OOO

Jumaat, Julai 01, 2011

Akhirnya Sampai Gak Ke London

Selasa 17hb. Mei 2011
Kami berdua naik bas dari Sunderland menaiki bas terawal National Express Coach pukul 6.45 pagi sebab nak sampai cepat ke London. Puas gak nak kejutkan member anak bangun tidur pepagi ni. Terima kasih Badri kerana sudi hantar auntie ke stesyen bas.

Masa pergi dulu dari London ke sini tambang kena dalam beratus-ratus ringgit, alhamdulliah masa balik ni tambang baru seratus lebih. Kat UK lagi bagus kalau beli tiket bus, keretapi atau kapal terbang lebih awal dari tarikh perjalanan. Lagi lama nak pergi lagi murah harga tiket, macam gak Air Asia. Selain dari National Express Coach ada lagi bus coach yang lain, tapi jenama bas ni yang paling banyak akak jumpa di UK.
Setelah 3 jam perjalanan driver bus berhenti rehat di mana entah, akak tak perasan, dah lupa. Kami berdua makan nasi goreng dan minum air kopi yang akak sediakan dari rumah anak. Dah tau dah, memang susah nak cara makanan halal di tempat rehat camni.
Alhamdulliah sampai ke London Victora Coach Station dalam pukul 2.00 lebih, lambat sikit ajer di sebabkan trafik jem kat bandar London, ala samalah macam kat Kuala Lumpur gak.

Akak bawa 2 beg, satu beg tarik dan satu lagi beg jinjing (isi pinggan mangkuk) dan suami bawak 1 back pack besar dan 1 beg besar beroda dah tentulah ada pekerja yang nak tolong bawa beg kami tu. Kami tak rela sebab mereka letakkan harga tinggi, tak berbaloi rasanya.

Kami terpinga-pinga nak pergi ke Victora Station sebab nak gi ke hotel. Nasib baik orang kat sini baik hati dan sudi bagi panduan bagaimana nak ke situ. Kat UK orang kata memang kena tanya, sebab kalau malu bertanya sesat jalan.

Masa kat London Victora Coach Station,akak sajer tanya harga Oyster card sebab orang kata kalau ada kad tu senang nak gi ke mana-mana naik tube ataupun bus dan dapat diskaun pulak tu. Pekerja di situ bagitau harga dia dalam 10 pound.

Lepas akak tanya balik harga tu sama tak dengan harga di stesyen tube dia terus terang bagitau dia ambil untung 5 pound. Nasib baiklah orang tu berterus terang..kalau idak jadi macam kes akak terkena macam masa akak baru sampai di Airport Heathrow masa beli sim card telefon.
pic ambil dari google (tak teringat nak ambil gambar)
Victora Station tak lah jauh mana pun dari London Victora Coach Station, yang buat terasa jauh sebab angkut beg berat. Dari luar memang tak perasan sebab tenguk macam bangunan biasa sahaja.

Bila masuk ke dalam, kami berdua blurrr tak tau mana nak tuju sebab besar sangat dan orang pun ramai sungguh. Kat sinilah tempat perhentian keretapi dan tube. Akak tunggu barang di satu tempat manakala suami pegi ke Information Centre.

Pekerja di situ tunjukkan kami kena naik tube nak Paddington. Bila tenguk map memang pening kepala di buatnya.

Shukie student di Newcastle dan Long Hafiz
Sebab susah nak faham, akak call Long Hafiz, pelajar Malaysia yang belajar di London. Kami dah pernah jumpa sekali masa gathering Geng Blogger di Putrajaya dan kebetulan satu kumpulan. Sebelum ke UK akak dah tanya macam-macam kat beliau, tanya nak duk hotel mana kat London, camner nak ke sini dan ke situ. Beliau dengan senang hati bagi panduan kat akak. Memang banyak jasa beliau ni.
Ada gak teman suami yang duk kat london tapi entah kenapa beliau macam keberatan nak tolong kami. Seorang lagi kawan blogger yang tolong bagi panduan kat akak ialah Ratna yang baru ikut suami bekerja di London.
Mula-mula call beliau tak angkat, akak dan suami nak redah ajer jika call lagi dia tak angkat. Alhamdulliah bila call kali ke 2, barulah Long Hafiz angkat dan beliau bagitau dia tunggu akak dan suami kat London Victora Coach Station. Laaa macamanalah boleh tak jumpa beliau kat situ tadi.

pic dari google..pun tak sempat ambil sebab bawa beg berat
Long Hafiz suruh akak tunggu kat information centre, tak sampai 10 minit dia pun sampai. Syukur alhamdulliah bila nampak muka beliau, hilang segala rasa panik. Beliau tunjukkan kat hb akak kat mana nak beli Oyster Card. Punyalah ramai orang beratur, kenalah akak dan Long Hafiz tunggu kat tepi bersama beg kami. Orang London ni marah tau kalau kita halang jalan mereka, sebab mereka nak cepat.
Kalau jejalan kat negara lain memang kalau terjumpa orang kita, mulut tu terasa nak tegur ajer. Nampak Shukie tengah call member dia, dah tentulah cakap Melayu. Akak pun pandang dia, Shukie pun tegur dan bersalam dengan akak. Kebetulan dia pun nak gi ke Paddington. Syukur alhamdulliah, bertambah lagi orang yang sudi membantu kami masa kat London.

