OOO

Khamis, Julai 21, 2011

Acar Ikan Kembung

Resepi ulangan sebenarnya. Ala biasalah kan tak kan nak masak resepi baru ajer, sekali sekala tekak nak makan ikut resepi yang lama. Akak ambil resepi dari umah chef ah mat gebu...chef fofular satu malaysia...terima kasih mat share resepi yang best ni..

Bahan-Bahannya :-)
2 ekor ikan bawal hitam (kurang lebih 500 g)akak gunakan 3 ekor ikan kembung
1 batang lobak merah, kupas, kerat dan potong mcm anak mancis
1 batang timun, kerat dan potong mcm anak mancis-akak tak letak sebab tak ada stok
2 biji cili merah, kerat, buang biji dan hiris-belah 2 malas punya pasal
8 biji bawang merah, belah dua
4 ulas bawang putih belah dua
1 inci halia muda, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 camca besar biji sawi
1 camca besar cili kisar
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit, tos dan tumbuk halus
1 camca besar rempah kari ikan
3 camca besar cider vinegar (guna cuka biasa pun ok)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara membuatnya :-)

  1. Siang ikan bawal, perap dengan garam dan lemon untuk 10 - 15 minit, cuci toskan dan kelar2 (mat kelar style "ketupat"), lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga bersama halia, belahan bawang putih dan merah hingga harum. Masukkan udang kering tumbuk dan juga cili kisar. Gaul rata.
  3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Bila mendidih, masukkan gula secukup rasa (selalunya acar memang manis sedikit), sedikit garam dan cider vinegar. Masak hingga pekat dan terbit minyak.
  4. Masukkan hirisan lobak merah, timun dan juga cili, gaul rata dan masukkan ikan bawal goreng. Gaul perlahan bersama sayur hingga mesra. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas yang sesuai dan hidangkan bersama nasi hangat...

11 ulasan:

  1. Sedap ni kak acar ikan.... Tak yah lauk lain lagi dah....

    BalasPadam
  2. wahh kak ina..mcm janji jee, ni hari saya buat paprik udang resipi dari blog akak...ehem ehem...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    eh eh
    buat makan malam ni sodappppp

    Wassalam

    BalasPadam
  4. acar ikan kmbung? xnah makan lg ni kak ina..

    BalasPadam
  5. baru dengar acar ikan kembung.. hehhhee

    BalasPadam
  6. baru follow cni..best lah blog akak ni bila lepak sini rasa happening + hepy jew =D

    BalasPadam
  7. wah sedap ni leh cuba balik nanti....nyum2

    BalasPadam
  8. nampak sedap sangat...boleh try ni..

    BalasPadam
  9. acar ikan?? huh.. tak pernah lagi makan ni.. sedap ke?

    BalasPadam
  10. nampak sedap aje acar ikan kembung ni...nak cuba nantilah...

    BalasPadam
  11. kita pon x pnah try... besh neh nmpknyer...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers