OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak ikan bakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak ikan bakar. Papar semua catatan

Selasa, April 10, 2012

Ikan Keli Bakar Atas Kuali

Korang jangan kata N3 pasal kemutan tu lucah ek..akak malu gak nak taip tapi bila fikirkan apalah salahnya kita sebagai wanita berkongsi info sebegitu kan.  Maaflah jika ada yang rasa geli geleman dan menyampah baca N3 alat kemutan tu yer
Balik dari berspa hari selasa lepas, perut dah rasa lapar.  Al maklumlah dah nak dekat pukul 3.00 lebih.  Akak singgah makan ikan bakar kat Jalan Bellamy tapi kedai kegemaran akak dah tutup dah sebab ikan bakar dah habis.  

Terpaksalah makan kat kedai yang lain, akak ambik ikan keli bakar seekor, nasi, sedikit  kuah masak lemak pisang dan kerabu kacang botol bersama air kopi.  Bila bayar kena dalam RM10.00..waduh boleh tahan gak kalau makan kat luar ni sekali sekala.  Rasanya ikan keli bakar tu dalam RM5.00-RM6.00 kot.

Sebab tak puas makan tadi akak buat ikan bakar versi akak.  Bagi akak dan anak-anak rasa sedap tapi tak taulah tekak orang lain.

Bahan-bahan utama
8 ekor ikan keli
Bahan-bahan lain
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 helai daun kunyit*
  • 2- 3 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan  gula castor, jus asam jawa dan garam.

4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.

6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
7. Lumurkan sambal ke atas ikan.
 Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi.

p/s kalau nak tenguk gambar bolehlah kat IKAN BAKAR KAK INA
 

Rabu, November 30, 2011

Tekak Nak Makan Ikan Bakar

Tak di nafikan bakar ikan guna arang memang sedap...tapi berkecah dapur dibuatnya..dek sebab teringin nak makan kenalah merajinkan diri. 
Bahan-bahan utama
  • 1kg ikan kembung
  • se keping ikan pari di potong 3
Bahan-bahan lain
  • 2 senduk cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3-4 sudu makan gula castor (ikut rasa tekak masing-masing)
  • garam secukupnya
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • minyak dan daun pisang
  • sedikit perisa masakan
 
 tempat pembakaran dah berlubang terpaksa guna alternatif..
guna pasu bunga yang lebar pastu guna jaring oven punya...kreatif tak?
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak bahan kisar dan masukkan pulak cili kisar hingga terbit minyak.
2. Kacau sehingga rata dan masukkan perisa makanan, gula dan garam. Rasa cukup asam garam terus tutup api pastu perah asam limau.
3. Masukkan dalam periuk biarkan sejuk.
4. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
5. Biarkan sebentar  baru di cuci bersih dan toskan.
6. Perap ikan bersama bahan kisar dalam 1/2 jam baru di bakar ..masa ni bolehlah hidupkan arang.
7. Letak daun pisang pastu buh sambal, bila dah masak sebelum balikkan letak lagi sambal di bawah daun pisang sehingga ikan masak.  Ulangi sampai habis
makan dengan kicap campur  bawang merah dan cili merah di potong dadu , cili api  dihiris dan di perah dengan jus limau kasturi..makan pula dengan nasi panas..fuhhhh 
dah alang kepalang salai sekali ikan keli ..senang nak masak lemak..lepas habis pembakaran pasu bunga pun retak...alahai kena cari pembakar yang baru lepas ni.

Isnin, November 21, 2011

Kita Bakooo

Bakar ikan talapia kat Felda Pasoh rumah adik ipar sebelum pulang semula ke KL masa hari raya haji dulu.  Dorang gi beli kat orang yang ada ternak dan jual ikan ni kat situ.   Segar dari kolam mestilah tak sabar nak merasanya.
Kanak-kanak riang...habis di kerjakan kereta sorong pak uteh dia...
Masing-masing tengah sabar menanti ikan masak..
 Imran sibuklah nak hidupkan bara api dengan pinggan...dah lapar agaknya
Ikan talapia ni besar sungguh...seram gak tenguk masa ikan ni berenang dalam kolam..dah macam rupa ikan kaloi..kelakar tenguk muka anak buah akak ni...
ikan besar dah masakkkk
seram gak nak jamah ikan sebesar ini..akak makan ikan yang kecik ajer
dah habis first round..kena tunggu second round...tuan rumah tengah 
memantau ikan yang sedang di bakar.
Bakar kertas/buku sekolah agama  Ira dan Imran kat umah...habis bersepah habuk bila di tiup angin...bakar dalam pasu ajer sebab akak duk kat tingkat 2...malas nak turun bakar kat bawah

