OOO

Jumaat, Jun 17, 2011

Kek Coklat Kukus

Cuti sekolah anak-anak ashik sebut..mak nak makan apa..laparlah. Kebetulan coklat yang akak beli dah lama tersimpan. Demi memenuhkan perut anak-anak akak pun buatlah kek coklat ni. Walaupun rupa buruk sebab masa letak kertas minyak tak betul, janji habis di makan udahlah kan.

Oleh sebab akak guna coklat converter gred A, akak cairkan coklat dengan mentega ajer.

Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan susu segar suam
  • 3/4 serbuk koko
  • 1 1/4 tepung gandum
Coklat Ganache
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara
  1. Gris loyang dengan butter dan tepung.
  2. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  3. Pukul mentega bersama gula castor dan gula perang hingga kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang dan gebu.
  6. Masuk tepung yang telah di ayak dengan serbuk koko.Kaup balikkan biar sebati.
  7. Masukkan dalam loyang, tutup dengan alumanium foil dan kukus sehingga 1 1/2 jam.
  8. Biarkan sejuk dahulu sebelum di hiaskan.

Untuk membuat choc ganache
  1. Dadukan coklat masakan kecil-kecil.
  2. Masak secara double boiled sehingga coklat cair.
  3. Padamkan api dan masukkan mentega sehingga cair dan kacau sebati.
  4. Tuangkan keatas kek yang telah disejukkan.
  5. Hiaskan ikut selera sendiri.

10 ulasan:

  1. anak2 akak yg lelaki kalo cari isteri, kena cari yg pandai masak jugak.. kalau tak, mmg takleh duk jauh2 ngan akak... hehehehe

    BalasPadam
  2. - wallahhh...sedap nyer...
    - kalo anak2 makan abis...suke ati tgk kan...

    BalasPadam
  3. Alamak..terliur pulak! dah lama x masak kek kukus. esok nk buat la! hehehe

    BalasPadam
  4. -eh, sama lak nama ngan AI ^___^

    BalasPadam
  5. uishh...lama dah tak buat kek coklat kukus nie.....
    he he he, gamaknya hujung minggu nie kena buat gark ler coz' terliur tengok kek coklat kukus kak ina nie..

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum k.Ina,baru berkesempatan jln2 rumah k.Ina.nengok coklat kek tu sedapnya....kesukaan anak2..
    best k.Ina jln2 UK....jauh perjalanan.jln ke Leeds..nostalgia tu. teringat masa dok sana dulu.
    Mailah jln Mesir pula....

    BalasPadam
  7. ingtkan bakar je.. kukus pun boleh

    BalasPadam
  8. sy paling suka kek ni lahh....kekadang suka merasa orang punya kek..nak rasa sama tak ngan kita wat hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...