Rabbit Fun Land

by kak ina kl on Selasa, April 05, 2011


Rabbit Fun Land terletak di Batu 26, Jalan Balau, Mukim Beranang, Selangor. Terletak berhampiran Universiti Nottingham, Semenyih..tempat pelakon Diana Danielle belajar dan merupakan ladang ternak arnab yang terbesar di Malaysia.

Telah beroperasi sejak 20 tahun dan mempunyai 30,000 ekor arnab, baka pula dari negara-negara yang berlainan.
Memang tak tau pun pasal tempat ni. Hari minggu lepas kami ke jemputan kawin di area Ulu Beranang ..lalulah tempat ni. Tenguk dari luar macam menarik ajer.
Seronok sungguh bila tenguk arnab-arnab bebas berkeliaran ...geram betullah..sebab dulu masa kecik pernah bela arnab.

Seumur hidup tak pernah masuk ke Broga (ala tempat fofolur daki Bukit Broga..sorrylah Gplus akak tak dapat join mendaki pagi tu sebab ada agenda..lagipun akak memang tak laratlah nak mendaki ni). Rasanya yang seronok suami akaklah..best sebab boleh pegang dan kasi makan kat arnab ni.
Ada gak binatang lain..monyet, rusa ..macam mini zoo. Nasib tak baik sebab
masa Imran sampai masa nak naik kuda kecik dah tamat.
Seronok tenguk binatang disini..dapat tenguk baby arnab..tiket masuk pun taklah mahal sangat..kat Majallah 3 ada keluar tentang tempat ni..klu ada yang perasanlah.
Bayaran masuk pun tak mahal tapi ladang ni taklah sebesar Zoo Negara. Kalau nak senang guna ajer LEKAS Highway pastu keluar kat Pekan Semenyih. Firdaus gi ke sini ikut Cheras..tersangkut dekat 2 jam kat jalan situ.

Imran nak beli arnablah pulak ..nak bela kat umah..alahai duk rumah atas ni lecehlah kan..

p/s Akak cadangkan pepagi daki Bukit Borga pastu balik pegi kat sini..tak jauhlah dari situ.

18 comments

comelnya arnab2 tu... eeee geram tengok....

by Alimaz-Kembara Terasing on 5 April 2011 10:08 PG. #

wah...budak2 mesti seronok kalau pergi tempat mcm ni...

thanks bgtau tempat ni kak ina...tak pernah tau pun seblm ni...:)

by Suzi on 5 April 2011 10:12 PG. #

sekali sekala smpai tempat mcm best kn...

by Lizzie Yasmin on 5 April 2011 10:17 PG. #

wah nak pergi gak. cam menarik.

by SyuQ on 5 April 2011 10:28 PG. #

Salam Kak Ina..Thanks utk info ni...Kebetulan anak saudara pun tinggal kat sempadan Semenyeh@Mantin..Boleh ajak dia temankan ke sana...Dah lama cari tempat yang ada jual daging arnab ni..

by Sue @ Nenie on 5 April 2011 10:33 PG. #

arnab mmg comel. jauhnya smpi baranang

by Matjoe on 5 April 2011 10:44 PG. #

kak, kat situ leh beli daging arnab tak?? ada jual sate arnab ke.. rusa ke..
Selesaikan Masalah Streamyx anda Sendiri!

by KiD on 5 April 2011 11:14 PG. #

kak ina nampak mcm best je tempat ni tapi tu lah jauh le bagi saya yg di utara ni...kalau aiman dan aleya nampak ni mesti suka da n sbk ajk ke situ..

by azlina on 5 April 2011 11:20 PG. #

akak..tangkap arnab tu wat masak lomak...nyum3...
kompem best kan...hehe

TUNGKU MODEN / BANTAL PANAS
SET TILAM SEJUK
Tommee Tippee: Closer to Nature PP 9oz - BPA FREE
TUNGKU BAYI

by eT on 5 April 2011 11:36 PG. #

kat situ takde jual daging arnab skali ke kak ina?

by h4ni3 on 5 April 2011 11:52 PG. #

penah tgk aqif pegi sana dgn angah, ingatkan kat berjaya hill nun, wahh mmg dah lama teringin nak daki bukit broga

by ♥MAMASYAZA♥ on 5 April 2011 12:09 PTG. #

Kalau anak tengok mesti suka ni

by Sharinginfoz on 5 April 2011 12:17 PTG. #

kiranya dekat dgn rumah adik zana ni tapi tak tau pun ada tmpt menarik....huhu...sedih la tgk arnab, teringat kat arnab zana yg mati tahun lepas.

by ~~zAnAfAhMi~~ on 5 April 2011 12:32 PTG. #

wah. macam besar dan bersih jer tampat nih..nak pergi terjah ler

by BIONIC WOMEN on 5 April 2011 12:47 PTG. #

sure sonok layan arnab2x yang amat comel kan......

by hazman aka species1980 on 5 April 2011 1:17 PTG. #

huhu seronoknya!

Terkini : Aku VS Nuffnang

by suffer8zine on 5 April 2011 2:11 PTG. #

dah lama bercadang nak naik bukit broga seawal lepas subuh kat sana. sebab nak tengok pemandangan matahari naik. entah bila baru nak jadi plan nih

by eelobor on 5 April 2011 5:33 PTG. #

arnab yg comel itu halal untuk dimakan. tapi macam tak sanggup je untuk berbuat demikian..

by blog-tips-kurus on 5 April 2011 10:13 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate