OOO

Rabu, Mei 18, 2011

Sosej Roll Cheese

 Dulu dah pernah dah buat resepi ni..sesuai nak buat sarapan pagi ataupun minum petang.
 Bahan-bahan
  • 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
  • 8 sosej ayam @ daging
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • sedikit serbuk lada sulah- tak letak
  • breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya-akak gunakan warna oren
  • minyak untuk menggoreng
  • akak tambah .. slice cheese 
  • sedikit  tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. 
Cara-cara
  1. Gelek roti hingga nipis/leper.
  2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-(akak gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan  kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
  3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak  kemas
  4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
  5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah  dicelup dengan telur kedalam breadcrumb.
  6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
  7. Dah siap..enak dimakan  bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer..

17 ulasan:

  1. untie mane nk beli breadcrumb?

    BalasPadam
  2. breadcrumb x de la kak ina. yg lenlain bahan dh ade...

    BalasPadam
  3. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh sgt suke ini menu

    BalasPadam
  4. Kak Ina, takde breadcrumb pun boleh kan? salut je dgn telor tu....tp lg sedap ada breadcrumb....
    Kat sabah ni roti gardenia keras...

    BalasPadam
  5. Salam kak ina....mcm senang je nak wat...boleh cube ni pasti hero saye suke nih....

    BalasPadam
  6. wah sodapnyer...nak try la nanti

    BalasPadam
  7. kak ina mmg sedap..deqlis kekadang letak mozarella cheese..(ikut mana ada) hehe..

    breadcrumbs tue leh beli kat carrefour.. tak silap 1 plastik RM1.50 jer..bhgn jual roti2x tue..

    BalasPadam
  8. akak selalu buat gini bila dah taktau nak buat sarapan apa...kekadang letak inti sardin sedap....

    BalasPadam
  9. Sedap gak letak breadcrumb. Selalu goreng sosej pesen ni plain aja.

    BalasPadam
  10. memang sedap benda alah ni, anak lelaki memang suka sangat

    BalasPadam
  11. takde entri baru ke? kak Ina sihat??

    jom baca http://ellismelia.blogspot.com/2011/05/first-time-beli-mydealcommy.html

    BalasPadam
  12. Salam.. Apa khabar Kak Ina? Lepas ni boleh cuba resepi ni..

    BalasPadam
  13. macam sedap giler..nak wat jugak nanti..biase wat sardin roll

    BalasPadam
  14. maaf yer lama baru nak balas..tanpa nama..kat kedai bakeri ada..tak pun boleh buat sendiri tapi jadi yang putih ajerlah

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers