OOO

Ahad, Oktober 02, 2011

Blogger MasterChef Yang Pertama

Akak ni idoklah terror sangat masak sebab masa muda tak suka memasak.  Paling suka mengemas umah dan membersihkan apa yang patut.  Tapi bila baru kawin tak duk dengan suami, mak akak lah gak yang masak sampai akak beranak satu.

Bila dah berhenti kerja pindah ke Jay Bee barulah tau ke dapur.  Tu pun masak lebih kurang ajer... janji kenyang.   Kadang-kadang terpaksa call mak tanya camner nak masak. Ada gak cuba buat roti tapi keras kematu, pastu buat kek jadi bantat. 

Tu dulu, sekarang ni senang.  Nak resepi just cari kat google. Alhamdulliah setakat kalau akak cuba resepi yang ada kat internet banyak yang jadi.  Oleh sebab anak-anak akak  ramai tak bolehlah makan kat luar.  Sekali sekala bila poket tebal bolehlah.

Hendak tak hendak kenalah masak setiap haridan alhamdulliah bila dah berblog akak pun mulalah letak resepi yang akak pernah cuba untuk rujukan anak-anak akak yang duk kat luar negara.
Tapi kan bila tenguk gambar  berserta resepi kat blog, orang kata sedap..wah perasan sungguh sehinggalah ada memberi bagitau ada pertandingan masak memasak antara bloggers.
Bila member bagi tau kat blog Nuffnang ada iklankan nak cari Blogger MasterChef Yang Pertama hati tu teringin nak cuba.  Sebab nilah pertama kali nak cuba masuk pertandingan masak memasak camni.  Wah macamlah terror sangat masak kan akak ni.

Layak ker idak bertarung dengan bloggers yang muda belia dan pandai masak ni kan?  Tak cuba tak tau, kalau kalah pun tak per..janji dah mencuba.

Sebelum tu akak nak tunjukkan masakan yang selalu anak suka makan di rumah iaitu masakan Ikan Bawal Tiga Rasa.
 kadang-kadang akak tukar ikan siakap.
Senang ajer nak membuatnya.   Ni bahan-bahannya..ada lagi gula,daun limau purut, cili api, serai, sos ikan, sedikit garam  dan sos tiram (lupa nak snap gambar).
Taraa dah jadi dah sosnya..campuran sos tomato,
sos cili, gula, garam, sos tiram dan sos ikan
 Dituang bila nak makan..lebih sedap masa panas-panas..

Oh yer Astro nak tayangkan MasterChef Malaysia lah. Akak yang suka tenguk Channel Masak Memasak kat Astro merasa teruja nak tenguk rancangan ni.  Selama ni ashik tenguk orang dari negara lain ajer yang bertarung.

Mesti best tenguk chef-chef Malaysia berentap antara satu sama lain. Nak tau bila  mula Masterchef ni?

MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. 

MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! 

Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!


- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011

- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. 

Master Class will be on every Friday, 9.00pm.

- Program channel – Astro Ria (Channel 104)

- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

Semuga akak terpilihlah.

11 ulasan:

  1. sedap betul tgk masakan kak ina..goodluck kak..nanti saya vote love..

    BalasPadam
  2. Sedap tu kak Ina, selamat mencuba kak, wish you good luck..

    BalasPadam
  3. Good luck kak....kita jumpa kat final ye kak...

    BalasPadam
  4. akak nak masuk ke? good luck ye kak...kami menyokong dari belakang je

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kak ina ... wani pun tak sabar2 nak tengok masterchef Malaysia ni .rasa lambat nya detik berlalu nak tunggu 22 hb tu .. first time wani dengar nak cari blogger masterchef.. cubalah kak ina masuk , mungkin ada peluang !!! :)

    BalasPadam
  6. kalau kak ina masak memang the bom punya.. terbaik

    BalasPadam
  7. good luck kak ina... MS sokong akak....

    BalasPadam
  8. Hurmmm.... lauk nie memang kena suruh saya rasa dulu nie...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...