nampak meleleh..yummyy , ni buat tak sabar nak cuba...kena tunggu week end..

    BalasPadam
  10. Salam Kak Ina... aduhhh kat mana2 nampak kek kastad ni la...gerammnye.... tengok kek akak ni telan air liur lagi. cantik pulak letak kaler hijau tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers