Jom Makan Nasi Arab di Al Amin Food Corner ( AFC )

by kak ina kl on Jumaat, April 08, 2011

Kali ni akak cuba makan di sini. Kali kedua sebenarnya akak rasa masakan kat sini, mula-mula dulu akak cuma beli bungkus nasi ayam salai sebab nak cepat. Restoren ni terletak di belakang Shell Greenwood Gombak Kuala Lumpur. Kepunyaan orang melayu sepenuhnya, pasal akak tak jumpa pun pak Arab kat sini.
Antara makanan yang disediakan..macam-macam ada.
Kalau ambil set nasi lagi murah harganya. (klik kalau nak tenguk dengan lebih jelas)
Akak cuba makan nasi mandi ayam goreng berempah. Ada gak nasi mandy kambing..harga RM17.00. Nasi mandy ni banyak tau..sampai tak habis makan. Ayam pula mereka gunakan ayam kampung.


Minuman akak pula air carrot susu.Ada juga di sediakan sup yang sedap (elok gak ada sebab akak ni tak ada kuah tak bolehlah)dan sos...lupa pulak nak tanya apa kebendanya..tapi ada rasa tomato yang telah di lecek kat dalam sos tu.

Beras yang digunakan memang beras basmathi (jenama Jasmin)sebab memang nasi tu panjang betul. Jadi berbaloilah makan kat sini . Akak pernah makan nasi mahal tapi beras yang di gunakan mereka gunakan beras biasa..tak kaw lah macam tu.
Ada gak nasi kerabu dan nasi ayam salai
Orang kata kalau nak tau restoren tu bersih ataupun tidak tinjaulah tandasnya. Memang akak puas hati dengan restoren ni. Akak harap mereka dapat kekalkan keadaan sebegini selama-lamanya. Akak ni memang cerewet sikit pasal tandas.

Layanan pun cekap sebab belum duduk dah ada orang tunggu nak hulurkan menu. Tempat duduk boleh pilih nak duduk di tempat air cond ataupun di luar.
Di buka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga ke 10.30 malam.

Alamat :
No 15, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Tel: 019-321 1911

24 comments

nasi mandy sedappp,oooo ade kedai ek situ?

kat platinum walk,area belakang malis pon byk dah kedai mkn arab

by Peri PiA on 7 April 2011 5:09 PTG. #

buat den lapo je nieh
huhu

by akmalhilmi on 7 April 2011 5:14 PTG. #

tengs for sharing kak. ella slalu makan kat Al-Rawsha je. pasni boleh la try kat sini lak.hihi ..

by kakchik@ella on 7 April 2011 5:16 PTG. #

boleh try ni kak. nampak pun mcm menyelerakan. hiks. tengs akak sbb kasi sharing.

by sarah mohamad on 7 April 2011 5:18 PTG. #

Akak, lepas ni cubalah plak restoren Saba di Cyberjaya...sedap..saya dh ketagih ni...
Makanannya pun murah, contoh nasi Kabsah Ayam- makan 3 orang = rm15 jer.. murah....

by Cendana Kasih on 7 April 2011 5:20 PTG. #

nasi kerabu gk pilihan hatiku...hikhikhik

by J.M.R on 7 April 2011 5:23 PTG. #

su di qatar ni kalau boleh hari2 nak cari nasi kerabu,nasi dagang,nasi ayam dan yang seangkatannyalah.Jemu betul ngadap nasi2 arab,tak boleh masuk tekak dah rasanya :)

by samsulaili on 7 April 2011 6:04 PTG. #

senak perut makan makanan arab ni
sebab portion besor benor

by h4ni3 on 7 April 2011 6:09 PTG. #

Assalamualaikum Kak Ina

lama2 kita jadi anak pak arab ler
sebab dah banyak kedai masakan arab
he he

Wassalam

by Rozali on 7 April 2011 6:22 PTG. #

tak pasal² saya ajak wife p makan nasi arab kat cyberjaya weekend ni..hehe

tak pernah rasa lagi

by n@m@n on 7 April 2011 7:23 PTG. #

kt restoran saba jln jelatek pun sedap kak..

by Tanpa Nama on 7 April 2011 8:08 PTG. #

sekarang gak saya nak pegi beli. shell yang tempat orang tunggu bas2 ekpress kan? dekat jer ngan umah...

by eelobor on 7 April 2011 8:27 PTG. #

Alhamdulillah, dah jumpa lokasi & sudah masuk dalam perut. huhuhu, boleh tahan gak rasanya....sedap gak.

saya duk area sri gombak

by eelobor on 7 April 2011 9:21 PTG. #

Sedapnya kena try ni

by Sharinginfoz on 7 April 2011 10:08 PTG. #

wah..kak, sesekali pekena nasi arab mmg layan gak ni..nanti kalau lalu situ, kompem singgah

by Adyshariz on 7 April 2011 11:56 PTG. #

Asalamualaikum kak ina,

Boleh p cuba nie...

by Atikah on 8 April 2011 12:04 PG. #

tandas ok,, hope makanan pun ok laah yea... nak try laaa nanti..
Menggeletar tengok Aksi Ragut Depan Mata!

by KiD on 8 April 2011 8:25 PG. #

x pernah cuba lagi. tapi mmg kureng minat makan nasi arab ni. cuma kekadang belikan nasi arab kambing untuk hubby.
;))

by haslina on 8 April 2011 9:21 PG. #

one day, masti cuba.

sy penah cuba yg di cyberjaya. saba' namanya

by Matjoe on 8 April 2011 9:36 PG. #

saba' selalu try, ni tempat lain pulak

Terkini : Gunting Dalam Perut Selama 3 Tahun

by suffer8zine on 8 April 2011 11:13 PG. #

dah dekat dengan rumah.. leh le terjah jugak.. hmm

by kella on 8 April 2011 12:22 PTG. #

tang p/s tu yg tak tahan deqlis gelak tue....

deqlis lak kata: klu akak nk ajak deqlis makan pun boleh deqlis dtg gak!! miahahaha...

akak, klu kat bukit jalil atau area sini...kat Sri petaling...ada sati Restoran namanya Al-Diafah... masakan Arab jugak..bawah kedai dia ada jual kurma Arab.. klu dtg area nie meh ler singgah... kali nie nak kata.." kalau nak ajak deqlis makan pun boleyyy..." heeh...

;-)

by deqlis on 8 April 2011 12:54 PTG. #

esok nak pegi greenwood...leh singgah mkn kat sini plakk

by Azueriena Norash on 8 April 2011 1:36 PTG. #

akak...rasanya semua orang sama macam akak cerewet pasal tandas hahaha

by shiori_LA on 8 April 2011 4:27 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate