OOO

Sabtu, Jun 25, 2011

Resepi Puding Roti

Hari yang sibuk..dari pagi akak sibuk bersilat kat dapur sebab menyiapkan 2 jenis puding yang di order oleh Eyriqazz untuk majlis harijadi anak beliau Allisya dan masak nasi lemak untuk keluarga.
Akak buat puding roti, Ira buat puding caramel. Dah pernah buat puding ni. Sedap tau. Resepi asal dari Hana.


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)-akak guna coklat emulco
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat-cepat.
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding@agar-agar nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

11 ulasan:

  1. wahhhh sedapnya kak...makan time bersantai kt depan tv ni best hehe sejuk je tekak...

    BalasPadam
  2. yummy

    ooo,b'day allisya :)

    *terima ksh kak,mmg berbaloi tgu 2jam suami ok..Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. siyes sgt sedap :) i bantai mkn berapa ketul ntah heheh maunya naik beberapa kilo sbb mkn2 kat umah eyriqazz tu :)

    BalasPadam
  4. kak, saya amik resepi ni ek..nak cuba..kalau saya RAJIN...hehe..sebab suka ngn puding roti

    BalasPadam
  5. Kak.... Ina mohon share resepi ek.... dah try... mmg sedap.... tp mmg betul kena buat layer cepat sbb dia cepat beku :)

    BalasPadam
  6. ok Ina9779 terima kasih sudi cuba..

    BalasPadam
  7. terima kasih puan nak cuba untuk jamuan hari guru esok

    BalasPadam
  8. baik la akak nih..
    tak kedekut resepi..
    :)

    mmg dayah nak jadikan contoh..

    (hehe..dayah nak upgrade skill menulis blog)

    BalasPadam
  9. leh cuba ni..roti duk lam peti x abis2 tuh....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers