OOO

Memaparkan catatan dengan label rabbit fun land batu 26. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rabbit fun land batu 26. Papar semua catatan

Selasa, April 05, 2011

Rabbit Fun Land


Rabbit Fun Land terletak di Batu 26, Jalan Balau, Mukim Beranang, Selangor. Terletak berhampiran Universiti Nottingham, Semenyih..tempat pelakon Diana Danielle belajar dan merupakan ladang ternak arnab yang terbesar di Malaysia.

Telah beroperasi sejak 20 tahun dan mempunyai 30,000 ekor arnab, baka pula dari negara-negara yang berlainan.
Memang tak tau pun pasal tempat ni. Hari minggu lepas kami ke jemputan kawin di area Ulu Beranang ..lalulah tempat ni. Tenguk dari luar macam menarik ajer.
Seronok sungguh bila tenguk arnab-arnab bebas berkeliaran ...geram betullah..sebab dulu masa kecik pernah bela arnab.

Seumur hidup tak pernah masuk ke Broga (ala tempat fofolur daki Bukit Broga..sorrylah Gplus akak tak dapat join mendaki pagi tu sebab ada agenda..lagipun akak memang tak laratlah nak mendaki ni). Rasanya yang seronok suami akaklah..best sebab boleh pegang dan kasi makan kat arnab ni.
Ada gak binatang lain..monyet, rusa ..macam mini zoo. Nasib tak baik sebab
masa Imran sampai masa nak naik kuda kecik dah tamat.
Seronok tenguk binatang disini..dapat tenguk baby arnab..tiket masuk pun taklah mahal sangat..kat Majallah 3 ada keluar tentang tempat ni..klu ada yang perasanlah.
Bayaran masuk pun tak mahal tapi ladang ni taklah sebesar Zoo Negara. Kalau nak senang guna ajer LEKAS Highway pastu keluar kat Pekan Semenyih. Firdaus gi ke sini ikut Cheras..tersangkut dekat 2 jam kat jalan situ.

Imran nak beli arnablah pulak ..nak bela kat umah..alahai duk rumah atas ni lecehlah kan..

p/s Akak cadangkan pepagi daki Bukit Borga pastu balik pegi kat sini..tak jauhlah dari situ.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...