OOO

Khamis, Ogos 18, 2011

Kalau Goreng Garenti Licin

 
Bila anak duk asrama balik sekali sekala akak memang tanya nak makan apa? Bila tanya Ira nak makan udang goreng, kebetulan jumpa udang laut kat Pasar Greenwood pagi Ahad, terus gorengkan sebelum dia balik semula ke asrama petang tu. Kesiankan dia ashik makan nasi kawah, nasib baiklah setakat ni Ira tak komen kata makanan kat kantin tak sedap.

Bulan puasa ni Ira balik setiap minggu, jenuh gak nak mengambil dan menghantar setiap minggu, nasib baiklah Firdaus ada kat umah. 

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang sederhana besar-dibersihkan dan di tos
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sesikit sos ikan ajer
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1-2 sudu besar tepung kentucky
  • sedikit serbuk lada hitam/lada putih-akak tambah sendiri
  • Minyak secukupnya-biarkan terendam
Cara-cara
  1. Udang di perap dengan telur, garam, sos ikan, lada hitam/lada putih dan serbuk kari.
  2. Perap selama 30 minit.
  3. Bila nak goreng baru di masukkan tepung kentucy.
  4. Goreng sehingga kekuningan.

18 ulasan:

  1. Waw!!! ni sedap nih! bleh la try masak kat umah nanti...wakaka

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. akak,pasar pagi g.wood tu area sheel ke?

    penah cari sekali xjumpe

    BalasPadam
  4. suruh daus aje yang gorengkan... hehhee

    BalasPadam
  5. Salam
    Ina masak apa pun sedapkan.
    Tayanglah lagi. Kisah masak2 ni ada bagusnya....boleh tiru dan ada idea nak masak...tk

    BalasPadam
  6. i like... boleh MS cuba next time.....

    BalasPadam
  7. - udang ramai yg suke kan kan...

    BalasPadam
  8. sedapnya kakina...nak bertanya, klu dah sejuk masih garing ker udangnya..

    BalasPadam
  9. Kak Ina, ummi nak cuba jugaklah nanti, ari tu dah cuba sirap bandung bersoda, sedap!

    BalasPadam
  10. Best udang goreng macam ni K'Ina.. 1/2 kg boleh abis ratah hi3

    BalasPadam
  11. Bestnya dapat makan masakan mak. Teringat zaman dok asrama dulu.
    Nampak sedap udang tu kak ina:)

    BalasPadam
  12. tengok pun dah terliur....

    BalasPadam
  13. huhu.. memang tak tahan tgk ni.. sedapnya..

    BalasPadam
  14. Fuhhh.. memang mabeles udang goreng tepung nieh :)



    Myra blom shoping raya lagi la kak.. :-)
    Akak dah selesai??

    BalasPadam
  15. aduh gak.. tergoda imanku bulan pose ni tengok udang tu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers