OOO

Memaparkan catatan dengan label mee/laksa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee/laksa. Papar semua catatan

Ahad, Jun 19, 2011

Resepi Mee Goreng Mamak

Apa hallah tak tenguk video tu..tak taulah problem apa. Nanti try lagilah.

Tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat akak kena buat makanan setiap pagi sebab hb bawa bekal ke pejabat. Dia malas nak gi keluar bila waktu lunch. Jadi kenalah tukar stail goreng mee, sekejap goreng mee stail melayu, kadangkala goreng mee stail omputih (spagetti) dan goreng stail mamak. Resepi ulangan ni.

Bahan

  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis(akak tukar sotong dan udang)
  • 100 gm fish cake -akak tukar ke fish ball
  • 1 cawan taugeh-tak letak
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]akak ganti kobis dan daun kucai
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]tukar ke cili merah
Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging (udang/sotong) dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

Sabtu, Jun 18, 2011

Bihun Goreng Lada Hitam (Resepi Ulangan)

Tadi cuba masukkan video tapi video lain..kenalah cancel.

Peliklah tenguk kat N3 lama boleh di katakan gambar kat resepi banyak yang hilang. Tak taulah apa masalahnya. Bihun goreng camni ada orang panggil bihun singapore ataupun bihun putih. Tak kisahlah apa nama pun..janji sedap udahlah. Memang kena makan dengan potongan cili api ataupun cili hidup..kalau idak tak ada umphhh.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun (rendam sekejap)
  • 6 ulas bawang putih- tumbuk
  • 100-200gm udang basah-boleh jugak di tukar ke ayam
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk halus
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-2 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit fish cake-di potong kecil
  • sedikit fish ball - di potong 2
  • sedikit taugeh
  • sedikit sawi-dipotong kecil
  • garam secukupnya-kena rasa dulu..kalau takut masin
  • sedikit minyak
Hiasan : sedikit daun sup/daun bawang-dihiris halus
1-2 batang cili hidup-dipotong serong
Cara-cara

1. Tumbuk lada hitam bersama bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumislah bwg putih yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan sedikit air, kicap pekat, fish ball, fish cake dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan udang bersama sayur sawi dan taugeh.
5. Kacau sebentar dan masukkan bihun yang telah di rendam tadi.
6. Kacau hingga sebati dan rasalah dulu sebelum di padam api..kalau tawar ...masukkan sedikit garam.
7. Angkat dan hiaskan bersama cili dan daun sup/bawang tadi.

Rabu, Mei 25, 2011

Mee Rojak

Tak pernah buat pun mee rojak ni.  Kalau teringin akak beli ajer.  Bila jejalan kat rumah Nani  mak si Hanis Zalika tu akak ternampak ada resepi mee rojak ni.  Macam sedap ajer dan kebetulan ada bahan kat rumah walaupun tak cukup lengkap sebab nak clearkan stok sebab nak jejalan ke uk. Buat pun sebelum pergi tapi tak sempat nak update.
Akak pernah jumpa sekali Nani masa tahun lepas.  Lawanya dia, al maklumlah bekas model mestilah pandai jaga badan.

Kalau nak buat masakan camni biarlah semua anak ada kat rumah, berbaloi sebab renyah gak nak membuatnya seorang diri.

Bahan-bahan
1kg mee kuning (celur)
1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus)
1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)

Bahan untuk di kisar dan ditumis:-
10 batang cili kering (rebus dan buang biji)
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering

Bahan perisa :-
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 cawan cawan air
  • 1 keping asam gelugur
  • 1sudu makan garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis 
  • akak tambah-1 gelang gula melaka
Cara menyediakannya
  1. Kisar dan tumis sehingga naik bau. 
  2. Masukkan bahan perisa. 
  3. Masukkan kacang tanah, biji bijan , gula melaka, keledek dan air. 
  4. Biar mendidih dan angkat.
Bahan bahan hiasan :-
  • Timun-tak letak
  • taugeh-tak letak
  • telur rebus
  • cucur udang
  • tauhu goreng
  • limau kasturi
Resepi Cucur Udang Nanirostam

Bahan-bahan
  • 200 gram tepung gandum
  • 320ml air
  • 5 ekor udang besar (buang kulit dan potong kecil-kecil)
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 biji cili merah/hijau
  • 1 biji cili padi-tak letak
  • sedikit daun sup
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • secubit (sangat sedikit) soda bikarbonat/kalau tak mahu pun ok.

