OOO

Selasa, Oktober 04, 2011

Sambal Daging Kerbau

Hari ni peperiksaan PMR telah bermula.  Semuga anak akak dan anak-anak yang mengambil peperiksaan tenang menjawab soalan.  Good luckkk

Masa bulan puasa lagi 3 hari lagi nak raya, orang yang hari-hari jual daging lembu, gi jual daging kerbau.  Wah bukan senang nak jumpa daging kerbau ni.  Akak pun belilah 3kg untuk simpan stok.  Bukan senang nak jumpa daging kerbau ni ..kalau ada pun selalunya kat Negeri Sembilan.

Pagi raya ada gak buat rendang daging kerbau.  Nanti akak tepek ek.

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging kerbau (tak yah rebus sebab daging ni lembut)
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 8 biji bawang kecil* 
  • 5 biji bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1-2 sudu makan kicap manis 
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • sedikit air asam jawa
  • garam  dan air secukupnya    
Cara-cara
1.  Hiris daging nipis setelah di rebus. Jangan buang air rebusan.
2.  Goreng bahan-bahan bertanda * sebentar dan tumbuk kasar.

3.  Gunakan minyak yang sama dan tumis cili kisar  sehingga terbit minyak.
4.  Masukkan bawang tadi dan garam  kacau sebati dan masukkan daging tadi.
5.  Masukkan juga air  dan tunggu sehingga kuah pekat sikit barulah dimasukkan kicap pekat.
6.  Kacau lagi dan akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa tadi.
7.  Rasa dulu  cukup garam atau idak..... barulah dipadamkan api.


p/s nak tanya kalau letak gambar besar gedabak lama tak ambil masa loading.kalau ok akak nak letak gambar besar tu.



p/s nak duit tak..joinlah milo can next games (klik kat sini)

14 ulasan:

  1. seumur hidup ni belum pernah lg makan daging kerbau....camnelah agaknya rasanya..

    BalasPadam
  2. Pasal gambar besar tu, semalam punya entri, semua gambar pun besar, banyak tapi saya loading sekejap jer. Should be ok kot....

    Daging kerbau. Lama tak makan. Duylu masa kecik2 di kampung, kami minum susu kerbau tau Kak Ina....

    BalasPadam
  3. Sedap ke kak?
    Aritu kat Tesco Nilai ada jual daging kerbau ni...

    BalasPadam
  4. sodap e kakkkkk sambal kobau tu. bila nk ajak ai mkn ni? ;)

    BalasPadam
  5. apa bezanyer rasa daging neh dr dedaging yg lain, kak?

    BalasPadam
  6. mas suka daging kerbau..
    best kan kak..
    terliur betoi nengok sambal tu..

    BalasPadam
  7. lepas raya aritu mak ada masakkan daging kerbau
    utk tekak saya yg tak pandai masak ni, mcm sama jer rasa dia dgn beef.. hehehe

    BalasPadam
  8. kobau sodap klu masak rondang pahang..

    BalasPadam
  9. 1st time tengok menu masakan daging kerbau nih

    BalasPadam
  10. kalo besar sngt resize la sket kak ina..tp rasanya ok jer..

    kalo sblh trg, agak2 kenduri kawen nak buat besar sket org akan guna kerbau instead of lembu..tngk cara org masak jugak, kdg2 lembut..kdg2 jadi liat la pulak..tp sedap..hehee

    BalasPadam
  11. sama2 lah kita berdoa untuk kejayaan anak2 kita yer... waaa...sedap sambal daging tu

    BalasPadam
  12. ina..sedapnya daging kerbau..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers