Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada semua teman yang beragama islam dan selamat berpuasa.
Apa jua kesalahan baik dari segi tutur kata dan kelakuan harap di maafkan
Niat puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
- Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
12 comments
selamat menyambut puasa juga buat akak sekeluarga
by eelobor on 31 Julai 2011 7:39 PTG. #
selamat berpuasa jugak akak...kena start terawikh la ye
by shiori_LA on 31 Julai 2011 8:09 PTG. #
salam ramadhan n selamat berpuasa dari kami sekeluarga
by ♥MAMASYAZA♥ on 31 Julai 2011 9:39 PTG. #
selamat berpuasa kak....
by lizz on 31 Julai 2011 9:49 PTG. #
Salam Ramadhan kak ina..semoga kita semua diberkati Allah Ramadhan ni..=)
by Kalamhati on 31 Julai 2011 9:53 PTG. #
Slmt berpuasa buat k.Ina sekeluarga.moga Ramadan thn ni lebih bermakna.
by Mamasya on 1 Ogos 2011 4:32 PG. #
selamat menunaikan ibadah puasa,
semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)
by LiFe KaMi on 1 Ogos 2011 6:45 PG. #
selamat berpuasa buat kak Ina sekeluarga...
by ummiross on 1 Ogos 2011 7:08 PG. #
salam,
mg ramadan ini menjadi medan pemangkin tuk kita terus melipatgandakan amal ibadah kpd allah... in sya allah, amiin...
salam ramadan al-mubaraq 1432H...
p/s - sy dah tau jwpn ga sy tu slh, dh dpt jwpn yg sbnrny dr blog ummiross, huhuhu...
by Areef Ibn Naim on 1 Ogos 2011 7:49 PG. #
salam
selamat menunaikan ibadah terawih..:)
by Kamsiah on 1 Ogos 2011 8:12 PG. #
slmt berpuasa kak ina
by Matjoe on 1 Ogos 2011 9:26 PG. #
salam ramadhan dari madam sekeluarga.. :)
by madammondoq on 1 Ogos 2011 12:45 PTG. #
Catat Ulasan