Restoren Al Amin Food Corner terletak di belakang Shell di Greenwood, Gombak. Jika tak jumpa boleh bertanya dengan pekerja di stesyen minyak tersebut.
Terdapat 2 pilihan tempat duduk, akak duk di kawasan berhawa dingin sebab cuaca panas di luar. Bila masuk ke dalam kita akan disambut oleh pelayan dengan senyuman dan selepas di persilakan duduk, pelayan akan segera menghulurkan menu.
Yang buat akak puas hati ialah servis yang cepat sungguh, tak payah menunggu lama macam buah tak gugur. Tak sampai 5 minit makanan yang di pesan akan sampai.
Bila di layan secara begitu, mana-mana kedai yang menjual makanan yang dapat memuaskan hati pelanggan bila di layan sebegitu tentu kita berpuas hati dan akan datang lagi.
Kat sini ada makanan stail arab, jika kita datang bersama kaum keluarga rasanya baik ambil yang set sebab lagi murah harganya.
Ada juga makanan tempatan seperti nasi kerabu dan nasi ayam
Dii sediakan juga sup yang sedap stail tempatan(elok gak ada sebab akak ni tak ada kuah tak bolehlah)dan sos tomato yang menggunakan tomato segar yang di lecek bersama bahan lain.
Berbagai-bagai jenis minuman yang di sediakan dan harga yang di tawarkan agak murah dan termampu oleh semua orang.
Beras yang digunakan memang beras basmathi (jenama Jasmin) dan sebab itu nasi mandi begitu istimewa. Jadi berbaloilah makan kat sini . Akak pernah makan nasi mahal tapi beras yang di gunakan mereka gunakan beras biasa, tak berbaloi rasanya dengan harga yang di tawarkan.
Yang bagusnya di sediakan surau buat orang islam jika henda bersolat.
Rasanya harga yang di tawarkan memang berbaloi dan rasanya makanan arabnya yang boleh di katakan sama dengan mana-mana kedai nasi arab popular yang akak makan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor walaupun pekerja dan tukang masak adalah orang tempatan.
Kalau waktu malam bolehlah duduk di luar bersama keluarga ataupun rakan-rakan sambil menikmati makanan yang di sediakan.
Jika anda lalu berhampiran kawasan greenwood boleh singgah makan di kedai Al Amin Corner terutama jika baru pulang dari perjalanan yang jauh di timur dan utara sebab kedai ini terletak berhampiran Lebuhraya Karak. Insyallah anda akan berpuas hati jika makan di sini.
Alamat :
No 15, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Tel: 019-321 1911
Di buka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga ke 10.30 malam.
sedapnya!
BalasPadamboleh try ni
BalasPadamyepp..jrg restoran tandas bersih kat msia ni..
bagus...bersih je tandasnya
BalasPadamA MUST TRY! Rugi x cuba, memang sedapp..!
BalasPadamPd pendapat sy ns arab kt sini kuramg sdap berbanding al-rawsha dan saba'. Ns arab x brape arablah..rasa melayu hehe
BalasPadamsaya pernah makan. lebih sedap di taj taman melati / bookerz iium
BalasPadamsaya rasa makanan di sini kurang sedap.lebih terasa aroma dan kesedapan nasi arab d taj t.melati or saba setiawangsa.terbaik
BalasPadamLokasi terbaru Restoran Nasi Arab AFC berada di susur simpang keluar Duta Ulu Kelang ( DUKE ) di Pusat Perdagangan Selaseh 2 , Fasa 2.: Terletak berhampiran Surau Darul Muhajirin. Lokasi terletak di bangunan lama 2 tingkat di Alamat No. 6 Jalan Selaseh 18, Taman Selaseh Fasa 2 . Sekiranya ternampak 99 speedmart di situ pandang ke arah lorong belakang akan nampak bangunan lama 2 tingkat . Restoran Nasi Arab berada bersebelahan kedai runcit. Itu adalah lokasi terbaru nasi arab AFC. untuk sebarang tempahan meja, tempahan bungkus dan lain-lain maklumat lanjut boleh hubungi. no telefon 011-63327027 AFC atau 0193211911 Pn. Hasnah.
BalasPadamWaktu operasi nasi arab AFC baru. Isnin- khamis 12tengahari-7malam sahaja. Jumaat dan Sabtu 12 tengahari-9malam sahaja. Waktu solat jumaat tutup sementara,buka semula seperti biasa selepas solat.setiap Ahad tutup cuti mingguan AFC. Call 011-63327027 AFC @ 019-3211911 Pn.Hasnah.
BalasPadam