Khamis, Julai 21, 2011

Acar Ikan Kembung

Resepi ulangan sebenarnya. Ala biasalah kan tak kan nak masak resepi baru ajer, sekali sekala tekak nak makan ikut resepi yang lama. Akak ambil resepi dari umah chef ah mat gebu...chef fofular satu malaysia...terima kasih mat share resepi yang best ni..

Bahan-Bahannya :-)
2 ekor ikan bawal hitam (kurang lebih 500 g)akak gunakan 3 ekor ikan kembung
1 batang lobak merah, kupas, kerat dan potong mcm anak mancis
1 batang timun, kerat dan potong mcm anak mancis-akak tak letak sebab tak ada stok
2 biji cili merah, kerat, buang biji dan hiris-belah 2 malas punya pasal
8 biji bawang merah, belah dua
4 ulas bawang putih belah dua
1 inci halia muda, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 camca besar biji sawi
1 camca besar cili kisar
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit, tos dan tumbuk halus
1 camca besar rempah kari ikan
3 camca besar cider vinegar (guna cuka biasa pun ok)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara membuatnya :-)

  1. Siang ikan bawal, perap dengan garam dan lemon untuk 10 - 15 minit, cuci toskan dan kelar2 (mat kelar style "ketupat"), lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga bersama halia, belahan bawang putih dan merah hingga harum. Masukkan udang kering tumbuk dan juga cili kisar. Gaul rata.
  3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Bila mendidih, masukkan gula secukup rasa (selalunya acar memang manis sedikit), sedikit garam dan cider vinegar. Masak hingga pekat dan terbit minyak.
  4. Masukkan hirisan lobak merah, timun dan juga cili, gaul rata dan masukkan ikan bawal goreng. Gaul perlahan bersama sayur hingga mesra. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas yang sesuai dan hidangkan bersama nasi hangat...

Jumaat, September 11, 2009

Resepi Ikan Bakar Ala Portugis

Dah lama tak masak ikan panggang/bakar portugis ni...teringat nak buat balik...tak yah gi portugis pun dapat makan masakan dia..jomlah kita bakar membakar..akak bakar masuk dalam oven aje kali ni...


Bahan utama
  • 1 ekor ikan terubuk-di belah 2
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus-tak buat..anak-anak tak suka
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula-akak bubuh gula melaka
  • 1 1/2 camca teh garam
  • Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-akak tambah 2 batang
  • 1 keping hirisan lengkuas-akak tak bubuh
  • 1 helai daun kunyit-akak tambah
UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan Minyak Bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk
  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
Akak suka tutup dengan daun kunyit sebelum dibalut dgn aluminum foil...
 
Cara-caranya
  1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  2. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Sejukkan.
  • Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan-bahan dan minyak bawang putih. 
  • Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak. Akak gunakan suhu 180-200 F dalam 45-1 jam.....
  • tenguk besar atau kecik ikan jugak...ikan terubuk ni besar...terpaksa bakar lama sikit....guna api atas bawah...
  • bila nak dekat masak akak guna api atas aje..akak bukak aluminum foil tu pasal nak bagi garing sedikit.

Selasa, Februari 24, 2009

Ikan Bakar Kak Ina

Kali akak buat ikan bakar stail akak sendiri....memang akak suka tukar-tukar resepi...kadang-kadang akak tambah buah nenas masaklah..tomato ..nak rasa kelainan...oleh sebab ikan terubuk banyak tulang.....akak dan suami punya.......terpaksalah buat ikan cencaru untuk anak-anak yang tak suka ikan banyak tulang ni...

Bahan-bahan utama

  • 1 ekor ikan terubuk di belah 2
  • 4 ekor ikan cencaru
Bahan-bahan lain
  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus.
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.

4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.

6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.

7. Lumurkan sambal ke atas ikan.

8. Tutup dengan daun pisang. Cucuk hujung daun pisang dengan pencungkil gigi.

Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...