OOO

Memaparkan catatan dengan label program masterchef malaysia di astro ria 104. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program masterchef malaysia di astro ria 104. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 13, 2011

Maggi Penaja MasterChef Malaysia Di Astro Ria 104

 
Mee maggi cepat di masak....Sedap di makan ..
korang tenguklah apa yang akak masak kat video tu

Korang tentu pernah dengar kan lagu kat iklan MAGGI.  Dari kecil lagi memang akak makan maggi.  Bila duk kat asrama pun kalau perut lapar memang MAGGI sentiasa ada dalam almari.  Sampai sekarang ni pun anak-anak memang suka makan MAGGI.
Imran suka makan MAGGI goreng
Makan MAGGI bersama keluarga
Maggi penaja bersama MasterChef Malaysia
MasterChef akan di tayangkan di Astro Ria
Hari raya anyam ketupat
Ketupat di makan bersama bonda
Pizza MAGGI  senang di buat
Senang di masak sedap pula
Perencah berlada hitam MAGGI
Di goreng bersama daging batang pinang
Jomlah adik-adik ingat tarikh ini
22hb. Oktober MasterChef di Astro Ria
Pagi Isnin goreng cucur MAGGI
Dimakan bersama-sama keluarga
Hong Leong Bank, Jaya Groce, MyChef ,Maggi
 NeuVida Omega-9 Cooking Oil penaja bersama
ayam goreng rempah tandori MAGGI
Makan sedap tambah kalori 
Gunalah selalu jenama MAGGI
Memang sedap menjilat jari

 Udang nanas di beri nama
Sos di guna jenama MAGGI
Ingat yer jangan kita terlupa
  (kredit picture Jejai)

PANASONIC ‘Cooking Magic’ ialah  penaja utama MasterChef Malaysia manakala  penaja bersama yang lain ialah  Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef dan NeuVida Omega-9 Cooking Oil. 

Tentulah peserta-peserta  MasterChef Malaysia akan menggunakan pelbagai rencah dan sos MAGGI dalam masakan mereka nanti. 

Dengan penaja yang hebat dah tentulah Program MasterChef Malaysia akan mencetuskan satu fenomena yang akan melanda di seluruh Malaysia.  War-warkanlah kepada rakan-rakan anda..rugi kalau tak tenguk




  • MasterChef TX akan ke udara bermula dari 22hb Oktober 2011, Setiap Sabtu - Rabu, 9.00pm. Master Class akan disiarkan setiap hari Jumaat, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

Rabu, Oktober 12, 2011

Masakan Ala-Ala @MasterChef Malaysia # MasterChefMY Di Astro Ria 104

 Ini adalah antara masakan yang telah menarik hati juri.  Kreatif kan..Macam hidangan atas meja pengantin. Akak panggil udang panjat pokok nanas.
 Satu-satu peserta lelaki yang berjaya ke final Blogger MasterChef..beliau masak ikut resepi beliau sendiri
Deretan makanan yang menggiurkan

Bermacam gaya masakan yang di masak oleh blogger pada pertandingan tersebut.  Ada yang masak cara traditional dan ada yang masak secara western.  Memang berbakat semua peserta di pertandingan Blogger MasterChef pusingan ke dua.
Kalau nak tenguk macam mana pulak masakan peserta-peserta MasterChef Malaysia kenalah tonton rancangan yang akan mencetuskan fenomena di seluruh Malaysia seperti mana  kehebatan peserta dari negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia di televisyen.

Jangan lupa untuk menyaksikan MasterChef Malaysia dengan episod Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa di Astro Ria (saluran 104) bermula 22 Oktober 2011 dan Kuliah Master di Star World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011 manakala Kuliah Master di Astro Ria (saluran 104) akan bermula minggu berikutnya pada 4 November 2011.

Sebarang  info tentang Program  #MasterChefMY korang bolehlah ke

 
Selamat menonton! War-warkan kepada rakan-rakan anda

Selasa, Oktober 11, 2011

Ikan Percik Kelantan Style ( #MasterChefMY@MasterChefMalaysia)

Resepi ikan percik ni akak pernah show dalam bulan Mac ..sejak tu tak pernah buat lagi.  Tenguk dalam peti sejuk banyak pulak stok ikan kembung/mambong.  Kebetulan ada pulak santan beku sekali.  Dulu akak buat anak kat sedap.


Akak ambil resepi ni dari Fotopages Rinnchan.
Bahan-bahan:
8 Ikan kembung
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas
1 mangkuk santan pekat
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (panggil apa ek)
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.
Nak lagi sedap patutnya di bakar di atas arang beralas daun pisang..akak malaslah pulak nak hidupkan arang cuma alas dengan daun kunyit pastu masak atas dapur guna kuali tak melekat
Cara-cara
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk).   Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
 6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

Okeylah..akak nak war-warkan tentang MasterChef Malaysia pulak.


Dikenali sebagai MasterChef Malaysia, ia merupakan sebuah rancangan realiti TV yang berbentuk masakan dan bertujuan untuk mencari jurumasak atau lebih sinonim dengan panggilan chef yang diterbitkan oleh Astro.


Ia merupakan sebuah rancangan yang telah bermula di Australia pada tahun 2009 dan telah mengukir sejarah yang tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di negara tersebut untuk rancangan bukan sukan dengan jumlah empat juta penonton.


Melihat kepada sambutan penonton yang diraih di negara berkenaan, fenomena hebat tersebut diteruskan lagi MasterChef UK yang telah disiarkan di 145 buah negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France.


Astro Ria Saluran 104  bakal menayangkan sebuah rancangan yang sememangnya sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia dan ianya akan menjadi fenomena hebat di seluruh Malaysia.


Sebanyak enam program ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Selebriti (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Jumaat).
Program title – MasterChef Malaysia


  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
 
Jangan lupa tarikh MasterChef Malaysia yang akan bermula 22hb. Oktober 2011 yer.
 

Isnin, Oktober 10, 2011

Merasa Debaran Memasak Macam MasterChef Malaysia di Astro Ria (104)

 Akak dapat dapur no 8..orang Cina kat ong kan..tapi tak boleh percaya benda camtu.
 Best betul sebab guest pun boleh masuk sama.  Riuh rendah dengan gelak  ketawa.  Memang seronok pertandingan masak ni.
Wah ..udang..erhm..nak masak apa ek..selalunya akak masak udang masak lemak, udang masak paprik ataupun udang goreng tepung.
 rempah ratus yang di sediakan yang mesti diambil dahulu sebelum peserta lain angkut.  Akak tak sempat ambik satu bahan..sape cepat dia dapat...
 Tapi bila buka kotak misteri..alamak ada  nanaslah pulak.  Juri siap kata kalau kita gunakan semua bahan ni dapat markah lebih.  Mula-mula cadang nak masak paprik udang, tapi bila gi tenguk kat belakang dah tak ada serai.  

Mulalah blurrrr tak reti nak buat apa.
Ala masak udang dengan nanaslah sebab konon nak cari mata lebih kalau guna bahan dalam kotak ni. Cari cili sos pulak tak ada ..lelama ambil daun ketumbar ajer dan guna sos kat atas meja yang rasa pedas giler.  

Dahlah buh cili api..kenalah cari gula pula sikit nak seimbangkan rasa.  Nasib baik gula ada kat meja Jejai. Memang panik dan gabra bila masak under pressure.  Blurrrr sungguh lah.
 Aksi crew tali barut..wah ada gaya chef lily
 Memang semangat sungguh Jejai ni ..cuba tenguk muka dia serius cam muka akak gak aaa
 
tukang support, tukang mengkritik, tukang membebel dan tukang menyibuk.
 
blender cili api, bawang merah, bawang putih dan halia tapi tak tajamlah pulak..kena cincang balik bawang putih dan halia..serba tak kena di buatnya.

Budak cina ni pelajar diploma kulinary di Tylor College tau..masakan dia ringkas dan kreatif tapi tak ada gak rezeki nak menang
 Bermula aksi seperti MasterChef Malaysi..fuhhhh paling risau bila crew kata...tinggal lagi 20 minit..Kami di beri masa 45 minit untuk masak, fikir dah dekat 5 minit, cari barang lagi...ishhh memang gabra dibuatnya.
 Masuk nanas, capcium, karrot dan lain-lain
Tadaaaa dah siap.  Tentang hias menghias memang akak faillah.

Merasa gak pengalaman macam mana masak under pressure macam peserta pertandingan MasterChef ..tak kiralah MasterChef US ataupun MasterChef Australia.  

Patutlah bila tenguk rancangan tersebut muka tukang masak memang jarang tersenyum bila time memasak.  Macam akak jugalah memang tak ada masa nak senyum simpul bila ada orang ambil gambar.

