lazada

Lazada Malaysia

Jumaat, Jun 24, 2011

Beza anak lelaki dan anak perempuan

Akak nak cerita tentang pelajaran anak akak, mungkin orang lain ada pengalaman masig-masing.

Hari ni kena gi ambil report card kedua-dua anak akak. Seorang kat Gombak dan seorang lagi kat Rawang. Kena keluar awal, nasib baik akak orang pertama yang sampai kat kelas Imran di tingkat 4.

Fuhh semput gak nak naik tangga setinggi tu. Bayangkan anak-anak yang membawa beg seberat 4-5 kilo yang naik tangga setiap hari.

Kata cikgu Imran...

Imran ni belajar main-main..tak serius..dia ingat dia masih lagi di tahap satu.
Tangan akak pun berjalan jadi ketam..akak cubit peha dia..

Imran ni banyak mulut...suka bercakap (erhmm mcm mak dia ek)
Lagi sekali ketam berjalan..

Imran bila ada geng suka main-main..
Lagi sekali kena cubit...Imran dah berbunyi..mak sakitlah

Pelajaran agama dan akademik seimbang. Tapi kena lebih berusaha.
Alhamdulliah...nasib baik subek tak ada yang merah.

Kecian gak sebab subjek agama dan akademik ada 23 yang perlu dia ingat...
tauhid, feqah, sirah, akhlak, bahasa arab, jawi, al quran , imlak..

Tak per cikgu, cikgu pukul dia dan cili mulut dia. Saya tak marah. (Dalam hati dah berkata..nak kena dia ni)

Mulut akak pot pet pot pet kat Imran bagi nasihat..camtu ....camni. Lebih kurang macam abang-abang dia masa sekolah rendah. Bila dah sekolah menengah baru sedar.

Rempit pulak ke sekolah Ira dekat Rawang..

Wah bila tenguk result, sejuk sikit hati. Tapi bila tenguk kedudukan dalam kelas memanglah banyak tapi akak tak kisah. Akak lebih pentingkan gred yang dia dapat dan dah tentulah subjek kegemaran beliau Math, dia dapat A.

Bangga gak bila cikgu puji dia. Macam biasa Ira ni kalau subjek Arab dan Al Quran memang dapat A. Lehlah jadi ustazah. (Mak dia yang berangan lebih)

Cikgu kata : Insyallah kak, Ira boleh berjaya. Dia pun dah berusaha. Dia memang rajin ulangkaji. (fuh..lega) Tapi risau gak sebab tak lama lagi percubaan PMR.

Alhamdulliah...jika anak dah berusaha tapi tak dapat score kita nak marah lagi ker? Takut lak kalau marah-marah nanti dia tension.

Memang camtulah perbezaan anak lelaki dan perempuan akak. Kalau sape yang dapat anak lelaki suka baca buku dan pandai, memang sejuk perut ibu mengandung.

Ibubapa mana yang tak nak semua anak berjaya dalam pelajaran. Akak cuma doakan semuga anak-anak akak berjaya di dunia dan akhirat. Jangan buat perangai tak senonoh udahlah.

21 ulasan:

  1. Amin

    anak lelaki mmg nakal sikit kot

    sejuk perut ibu anak2 berjaya

    wah akak rempit,hehe

    BalasPadam
  2. awat skolah jauh2 kak?

    waaah akak ketam berjalan ye. dulu ngn mak pun slalu kene cam tu. hehehe

    BalasPadam
  3. Anak lelaki selalu happening..ahahaha.. bikin pening tetapi sangat protective terutama untuk mak dia.. :D

    BalasPadam
  4. ank pompuan lbh rajin, ank lelaki ni kurang rajin sikit..hehehe
    tapi kannn x leh nk kata juga sbb budak lelaki ni bila makin besar derang akan jd lbh rajin, dh ada kesedaran sendiri

    BalasPadam
  5. slm kak ina..cyggg..lama x singgah ke cni.

    Suka topik ni..mmg susah sikit nk ajar anak lelaki suh belajar..kdg2 tu mmg pening pala..cuma anak lelaki ni wpon dia malas tp dari segi kerja org lelaki lebih kreatif dari pompuan..tp kene sabo la..ari2 kene beri nasihat..

    BalasPadam
  6. Ina..akak tak tau anak perempuan macam mana..sebab tak de anak pompuan..

    BalasPadam
  7. nanti akan tiba masanya saya duduk di tempat akak pulak.....

    BalasPadam
  8. adik sy skg malas belajar..sy yg susah hati T_T

    BalasPadam
  9. hihi...kak, memang berbeza...tapi apa pun doakan supaya berjaya

    BalasPadam
  10. teringat dulu time zamal sekolah abah datang amik report card. slalunye abah sorang je datang. mak keje jauh. abah je keje dekat ngan umah :)

    BalasPadam
  11. - betul lah...lain2 pening nyer kan kan...

    BalasPadam
  12. Tiba-tiba teringat zaman-zaman sekolah dulu, abah dan mama selalu datang sekolah bila ada perjumpaan.

    BalasPadam
  13. Doa ibu berkat...teruskan berdoa agar anak-anak berjaya.

    BalasPadam
  14. yela kak memang ada perbezaan anak lelaki dan perempuan.....anak lelaki bila dah besar sikit baru nak sedar hmmm....semalam saya pun gi ambik report card kakak Alia.....abang Amin n Kak Aina minggu depan lak hmmm...taktau camner lak....
    Kak Alia ok la tapi masih kena perbaiki lagi...peratusan tak tinggi sangat tapi kedudukan dalam kelas ok lah.....

    BalasPadam
  15. teringat zaman dulu dulu k.ina.. sedey bila sloalu dapat no last.. huhuhu...

    BalasPadam
  16. fuuuhhh... 7,8 tahun lagi giliran kid pulak dengan ilham.. hehhhe
    Fabulous Friday #2 | ShaKiddo

    BalasPadam
  17. hurmm.... si IRA ada harapan nak jadi USTAZAH PILIHAN nie...

    BalasPadam
  18. kak,
    adik laki saya.. masa sek rendah suka ngelat, selalu dpt nombor corot., sekali saya 'basuh'.. upsr dpt 4A, pastu pmr pun okay, result SPm pun cemerlang.. la ni ade kat matrik, 1st intake..

    adik pepuan, baru form 2, dah mcm2 hal.. ponteng sek, suka lepak kat shopping komplek.. fenin fenin... dah 'basuh' byk kali pun, mcm tak berkesan... antor kem motivasi MAP pun macam tak 'jalan' jugak...


    anak sendiri, kecik lagi... belum nampak 'belang' nya lagi..

    BalasPadam
  19. eina x dapat beza lagi ank laki ngan pompuan sbb semua ank laki..uwaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  20. kak ina,

    betul tuh...sama macam anak2 Ina jugak...yg lelaki n perempuan mmg berbeza..kecenderungan masing2 pun x sama

    BalasPadam
  21. Mcm kakinakl bgtahu diatas tadi. Kalau didikan betul pada anak lelaki, insya Allah bila dah menengah baru timbul kesedaran pada anak lelaki.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers