OOO

Rabu, Mei 25, 2011

Mee Rojak

Tak pernah buat pun mee rojak ni.  Kalau teringin akak beli ajer.  Bila jejalan kat rumah Nani  mak si Hanis Zalika tu akak ternampak ada resepi mee rojak ni.  Macam sedap ajer dan kebetulan ada bahan kat rumah walaupun tak cukup lengkap sebab nak clearkan stok sebab nak jejalan ke uk. Buat pun sebelum pergi tapi tak sempat nak update.
Akak pernah jumpa sekali Nani masa tahun lepas.  Lawanya dia, al maklumlah bekas model mestilah pandai jaga badan.

Kalau nak buat masakan camni biarlah semua anak ada kat rumah, berbaloi sebab renyah gak nak membuatnya seorang diri.

Bahan-bahan
1kg mee kuning (celur)
1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus)
1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)

Bahan untuk di kisar dan ditumis:-
10 batang cili kering (rebus dan buang biji)
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering

Bahan perisa :-
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 cawan cawan air
  • 1 keping asam gelugur
  • 1sudu makan garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis 
  • akak tambah-1 gelang gula melaka
Cara menyediakannya
  1. Kisar dan tumis sehingga naik bau. 
  2. Masukkan bahan perisa. 
  3. Masukkan kacang tanah, biji bijan , gula melaka, keledek dan air. 
  4. Biar mendidih dan angkat.
Bahan bahan hiasan :-
  • Timun-tak letak
  • taugeh-tak letak
  • telur rebus
  • cucur udang
  • tauhu goreng
  • limau kasturi
Resepi Cucur Udang Nanirostam

Bahan-bahan
  • 200 gram tepung gandum
  • 320ml air
  • 5 ekor udang besar (buang kulit dan potong kecil-kecil)
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 biji cili merah/hijau
  • 1 biji cili padi-tak letak
  • sedikit daun sup
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • secubit (sangat sedikit) soda bikarbonat/kalau tak mahu pun ok.

Cara menyediakannya
  1. Tuang air kedalam tepung sedikit demi sedikit agar bancuhan tidak berketul.
  2. Masukkan bawang, cili merah/padi, daun sup dan udang yang telah di hiris. 
  3. Masukkan soda, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Panaskan minyak agak banyak, masukkan bancuhan tadi dengan menggunakan sudu makan.
  5. Goreng hingga masak kekuningan

11 ulasan:

  1. betul tu ina,kita dah buat ni ikut resepi nani gak..memang sedap kan?..tapi kena pastikan seisi rumah terkumpul baru leh buat..dapat banyak gak dgn resepi nani ni..

    BalasPadam
  2. yummy. rojak mamak bersepah tp nak carik yg sedap mcm payah

    BalasPadam
  3. nak mee rojak sikit kak..

    BalasPadam
  4. tima kasih kongsi resepi simple ni kak.
    mmg klu cari mme rojak, payah je nak dapat yg ikut sedap tekak.

    BalasPadam
  5. leceh nak buat sbb byk bhn2 hehehhe

    BalasPadam
  6. wah, nk buat malas..kena la sy p kedai mamak sat g pekena rojak gak nih!

    BalasPadam
  7. salam kak,faveret saya masa kecik2 dulu.izin copy resepi kak yer.syukran.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers