OOO

Isnin, Mei 02, 2011

Resepi Ikan Masam Manis


Ikan bawal sekarang ni memang mahal berdentum terutamanya yang putih.  Kalau masak ikan bawal akak selalu masak camni.  Kalau guna ikan siakap pun boleh.

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan bawal
  • 3-4  sudu makan cili kisar (bergantung kepada kepedasan masing-masing)
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 1/2 inci halia
  • 6 sudu makan sos tomato 
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1/2 cawan air 
  • 1 biji tomato-belah 4
  • 1/2 cawan air nenas dalam tin (ayam brand)kalau nak lebih kuah boleh tambah
  • nanas dalam tin (akak ambil dalam 7 ketul aje.
  • 1 biji bawang besar (di hiris halus)
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak yang banyak
  • tepung jagung-salut kat ikan
Cara-cara
1. Bersihkan ikan bawal dan toskan.
2. Toskan dan bubuh garam di semua bahagian ikan dan lumurkan dengan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh dalam kuali. Toskan.
3. Guna sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah di tumbuk bersama-sama hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan pula air dan air nanas dalam tin.
6. Masukkan juga cili sos, tomato sos, nanas  dan  sedikit gula.
7. Biarkan kuah pekat baru masukkan tomato dan bawang besar.
8. Rasa dah okey curahkan keatas ikan.  Sedap di makan panas-panas

p/s Masak masam-masam manis ni bergantung kepada tekak sendiri sebenarnya...yang akak buat ni sesuai dengan tekak akak..sedap dimakan panas-panas............selamat mencuba..
 

8 ulasan:

  1. Salam....sedapnya. lama x makan.

    BalasPadam
  2. sedapnye kak, dah la sy tgh lapar ni

    BalasPadam
  3. wahhh, ni my feveret gk ni kak ina..blk kg, mst umi slalu masak..sweet sour!

    BalasPadam
  4. me singgah BW sbb gumbira dh dapat streamyx ni hehe ;)

    wah, blog akak dh lawa!!! i like!!!

    BalasPadam
  5. hmm, ikan bawal mmg dh mahal

    BalasPadam
  6. hmmmm sedap kak.. ikan tu kalau steam pun boleh kan kak...

    BalasPadam
  7. nak pinjam resepi yer kak...nak try masak kat umah...

    BalasPadam
  8. ni mesti spesial sebab ada lada hitam..yum yum

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers