NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Khamis, Jun 23, 2011

Resepi Ikan Keli Berlada

Tangkap ikan kat kolam Pak Andak
Ikan di tangkap di masuk ke dalam kolah
Ikan keli berlado kegemaran anak-anak
Kalau nak tau rasanya cubalah

Ikan yang paling murah di pasaran setakat ni. Tapi kalau nak beli kena beli tempat yang di percayai dan tidak banyak lemak. Kalau banyak lemak di goreng meletup-letup sampai terpercik minyak kat lantai dan dinding.

Bahan-bahan
1 kilo ikan keli
20 biji cili hidup#
5-10 cili api#
8 biji bawang kecil *
6 biji bawang putih *
1/2 biji bawang besar *
3 biji limau kasturi - ambil jus
garam dan gula
minyak
kisar atau tumbuk bahan bertanda * dan # berasingan

Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis/limau kasturi dan daun limau purut/asam jawa untuk hilangkan hanyir
  • Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan(klu tak nak meletup campakkan 2-3 asam keping sebelum masuk ikan)
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah bawang kisar dan naik bau baru masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili tadi masak/naik minyak.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Biarkan sehingga agak kering dengan api perlahan.
  • Padam api dan masukkan jus limau kasturi (ikut kemasaman yang di ingini) dan kacau.
  • Tuang di atas ikan keli tadi. Cepat makan dengan nasi panas.

12 ulasan:

  1. kak ina...mas suka keli..
    sedappnya tengok..
    tumpang dinner sini la..
    ajak la mas..he..he..

    BalasPadam
  2. ikan keli memang sedap,.. peberet gak.. :)
    Amaran kepada NUFFNANG!!!

    BalasPadam
  3. kak,saya biasa jugak masak ikan keli berlada ni,tapi yang saya tak pernah masukkan ialah jus limau kasturi...yang ni ganti asam kepingkan..

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum K.Ina

    betul tu ikan keli yg besar byk lemak..mengoreng letup2 minyaknya.kat sini ada juga org jual ikan keli tp besar2.....takut pulak nak beli

    BalasPadam
  5. me sgt suka mkn tapi tak reti nak buat...takut nak goreng ikan keli tu

    BalasPadam
  6. bestnya...ikan keli berlado nih...kalau takde selera saya pun selalu buat nih kak....makan dengan nasik panas...mak mertua lalu pun tak sedar hehehe....

    BalasPadam
  7. makanan fevret mira ni kak! :D

    BalasPadam
  8. ikan keli memang suka makan.. aha dah tahu nak hilangkan bau hanyir... senang dah lepas nih.. biasa main basuh jer... lepas tuh lendir tuh sisik pakai pisau... pastu goreng gitu jer... haha. sorilah kak ina.. orang bujang... huhu

    BalasPadam
  9. hmm..nak cuba lah.. tetiba teringin nak makan ikan keli berlada nih.. biasa makan di kedai je di semennjg..tp di sarawak nih, xdek jual..so kena buat sendri la.. lagi pulak tgh ngandung ni.. harap2 menjadi la buat nih.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...