Cara menyediakannya
  1. Tuang air kedalam tepung sedikit demi sedikit agar bancuhan tidak berketul.
  2. Masukkan bawang, cili merah/padi, daun sup dan udang yang telah di hiris. 
  3. Masukkan soda, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Panaskan minyak agak banyak, masukkan bancuhan tadi dengan menggunakan sudu makan.
  5. Goreng hingga masak kekuningan

Isnin, April 25, 2011

Resepi Bihun Soto Sarnan

Kali ni buat soto ayam pakai rempah soto sarnan.  Didatangkan dari Batu Pahat.  Member blogger Che Armster yang tolong belikan.  Akak suruh dia cari rempah soto yang akak pernah beli kat Pasar Tani Tanglin, tak jumpa dia belikan ajer rempah soto yang ini.
Mak dia yang rekemenkan. Bila dah cuba..boleh tahan sedapnya.
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 4 dan toskan
Air 2-3 liter air
10 biji bawang merah-tumbuk
8 biji bawang putih-tumbuk
3cm halia -di tumbuk
2 batang serai-titik hujung

Bahan tumis
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 paket rempah soto Sarnan
akak tambah : 1 kuib ayam

Bahan-bahan sampingan
Bihun-rendam dalam air mendidih pastu jirus dengan air sejuk. Toskan.
Sambal kicap
Bawang goreng
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Daging ayam yang disiat2 halus
soo hoon-goreng dengan minyak panas..tak yah basuh tau..terus cebur ajer dalam minyak tu.
Sambal kicap (* Goreng cili api bersama 1 biji bawang putih (20 biji). Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi) 

Cara-cara
1. Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau bersama serai.
2.  Masukkan pula bahan kisar dan rempah soto dan biarkan sebentar sambil di kacau.
3.  Masukkan ayam dan air secukupnya dan rebus sehingga 10-20 minit,
4.  Perasakan dengan garam dan keluarkan ayam. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
5.  Goreng ayam sekejap dan biarkan sejuk.  (kalau tak nak pun tak per)
Siat-siat isi ayam dan ketepikan. 
6. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.
7. Hidangkan bersama bihun, pergedil daging, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.

Pegedil ayam
Bahan-bahan
100-200gm daging ayam kisar
3 biji ubi kentang-di potong 6
1 sudu makan bawang goreng
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
sedikit garam
1 biji putih telur-untuk salut kat pegedil
sedikit kiub ayam (pilihan)
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Rebus kentang yang telah di potong 6 dan toskan.
2. Isi ayam lepas tu goreng dengan sedikit minyak bersama-sama serbuk lada hitam, kiub ayam, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
3. Tumbuk ubi kentang hingga lumat dan masukkan ayam kisar, bawang goreng dan hirisan daun sup bawang dan campurkan semua sehingga sebati.
4. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
5. Pukul telur putih dan celupkan pegedil tadi dan goreng dengan api sederhana.

Isnin, Disember 20, 2010

Resepi Laksa

Kalau tak ada anak-anak ramai kat umah selalunya akak beli ajer laksa kat pasar malam kat umah akak. Beli 2 bungkus cukup. Dek kerana cuti sekolah beli rasa tak berbaloi kenalah buat sebab boleh makan berulang-ulang. Makan sampai esoknya pun boleh lagi.

Pernah dah tepek resepi ni. Tak kisahlah ..tepek lagi sekali.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus laksa (500gm)
  • 1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan
  • 2 biji bawang besar - dikupas
  • 6 biji bawang kecil
  • 5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
  • 3 batang bunga kantan - dibelah dua
  • 2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
  • 2 keping asam gelugor
  • jus asam jawa-bergantung kepada tahap kemasaman yang diingin
  • sedikit belacan
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
Bahan untuk hiasan (patutnya ada tapi ada tak ada stok)
  • timun - dihiris halus
  • cili merah - dipotong
  • bawang besar - dipotong bulat-
  • daun salad - dipotong halus
  • bunga kantan-dihiris tipis
  • limau kasturi
  • daun selom
  • bawang besar di hiris memanjang
Cara memasak
1. Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2. Ikan kembung direbus dan dicampur dengan asam keping bersama sedikit air dan masukkan garam ke dalam air sehingga mendidih. Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar. 3. Bawang besar, cili giling , bawang kecil dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
5. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
6. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih. Masukkan air asam jawa secukupnya.
7. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi. 8. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.
9. Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Rabu, Julai 21, 2010

Penang Char Kuey Teow

 Dah lam tak buat penang char kuey teow ni...buat tahun lepas..teringin nak makan..kalau nak diikutkan memang malas sungguh nak kopek kerang tu..tapi kan bila dah teringin..semua boleh di atasi penyakit malas tu.

Resepi dari che'iza yang duk di utara..terima kasih no...dulu dia aktif berblog..skrg dah kurang sejak ada anak kecik.

Bahan-bahan
Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2  sudu kecil  garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sudu besar paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dalam 1/2 cwn.
  4. Bila air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan  kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 minit  jer, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi untnk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jadi 1sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lagi garam dan  gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar boleh adjust eh..

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...