MasterChef Malaysia akan bermula pada 22hb. Oktober 2011 di Astro Ria (Channel 104).  Rancangan realiti yang akan mencetuskan fenomena di seluruh Malaysia.  Janji lupa tenguk tau.

Rancangan MasterChef Malaysia bakal bersiaran sebanyak 60 episod selama 10 minggu pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Ingat tau..Jangan lupa tonton siaran yang menarik ini.  Adakah rancangan MasterChef Malaysia akan mencetuskan fenomena di sini? 

Program Details
MasterChef TX bermula dari  22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. 
Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
 Tibalah masa juri nak merasa..nampak relax tapi dalam hati allah swt 
yang tau betapa seram nak menghadap juri bertiga ni
 Cerita apa nama masakan dan apakah bahan yang di letak
 Tengah nak rasa
 Wah risau sebab juri nak tenguk udang tu masak cara yang betul ker idak?
Juri kecik yang paling kecoh kat sini


Kredit picture : www.ciklilyputih.com

p/s nanti akak tunjuk lak skill yang kitaorang buat...lagi kalut aaa masa tu

Jumaat, Oktober 07, 2011

Ayam Panggang Bercajun Ala-Ala ChefMasterMY (Tonton Tau Di Astro Ria 104)

Kelakar kan..ashiklah bervangan nak masuk Chef Master Malaysia padahal tak gi pun ujibakat.  Salah satu yang buat suami tak bagi pergi sebab kena tinggal berasingan...lama weiii mana boleh suami akak, kalau akak duk tinggalkan dia nanti.
Tergiur ker idak korang tenguk ayam panggang ni..kononnya nak tiru hiasan cam kat dalam rancangan MasterChef US dan MasterChef Australia.  Jauh panggang dari api kan.  Alahai tangan ni tak kreatif macam dorang tu.

Kalau macamtu kan akak kenalah tenguk MasterChef Malaysia yang akan di tayangkan bermula pada 22 Oktober 2011 di Astro Ria (Saluran 104).  Mana tau tahun depan suami akak bagi masuklah pulak.

Membebel lah pulak akak ni kan.  Okeylah resepi ni akak ambil dari blog geng suka memasak gak si Madiha .  Kebetulan rempah Cajun tu ada lagi dalam peti ais.  Dia buat ayam panggang ni makan dengan nasi ayam..akak makan camtu ajer masa makan malam...kononnya diet tak nak makan nasi.
Bahn-bahan
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong 4
(potong 12)
1 sudu besar marjerin(ganti mentega)


Bahan Perap Ayam

3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar
(agak2 sendiri.. kisar lebih sikit sebab nanti nak gunakan untuk buat nasi ayam)
2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar rempah cajun

1 sudu besar madu

1 1/2 sudu besar gula-akak guna brown sugar
1 1/2 sudu kecil garam
akak tambah : sedikit olive oil dan sayur

Cara2 menyediakan

1. Ayam direbus dengan air secukupnya. Lebihkan sedikit airnya untuk kegunaan nasi ayam & sup nanti.- tak yah rebus ayam, terus perap ayam.
2. Angkat ayam & tos. Perap ayam dengan bahan2  perapan di atas selama 1 jam.  Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200C. (ikut oven masing2 yer).

3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.  

4. Bahan2 perapan yang berlebihan jangan dibuang.  Masakkan bahan tersebut di dalam kuali sehingga pekat & agak kering. Tutupkan api & masukkan 1 sudu besar marjerin.  


5. Semasa pertengahan proses memanggang ayam.. boleh sapukan bahan yang dimasak tadi pada ayam hingga rata & bakar hingga genap 1 jam. (nak dekat masak akak masukkan karot, bawang holland an cili banggala hijau)
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi ayam dll.
Cerita ceriti tentang Rancangan MasterChef Malaysia ni yang akan di tayangkan tidak lama lagi, MasterChef TX akan di tayangan pada setiap hari Sabtu-Rabu bermula jam 9.00 malam.

Manakala Program Master Class pula akan disiarkan setiap hari jumaat jam 9 malam. Nanti korang boleh tenguk macam mana hebatnya Chef/jurumasak Malaysia pulak berlawan memasak.  Mestilah bestkan terutama bila juri memberi kritikan yang kaw-kaw punya.

Sebarang  info tentang Program  #MasterChefMY korang bolehlah ke

Tonton Jangan Tak Tonton

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...