Setelah selesai beli Oyster Card, kami ke tube, memang kesian dengan suami akak yang terpaksa turun naik tangga mengangkut 2 biji beg berat tu. Long Hafiz tolong bawa beg tarik akak. Naik tube tak sampai pun 20 minit, dah sampai di Paddington, nak cari hotel pun tak tau kat mana walaupun dah ada alamat.

Nasib baiklah dengan pertolongan 2 orang pelajar ni, mereka gunakan hp masing-masing mencari arah hotel kami. Kalau akak berdua mesti sibuk tanya orang.

Akhirnya selamat gak sampai ke White House Hotel (nama kat internet) tapi kat sini tulis Seymour Hotel. Sekarang ni dah senang, kalau nak check in cuma bawa ajer kertas yang mengatatkan kita dah booking secara online.

Kecik ajer bilik dan bilik air ni, harga 70 pound untuk malam pertama dan 80 pound untuk malam ke dua. (kali lima untuk RM). Jumlah 150 pound. Memang mahal betul harga hotel di London.


Shukie kata..

keciklah bilik ni auntie, kalau dengan 70 pound auntie boleh dapat bilik yang lebih baik.

Laa auntie mana tau, sebab auntie search kat internet ajer. Tak kenal dengan kamu lagi.

Bagi akak tak kisahlah kecik ker besar, janji bilik bersih dan selesa udahlah.

Memang mahal harga hotel di London. Puas akak survey nak cari yang murah, bila dapat hotel yang bawah 200 akak tanya dulu dengan Long Hafiz, dia kata jauh, nak ke mana-mana susah nanti. Kalau orang muda tak perlah kan, pastu bila akak baca review kata bilik tu tak bersih dan kawasan tu macam tak selamat. Tak perlah biar mahal sikit, dari jadi perkara-perkara yang tidak di ingini nanti.
Hotel ni bertentangan dengan hotel Seymour, mungkin harga dia lebih kurang sama kot. Akak letak ajer gambar hotel ni, manalah tau kalau ada rezeki anak-anak akak nak gi, senang dah ada nama hotel. Alhamdulliah kat area hotel ni senang betul nak cari makanan halal. Banyak kedai orang Pakistan dan orang Arab. Nak ke stesyen tube pun dekat. Rumah Long Hafiz pu kat area sini juga.
Surau sebelah hotel akak, tapi tak berkesempatan nak solat kat sini, sebab suami buat jamak ajer.
Kena cari Hospital St. Mary ni dulu kalau nak balik ke hotel kami, tulah panduan kami bila kami nak balik ke hotel, takut sesat.

Hotel London Paddington bertentangan dengan Underground Station Paddington. Harga nak duk sini mahal sungguh, rasanya buang duit ajer sebab cuma untuk tidur malam ajer, lainlah akak orang jutawan.

Lepas letak beg dan berehat sebentar kami memulakan perjalanan tenguk tempat menarik di London dengan pertolongan Long Hafiz dan Shukie.

Nantikan sambungannya yer.

11 ulasan:

  1. nasib baek kenal kawan2 yg duduk sana yer kak!

    at least boleh gak mintak tlg mana2 yg patut.. :)

    BalasPadam
  2. bestnya kak.. teringat time ayu pi london gan hubby naik bus jgk from bradford.. coz my sister dok sana.. ayu n hubby smp victoria station tu pkl 5pagi.. ya allah sejuk masa tu.. ayu stay bed & breakfast.. apa entah nama hotel tu... ishhh mmg teringat nak pi London lagi niee..

    BalasPadam
  3. Ya Allah bestnyer dapat g London~ni lah tmpt idaman saya nk bawak mak dan ayah g skali nanti bile dah keje~

    BalasPadam
  4. betul kak ina. kalau naik national coach atau megabus, bila harga murah. 1 pounds pun boleh dapat. masa tu mula la panjang langkah nak berjalan. :)

    BalasPadam
  5. sonoknye kak
    bila la turn saya nak g london ni

    BalasPadam
  6. salam kak ina... best baca citer jln2 akak ni... rasa cam nk p lg la.... hehehe

    BalasPadam
  7. Have a great time, its a beautiful for holiday.

    BalasPadam
  8. rindunya saya kat london--sepanjang di UK, saya sempat pegi london sbyk 5 kali :) suka jln2 kat london ni tp duit mcm airlah :) melancong kan :)

    BalasPadam
  9. Kak Ina,
    Seronok betul baca cerita perjalanan akak kat London...penuh dengan suspence and adventure.Saya bila berjalan tak la macam ni sebab hubby saya lain sikit caranya.So bab-bab adventure ni kurang la sikit...hahaha.Kak, hari ni saya buat lagi nasi mentega and kari biri-biri akak upon my hubby's request.Sedap kak and saya paling suka nasi mentega tu...lagi sedap daripada nasi briyani or nasi minyak.Tak jelak langsung and tak berapa berat compared to nasi briyani.Nanti bila saya rajin, saya akan masukkan kat blog recipe saya...yang nak alih bahasa tu yang malas..lol.

    BalasPadam
  10. penah bace blog long :)

    bestnya london

    BalasPadam
  11. alhamdulillah nasib ada 2 org pemuda baik hati nak tolong ye kak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers