OOO

Isnin, Oktober 03, 2011

Ayam Panggang Berserai

Pasal akak nak masuk Bloggers Master Chef yang pertama tu kan, sebenarnya akak sajer nak tenguk dan rasa macam mana pengalaman orang bertanding masak memasak.  Bila tenguk tempat bertanding agak cantik dan selesa akak pun rasa cam nak applylah.  Dapat ker idak tak taulah.  

Ada rezeki adalah tak ada rezeki tak per.  Kalau terpilih masuk pun dah habis, kalah tak per..tak semestinya mak-mak boleh menang kan, kadang-kadang orang muda lagi kreatif.  Yang penting dapat pengalaman dan kenangan masak dengan bloggers.

Mula-mula dulu akak nak masuk, suami macam keberatan nak bagi.  Tu sebab akak tak apply walaupun geng bloggers sibuk suruh akak masuk.  Tapi entah camner hari Sabtu akak cuba tanya balik...tiba-tiba dia bagi keizinan pulak.  Rasa cam nak melompat dibuatnya.  Tapi dengan syarat kena bawa Firdaus/Imran buat peneman.

Bila tanya group pertama yang dah bertanding pada hari Sabtu lepas, mereka kata no resepi..maknanya kena fikir jam tu gak.  Menu utama hari ayam dan adalah rempah ratusnya.

Fuhhh gabra gak rasanya sebab sekarang ni akak kalau masak akak banyak tenguk resepi.  Tentu panik bila kena camtu pastu barangan agak terhad.  Pandai-pandai ajerlah fikir camner nak buat. Macam susah gak rasanya.

Bervangan ajer lebih belum tentu terpilih lagi kan.
Macam ayam panggang berserai ni akak buat kena tenguk resepi sebab jarang buat.  Dulu dah pernah buat sekali, rasa sedap ..dah buntu apa nak masak akak bako ajer ayam ni.  Makan dengan nasi hujan panas ajer.

Akak ambil resepi kat hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
  • akak tambah : 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20 minit jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

5 ulasan:

  1. nanti nak try lah, nampak menarik betul =D

    BalasPadam
  2. mmg sy pon berharap k ina masuk. dh dpt green light tuh hokelah, kak. jdnyer, now akak kne praktis msk campak2 n kontrol gabra depan juri. chaiyok2!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum akak..
    akak mmg layak sertainya akak.. :)

    n ayam panggang berserai tu nampak sedap n menyelerakan ler akak...

    BalasPadam
  4. sedapnya ayam ni kak. harus cuba nie! tp tula, babies kecik lagi ni susah nak curi masa ke dapur. tangan ni pun dh gatal nak memasak. hopefully dptla soon! :)

    p.s: akak memang layak masuk kot. kalau jadi masuk bgtau tau, org nak jadi pom pom girl.. :D

    BalasPadam
  5. saya suka sekali wangi serainya

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...