OOO

Selasa, Oktober 11, 2011

Ikan Percik Kelantan Style ( #MasterChefMY@MasterChefMalaysia)

Resepi ikan percik ni akak pernah show dalam bulan Mac ..sejak tu tak pernah buat lagi.  Tenguk dalam peti sejuk banyak pulak stok ikan kembung/mambong.  Kebetulan ada pulak santan beku sekali.  Dulu akak buat anak kat sedap.


Akak ambil resepi ni dari Fotopages Rinnchan.
Bahan-bahan:
8 Ikan kembung
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas
1 mangkuk santan pekat
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (panggil apa ek)
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.
Nak lagi sedap patutnya di bakar di atas arang beralas daun pisang..akak malaslah pulak nak hidupkan arang cuma alas dengan daun kunyit pastu masak atas dapur guna kuali tak melekat
Cara-cara
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk).   Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
 6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

Okeylah..akak nak war-warkan tentang MasterChef Malaysia pulak.


Dikenali sebagai MasterChef Malaysia, ia merupakan sebuah rancangan realiti TV yang berbentuk masakan dan bertujuan untuk mencari jurumasak atau lebih sinonim dengan panggilan chef yang diterbitkan oleh Astro.


Ia merupakan sebuah rancangan yang telah bermula di Australia pada tahun 2009 dan telah mengukir sejarah yang tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di negara tersebut untuk rancangan bukan sukan dengan jumlah empat juta penonton.


Melihat kepada sambutan penonton yang diraih di negara berkenaan, fenomena hebat tersebut diteruskan lagi MasterChef UK yang telah disiarkan di 145 buah negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France.


Astro Ria Saluran 104  bakal menayangkan sebuah rancangan yang sememangnya sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia dan ianya akan menjadi fenomena hebat di seluruh Malaysia.


Sebanyak enam program ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Selebriti (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Jumaat).
Program title – MasterChef Malaysia


  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
 
Jangan lupa tarikh MasterChef Malaysia yang akan bermula 22hb. Oktober 2011 yer.
 

1 ulasan:

  1. salam kak ina..

    wah ikan percik sedap tu hihi.. wani ore kelate pun taklah suka manis sangat hihi.... ..yg masterchef malaysia tu insyAllah akan sentiasa ingat....sebab kak ina selalu je bagi tahu ...:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers