OOO

Memaparkan catatan dengan label kisah anak akak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah anak akak. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 24, 2011

Beza anak lelaki dan anak perempuan

Akak nak cerita tentang pelajaran anak akak, mungkin orang lain ada pengalaman masig-masing.

Hari ni kena gi ambil report card kedua-dua anak akak. Seorang kat Gombak dan seorang lagi kat Rawang. Kena keluar awal, nasib baik akak orang pertama yang sampai kat kelas Imran di tingkat 4.

Fuhh semput gak nak naik tangga setinggi tu. Bayangkan anak-anak yang membawa beg seberat 4-5 kilo yang naik tangga setiap hari.

Kata cikgu Imran...

Imran ni belajar main-main..tak serius..dia ingat dia masih lagi di tahap satu.
Tangan akak pun berjalan jadi ketam..akak cubit peha dia..

Imran ni banyak mulut...suka bercakap (erhmm mcm mak dia ek)
Lagi sekali ketam berjalan..

Imran bila ada geng suka main-main..
Lagi sekali kena cubit...Imran dah berbunyi..mak sakitlah

Pelajaran agama dan akademik seimbang. Tapi kena lebih berusaha.
Alhamdulliah...nasib baik subek tak ada yang merah.

Kecian gak sebab subjek agama dan akademik ada 23 yang perlu dia ingat...
tauhid, feqah, sirah, akhlak, bahasa arab, jawi, al quran , imlak..

Tak per cikgu, cikgu pukul dia dan cili mulut dia. Saya tak marah. (Dalam hati dah berkata..nak kena dia ni)

Mulut akak pot pet pot pet kat Imran bagi nasihat..camtu ....camni. Lebih kurang macam abang-abang dia masa sekolah rendah. Bila dah sekolah menengah baru sedar.

Rempit pulak ke sekolah Ira dekat Rawang..

Wah bila tenguk result, sejuk sikit hati. Tapi bila tenguk kedudukan dalam kelas memanglah banyak tapi akak tak kisah. Akak lebih pentingkan gred yang dia dapat dan dah tentulah subjek kegemaran beliau Math, dia dapat A.

Bangga gak bila cikgu puji dia. Macam biasa Ira ni kalau subjek Arab dan Al Quran memang dapat A. Lehlah jadi ustazah. (Mak dia yang berangan lebih)

Cikgu kata : Insyallah kak, Ira boleh berjaya. Dia pun dah berusaha. Dia memang rajin ulangkaji. (fuh..lega) Tapi risau gak sebab tak lama lagi percubaan PMR.

Alhamdulliah...jika anak dah berusaha tapi tak dapat score kita nak marah lagi ker? Takut lak kalau marah-marah nanti dia tension.

Memang camtulah perbezaan anak lelaki dan perempuan akak. Kalau sape yang dapat anak lelaki suka baca buku dan pandai, memang sejuk perut ibu mengandung.

Ibubapa mana yang tak nak semua anak berjaya dalam pelajaran. Akak cuma doakan semuga anak-anak akak berjaya di dunia dan akhirat. Jangan buat perangai tak senonoh udahlah.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...