OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar kenangan di london. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar kenangan di london. Papar semua catatan

Jumaat, September 09, 2011

Last Day Kat UK

Kadang-kadang ni pot pet psl gi ke sini tapi malas nak upload gambar.  Bulan puasa memang sibuk sikit langsung malas nak edit dan upload gambar. Tu sebab cerita kat sini tak habis-habis lagi. Oklah sambung cerita lagi.


Ini ajer yang kami boleh kami makan untuk sarapan sepanjang 2 hari duk kat hotel di Paddington.  Nasib baik ada gak yogurt dan susu berserta cornflakes.  
Oleh sebab beg  berat sungguh tak larat nak angkat  naik underground/train, kami sewa keta kat kedai yang kami jumpa masa-masa jalan nak gi underground Paddington.  Kenalah bayar 30 pound..kalau naik underground/train taklah mahal macam ni..tapi tak sanggup nak pikul beg dari stesyen ke hotel...agak mahal bukan..nak buat camner...redha ajerlah.
Kami pilih duk kat Hotel ibis London Heathrow Airport sebab nak balik ke Malaysia pada esok pagi. Bertolak dari London dalam pukul 10.00 pagi.  Mula-mula nak naik taxi hitam tapi takut mahal.  Dari hotel ke sini ambil masa tak sampai 1 jam.
Memang puas hati duk kat hotel ibis ni.  Cantik pulak tu..harga cuma RM200 lebih  semalam tanpa sarapan.  Kalau nak b/fast kena tambah lagi, buat per nak b/fast kat situ kalau ada letak daging t..t..tu.  Geli tekak nak makan.  Kami cari hotel ni kat internet ajer.  Kalau nakkan harga murah book dalam 4-5 bulan sebelum nak duk sini.
Suami kata kalau datang lagi nak duk kat sini ajer, kalau nak ke London boleh naik bas ataupun pergi ke Terminal 4 ..boleh juga kalau naik train ataupun underground.  Ada bus ke situ dengan bayaran 4 pound sehala.
Lepak sekejap pastu cari makan.  Hotel Ibis dekat dengan Hotel Premier Inn Heathrow. Kami jalan kaki ajer nak cari makan..padahal banyak bus yang lalu lalang.
Dek dekat dengan airports.  kapalterbang ashik lalu lalang.  Seronok gak dapat tenguk pandangan macamni.  Kalau hari-hari pening gak sebab bising.
Sambil jalan sambil ambil gambar, tak perlu terkejar-kejar sebab kami habiskan masa kat sini ajer satu hari.  Seronok tenguk rumah kat sini yang tak berpagar.
Sebab dah nak masuk musim panas, banyaklah bunga sedang berkembang.  Ralit tenguk bunga-bunga yang banyak di tanam di halaman rumah mereka.  Kat kawasan ni semua duk rumah camni.
Dalam 1 kilometer kami sampai kat pekan kecik..ada tesco dan kedai.  Kawasan ni agak tenang dan kenderaan pun tak banyak.  Kebanyakkan yang duk sini orang Sikh dan muka cam orang pakistan.
Dari dalam keta sewa akak memang ashik pandang kat luar nak tenguk kat mana ada jual makanan halal ..nampak pulak kedai halal ni.  Cuma ada 3 makanan halal di sini dan semuanya di usahakan oleh orang Sikh beragama Islam.
Kat sini ada gak jual nasi sedap seakan nasi beraini/mandhi.  Kami makan dengan kebab. Beli satu dan kongsi dengan hb sebab nasi yang di hidangkan agak banyak.  Nasib baik tak beli 2 ..kalau idak kena buang ataupun tapau bawa balik.
Untuk makan malam kami tapau pizza dan beli air sebab takut dan malas nak keluar memalam.
Kami beli jus, air dan susu kat sini.  Ada gak maggi..kedai ni pun kepunyaan orang sikh...tak taulah orang islam ataupun bukan.
Ambil gambar sendiri...cam biasa muka tak senyum. Tak best lak tak ada gambar kenangan kat sini.  Lepak selepas kenyang makan tengahari.  Balik ke hotel pun jalan kaki ajer sebab cuaca tak panas pastu rasa selamat jejalan kat sini.

Malam suami gi ke tempat bowling..akak lepak ajer kat bilik. Simpan tenaga nak harung perjalanan balik berbelas-belas jam.

Jumaat, Ogos 12, 2011

Lepak Dan Jejalan Di St. James Park London

Nasib baik ek akak dah lama balik dari London.  Kalaulah pergi masa sibuk dengan rusuhan tentu susah kan,
Dari Buckingham Palace ke St. James Park taklah jauh pun.  Tapi dek kerana dah lama berdiri dan berjalan dari hotel dah terasa lengguh dah kaki. Kenalah cari tempat lepak. Budak-budak sekolah ni dari Paris, guru mereka suruh ambil nama dan negara orang ramai yang datang kat sini.

Akak pun tulislah nama dan negara dalam buku latihan mereka. Mereka boleh cakap inggeris sikit-sikit.
 St. James Park adalah taman yang tertua dari kesemua Taman Diraja LondonBandaraya Westminster, London,ianya  terletak di timur Buckingham PalaceWhitehall dan Jalan Downing.  di dan di barat
Berkeluasan   23 hektar (58 ekar) kat taman ini banyak bermacam-macam bunga-bungaan  yang sedang mekar berkembang sebab dah masuk musim spring.
Kat sini ada  sebuah tasik kecil yang mempunyai 2 pulau iaitu West Island.
Satu lagi  tasik yang di panggil  Duck Island, agaknya sebab banyak  itik yang berkeliaran kat tasik dan kat tepi.  Tak dibenarkan orangramai bagi makan itik ni...kalau bagi kena denda.
 
Suami berdiri di jambatan yang  melintasi tasik.
Dari sebelah jambatan kita boleh nampak Eyes Of London.  
Air kat tasik ni taklah jernih sangat pun...banyak lumut.
Akhirnya jumpa gak port nak melepak aka berkelah. Kami duk  kat sini  agak lama sambil makan bekalan roti.  Untung gi jejalan sendiri ni tak ikut pakej sebab boleh sesuka hati nak pegi dan duk lama mana kita suka.
Bukan kami sahaja, ramai gak mat salleh dan budak sekolah, macam biasa mereka suka bawa anjing..alahai fening tenguk anjing berkeliaran.  Seronok tenguk macam-macam ragam manusia yang mundar mandir dan yang berkelah kat sini.
 Burung merpati kelaparan, datang dekat nakkan makanan.  Suami akak rajin gi kopek kecik-kecik dan campak kat burung merpati.  Tak sempat nak ambil gambar dengan guard naik kuda kat istana sebab malas nak pusing balik.

Dari St. James Park kami ke  London Underground St. James's Park stations yang berdekatan iaitu Station.  Kena tambah duit lagi kat Oyster Card sebab tak cukup.  Nasib baik boleh guna kad kredit.

Selasa, Ogos 02, 2011

Hari Kedua Di London-Buckingham Palace (Guard Change)

Takut gak kalau ada yang kata akak ni eksyen show gambar-gambar ni. Niat akak bukan camtu tau. Akak cuma nak jadikan kenangan peribadi dan untuk anak-anak baca mana tempat yang akak pergi.
Pelancung lain jalan punyalah laju nak ke sini, tapi akak dan suami jalan lenggang kangkung. Ramai betul pelancung dari negara lain yang sibuk gak nak bergambar cam akak.
Dari nak Wellington Arch ke Buckingham Palace taklah jauh sangat pun.
Bila sampai "guard change" dah bermula...alahai termiss lah pulak. Tak perlah, akhirnya tertunailah hasrat dihati dapat tenguk acara ini.
Masa kami sampai guard telah pun masuk ke dalam perkarangan Buckingham Palace..tak sempat nak tenguk...cuma dapat tenguk dari luar sahaja. Punyalah payah nak ambil gambar sebab ramai orang. Cuma dapat dengar ajerlah muzik yang di mainkan. Kat pagar tengah ada polis berkuda jaga..janganlah nak pandai-pandai duk kat situ. Kena marah dek polis yang garang.
Paksa hb akak ambil gambar kenangan..pandai pun abang ambil gambar ni..
bila hb dah ambil kena puji sikit hb akak tu..
Dek sebab nak sangat ambil gambar kat dalam perkarangan istana..akak pura-pura melintas sambil tu ambil gambar..akhirnya dapat gak ambik gambar kat dalam tu.
Sesak sungguh kat depan gate istana, akak ajak suami gi kat Victora Memorial..gambar ni bukan hb ambil tapi akak suruh orang Itali tolong ambilkan.
Akak suruh ajer hb duk kat Victora Memorial
The Victoria Memorial The Victoria Memorial is a statue in front of Buckingham Palace in London, placed at the centre of The Queen's Gardens.
Setelah puas menunggu akhirnya tiba masa guards keluar dari pekarangan istana. Mula-mula guard yang naik kuda
Lepas tu yang jalan kaki
Info
The guard change at Buckingham Palace has an official start time of 11.30am, however the guards do start arriving with music at 11.15am. We recommend you arrive by 11.15am at the lastest to get the the best out of the whole ceremony. The official timing of the ceremony is 30 minutes finishing at 12 noon. During the summer you should arrive much earlier if you want to get close to the railings. (info google)
Changing the Guard is the traditional ceremony performed at Buckingham Palace involving a new guard exchanging duty with the old guard. The proper name of the ceremony is actually the Guard Mounting.

The Queen's Guard are the mounted troopers of the Household Cavalry who guard the official entrance to Buckingham Palace. They wear a full-dress uniform of red tunics and bearskins.
Memang cantik baju yang di pakai dek pak guard ni.
The new guards arrive at the forecourt of the Palace at 11:30am from Wellington Barracks. The journey takes about 5 minutes and the soldiers are accompanied by a brass band called the Guards band.

The handover ceremony is conducted on the Palace forecourt and takes approximately forty five minutes during which time the band plays music to entertain the New and Old Guard as well as the watching crowds.
Setiap kumpulan memakai baju yang berlainan
Ucapan terima kasih kepada hb akak ucapkan masa ni. Tak sangka dapat gak tenguk acara ni bila dah berusia dekat setengah abad. Abah akak yang pernah kerja di Kedutaan British di Jalan Ampang memang berangan-angan nak pergi ke London tapi apa nak buat tak ada rezeki beliau.
Puas hati dapat tenguk sendiri tempat pengantin di raja melambai tangan kat orang ramai ni
Kumpulan yang terakhir
Ramai betul nak bergambar kat depan gate ni..akak minta
tolong pelancung dari Korea pulak ambil gambar kat sini
Chewah..senang pulak nak suruh hb bergambar..sebenarnya akak sajer kata nak ambil gambar guna hp baru suami beli kat UK...kebetulan sebelum ke UK hp hb hilang di Ampang Point. Beli kat sini murah lebih kurang sekali ganda dari harga di Malaysia
Kat dalam kolam di Victoria Memorial banyak orang baling duit siling...
ada cerita kot ..tak taulah pulak untuk apa
Ambil gambar ajer..malas nak suruh orang ataupun hb snap
Tak pergi pun lawatan ni
Sibuk ambil gambar guna hp baru

Rabu, Julai 27, 2011

Hari Ke Dua Di London (Part 1)

Sarapan pagi memang di sediakan kat hotel ni, tapi ada ham, kami cuma makan roti bakar, yogurt, makan cornflakes, minum air kopi dan susu. Bawa bekal roti bakar takut kelaparan masa jejalan nanti. Bilik hotel memang penuh kebanyakkan pelancung dari Paris.

Hari kedua kami tak ajak Long Hafiz dan Shukie sebab tak nak ganggu mereka. Lepas breakfast akak baca info yang ada kat lobby. Memang nak pergi sangat ke situ. Bila tanya kat orang kat kedai dia bagitau kalau nak ke situ ambil masa dalam 30-40 minit sahaja.
Kami ambil keputusan tak nak naik underground tren, jalan kaki lagi best sebab kalau nak train tak nampak apa-apa. Sambil jalan sambil ambil gambar, suami layan kerenah akak kali ni, tak bising lagi dah.
Disepanjang jalan ni memang banyak kedai halal kepunyaan orang timur tengah, ayam, daging lembu dan daging kambing memang banyak kat kedai mereka, wahhhh senang gak nak masak kalau macam ni kalau ada dapur. Jumpa gak ubi kayu tapi macam dah tak fresh.
musim bunga sedang berkembang masa akak gi, ralit tenguk bunga ajer
Sedang syok ambil gambar ada orang bagi salam...sape pulak ni? Rupanya seorang omputih dalam kereta.

My wife from Malaysia, bla...bla...bla..

Rupanya dia nak jual pakaian branded kat kami, kononnya lagi murah dari Harrods dan M & S..wah..nak kelentong ek. Sorrylah, kami bagitau secara baik tak perlukan pakaian tersebut sebab beg memang dah tak muat dah.
Bangganya bila terjumpa restoren Melur di kota London. Masa ni awal pagi, restoren pun tak buka lagi. Terletak di 175A Edgware Road, Paddington, W2 1ET.
klik yer kalau nak tenguk harga kat situ. Akak tak teringin nak makan sebab tak lama lagi nak balik ke Malaysia. Kalau duk kat UK lainlah sebab kalau duk lama mestilah rindukan masakan Malaysia.
Teringin pulak nak masuk kat dalam kedai orang timur tengah ni.
Sebab ternampak Baklawa..macam-macam jenis ada. Kawan masak memasak pernah bagi akak, memang sedap tapi tak tahan sebab manis sungguh.
Bangganya bila jalan kat sini sebab banyak kedai orang islam
Akhirnya sampai kat Sculpture of horse's head at Marble Arch, London. Tak ada pulak nak suruh orang ambil gambar. Suami akak duk hisap rokok bawah pokok.
Patung warna warni dekat kepala kuda
Marble Arch as it is now, standing near Speakers' Corner in Hyde Park, at the western end of Oxford Street in London.
Akhirnya sampai ke Hyde Park kat seberang jalan, ramai sungguh pelancung, mereka jalan laju, kami jalan pelan-pelan sambil menikmati keindahan taman ini
Kalau nak naik basikal pun boleh kalau malas nak jalan kat taman ni.
Hyde Park is one of the largest parks in central London, United Kingdom and one of the Royal Parks of London, famous for its Speakers' Corner.
Tong sampah tempat buang najis anjing, al maklumlah orang omputih memang suka bawa anjing jejalan. Elok gak kan, kalau idak tentu ashik mengelak dari najis anjing.

The Diana, Princess of Wales, Memorial Walk
Memang tak sesat kalau jejalan Hyde Park ni sebab di sediakan peta. Kalau rasa salah jalan suami akak tenguk balik peta
Setelah berjalan lebih dari 40 minit akhirnya sampai kat Wellington Arch di Hyde Park Corner. Akak suruh suami ambil gambar akak kat sini. Nasib baiklah mood dia baik, sebelum tu kenalah ajar camner guna kamera sebab hb tak pandai bab ni. Nasib baiklah cantik gambar yang dia ambil.

p/s banyak lagi gambar, nantikan sambungannya yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...